Tuesday, November 5, 2013

Re: RG2011... Fw: jawapan isu JPM terlebih bayar gaji CEO

 

KALAULAH JAWAPAN INI KONONNYA DIBERIKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN KARANGAN BM DALAM PEPERIKSAAN SPM CONFIRM DAPAT MARKAH KURANG DARIPADA 20%... HEHEHEE.. LANGSUNG TAK MENJAWAB APA-APA ISU YANG DITIMBULKAN.
--------------------------------------------
On Thu, 31/10/13, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

Subject: RG2011... Fw: jawapan isu JPM terlebih bayar gaji CEO
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Thursday, 31 October, 2013, 12:49 AM
















 
























Ini jawapan kerajaan isu JPM terlebih bayar gaji
CEO .. hehehehe


telokbakong.blogspot.
 penburukonline.blogspot.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Dr Shahidan
Kassim menyangkal dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bahawa
peningkatan
perbelanjaan
di Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah disebabkan oleh
pembayaran gaji beberapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di
beberapa agensi di
bawah JPM.

Beliau berkata,  peningkatan perbelanjaan itu bukan
disebabkan oleh pembayaran gaji yang tidak munasabah hingga
menyebabkan
peningkatan peruntukan hingga
RM2 bilion.
"Kalau gaji tidak munasabah itu kita boleh jawab. Tapi
kalau peningkatan
(peruntukan) disebabkan oleh gaji CEO tidak betul.

"Takkan pembayaran
gaji CEO itu menyebabkan kenaikan hingga RM2 bilion.
Kenaikan itu pastinya ada
sebab-sebab lain," katanya kepada pemberita di bangunan
Parlimen
semalam.

Ditanya mengenai penubuhan beberapa agensi baharu di bawah
Bajet
2014 yang dilihat berperanan sama dengan agensi sebelumnya,
Shahidan berkata,
ada keperluan
agensi itu ditubuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Tun Razak.

"Masing-masing ada keperluan. Sudah pasti kita akan
elakkan
pertindihan tugas antara agensi," katanya.

Sebelum itu, Ong Kian Ming
(DAP-Serdang) mendakwa pembayaran gaji lebih tinggi kepada
penjawat kontrak JPM
adalah faktor perbelanjaan kerajaan meningkat
sebanyak 13 peratus pada
2014.

Kian Ming mendakwa, kos perbelanjaan dan peruntukan JPM naik
dari
RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion pada 2014.

Menurutnya,
peningkatan ini secara tidak langsung menyebabkan jumlah
keseluruhan Bajet 2014
bertambah dari RM250 bilion bagi 2013 kepada RM264
bilion,
2014.

"Salah satu sebab kenapa pertambahan ini berlaku kerana
banyak penjawat kontrak di bawah JPM yang menerima gaji jauh
lebih tinggi
daripada penjawat awam
sama taraf.

"Saya bagi contoh gaji Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
RM830,500 setahun. Apabila
dibahagikan pembayaran bulanan dianggarkan
menerima RM69,000,"
katanya.

Beliau berkata demikian setelah mendapat jawapan daripada
JPM
berhubung jumlah gaji tiga CEO agensi kontrak di bawah JPM
iaitu AIM,
Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) dan TalentCorp.

Kelmarin,
Kian Ming membangkitkan isu kegagalan Kerajaan Persekutuan
mengawal kos
perbelanjaan dalam perbahasan Bajet 2014.

Beliau berkata, bagi penjawat
awam pembayaran gaji paling tinggi dilakukan adalah kepada
Ketua Setiausaha
Negara yang menerima gaji bulanan RM23,577 iaitu
lebih rendah daripada CEO
agensi kontrak di bawah JPM.

"CEO SPAD difahamkan dibayar RM480,000
setahun iaitu RM40,000 sebulan ditambah elaun RM162,000 dan
bonus RM60,000
menjadikan jumlah setahun yang diperoleh
RM622, 000.

"Manakala, CEO
TalentCorp menerima gaji sebulan RM30,000 dan elaun kereta
RM5,000 menjadikan
gaji setahun RM420,000," katanya.

Kian Ming mendakwa, staf kontrak agensi
lain di bawah JPM turut dibayar gaji lebih tinggi daripada
penjawat awam yang
sama taraf dengan mereka.

Beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dapat mengurangkan perbelanjaan ini termasuk
menghentikan
mewujudkan agensi kontrak baru seperti
Agensi Yayasan Hijau di mana fungsinya
telah ada dalam
AIM.

 
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

 
Sent: Wednesday, October 30, 2013 12:10 AM
Subject: Fw: Gaji Melampau Pekerja
JPM


 














Bongkar!!! Gaji Melampau Pekerja
Jabatan Perdana Menteri,
Inilah Pembaziran2 Kerajaan Lakukan.. Jom
Terjah!!


telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot.

 
KUALA
LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian
Ming hari ini
menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam
kerajaan merupakan
satu lagi contoh pembaziran yang masih tidak dapat
ditangani.
Beliau
berkata, sebagai contoh jawatan kanan telah dibayar gaji
sebanyak RM69 ribu
sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan
Pengurusan Prestasi
(PEMANDU) memperoleh bayaran sebanyak RM49
ribu

Menurut beliau, gaji
terlalu tinggi itu melebihi bayaran diperoleh Ketua
Setiausaha Negara telah
menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk
Jabatan Perdana
Menteri (JPM).
"Dalam
jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji
tahunan, elaun dan
bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia
adalah RM830,500,
gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69 ribu. Ketua Pegawai
Eksekutif
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji
tahunan sebanyak
RM480 ribu (RM40 ribu sebulan).
"Semua
CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam
seperti Ketua
Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577,"
katanya dalam sidang
media di Lobi Parlimen, tadi.
Tambahnya, Ketua Pegawai
Eksekutif SPAD turut mendapat elaun
tahunan sebanyak RM162 ribu dan bonus sebanyak RM60
ribu.
Ketua
Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan
sebanyak RM30 ribu dan
elaun kereta bulanan sebanyak RM5,000.
Disamping itu, kakitangan
di JPM, dimana kebanyakkannya berkontrak
sahaja turut dibayar lebih tinggi daripada penjawat
awam.
"Sebagai contoh, seorang
pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA
A/B penjawat awam memiliki gaji maksimum sebanyak RM49 ribu
sebulan, seorang
Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C
penjawat awam mempunyai
gaji maksimum sebanyak RM31,600 sebulan.
"Jawatan Pengurus Kanan
yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54
mempunyai gaji maksimum bernilai RM21 ribu sebulan,"
ujarnya.
Agensi-agensi lain dibawah
JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur, Pihak
Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri
Kerajaan Teknologi Tinggi
dan Unit Peneraju Bumiputera.
Pada
masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak
supaya menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan
Hijau yang mempunyai
fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada
seperti Pihak Berkuasa
Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat
Inovasi dan Kreativiti
Global Malaysia (MAGIC).
"Jika
Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya
hidup dengan
peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan
GST, beliau sendiri
perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan
di
jabatannya.
"Najib
harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau telah
melonjak sebanyak 13
peratus daripada tahun lalu, berbanding 1.5 peratus daripada
jumlah bajet iaitu
RM250 bilion kepada RM264 bilion.
Walaupun dikritik hebat
pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa
pihaknya telah menerima
salah satu peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion
dibawah Bajet 2014. -Roketkini.com
























__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment