David enggan dedah angka bayaran Ustaz Azhar
Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my
| USTAZ AZHAR (tengah) diapit dua anggota kumpulan Shiro, Sharol (kiri) dan Ajak dalam satu adegan filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang!. |
MENAMPILKAN seorang penceramah bebas yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus dalam filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! merupakan strategi tersendiri yang dilakukan oleh syarikat perfileman gergasi milik David Teo, Metrowealth.
Namun begitu, ada desas-desus yang mengatakan penceramah berkenaan menerima bayaran yang agak lumayan iaitu antara RM25,000 hingga RM30,000, meskipun sekadar tampil dalam tiga babak sahaja.
Penerbitnya, David Teo ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis pratonton filem berkenaan baru-baru ini enggan mendedahkan jumlah sebenar yang dibayar oleh Metrowealth.
"Tentang nilai bayaran, pastinya saya tidak boleh memberitahu jumlah sebenar kepada umum dan ia dibuat atas persetujuan antara pihak penerbit dan pengurusan Azhar Idrus menerusi beberapa perbincangan yang dilakukan.
"Sebenarnya. kami tidak pernah berurusan dengan Azhar secara langsung, sebaliknya segala urusan dibuat bersama dengan pengurusan beliau. Jadi, saya ingin menjelaskan tentang bayaran bukan beliau yang menetapkannya," jelas penerbit berkenaan.
Tidak menjelaskan jumlah sebenar terhadap bayaran yang dibuat, David menegaskan ia sepatutnya tidak menjadi pertikaian memandangkan peranan Azhar dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre itu memberi impak kepada jalan cerita.
Ujarnya, biarpun terbabit dalam tiga babak serta dilihat sebagai penampilan khas, namun jiwa Azhar yang diterapkan oleh Pierre dalam filem tersebut sangat kuat dengan sebuah kisah yang mantap.
"Bayaran yang Metrowealth berikan bukanlah dinilai kepada kekerapan kemunculan beliau, tetapi lebih menjurus kepada falsafah dan pandangan beliau menerusi mesej positif yang disampaikan," jelasnya.
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang! menceritakan tentang Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup, manakala rakan baiknya Muiz (Ajak Shiro) pula seorang penganggur dan mengharapkan Dadu menyara hidupnya.
Kemunculan saudara Dadu iaitu Hamzah (Along Eyzendy) yang telah insaf membuka hati kedua-duanya untuk kembali ke jalan Allah. Kemudian Hamzah turut memberi mereka menonton ceramah Azhar menerusi cakera padat video (VCD) sehingga menimbulkan minat mereka yang mahu menyaksikan ceramah beliau secara langsung.
Mengenai pemilihan kumpulan Shiro sebagai tunjang utama dalam filem berkenaan, penerbit itu menjelaskan bahawa dia sudah lama memerhatikan perkembangan kedua-duanya sejak menyertai Raja Lawak 6.
"Kalau diimbas semula semasa berlangsungnya Raja Lawak 6, saya merupakan salah seorang juri tetap yang dilantik oleh Astro. Jadi, saya sudah melihat potensi yang dimiliki Shiro sebagai sebuah kumpulan lawak yang berbakat besar.
"Semasa perbincangan dilakukan dengan Pierre, saya minta supaya ditampilkan kelainan berbanding filem islamik yang pernah dihasilkan sebelum ini.
"Jadi, Pierre menerapkan unsur humor sebagai tarikan utama, namun ia sarat dengan mesej yang berguna," ujarnya.
Tumpang populariti
Pierre yang turut ditemui semasa majlis berkenaan memberitahu, dia sebenarnya sudah lama berkeinginan untuk menghasilkan filem-filem yang berunsur keagamaan sejak bergiat aktif dalam jemaah tabligh.
Mengulas mengenai pemilihan Azhar untuk filemnya itu, pengarah berkenaan tidak menafikan yang dia memang sengaja menumpang populariti yang dimiliki oleh penceramah berkenaan.
"Biarlah tanggapan orang lain yang mengatakan saya ingin tumpang populariti Azhar, tetapi ia bukanlah satu tindakan yang salah kerana niat asal saya untuk kebaikan dan mahu menarik lebih ramai orang menonton filem ini.
"Kepada mereka yang berkesempatan menontonnya nanti, terpulanglah penerimaan dan penilaian masing-masing. Mungkin ada yang melihat ia sekadar hiburan semata-mata, namun apa yang saya hasilkan ini sebagai satu dakwah kepada penonton," jelasnya.
Bercerita lebih lanjut tentang penglibatan Azhar, pengarah yang cukup terkenal dengan filem-filem seram itu memberitahu dia mengambil masa selama dua bulan untuk mendapatkan persetujuan Azhar.
"Apabila bertemu dengan Azhar, soalan pertama yang ditanya kepada saya, adakah pelakon wanita terbabit dalam filem ini.
"Apabila saya memberitahu 100 peratus membabitkan pelakon lelaki, barulah beliau memberikan persetujuan," ujarnya.
Filem ke-86 terbitan Metrowealth yang ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 28 November ini.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment