Sunday, November 24, 2013

RG2011... FW: Dimensi berbeza Kuala Lumpur (penerokaan lensa kamera)

 

 

 

Dimensi berbeza Kuala Lumpur


 

MENGEMBARA melalui lensa kamera. Begitulah gambaran satu perjalanan eksklusif demi menyelami setiap ruang ibu kota Kuala Lumpur yang merupakan nadi rakyat Malaysia.

Perkara itu tentunya yang bermain di fikiran lebih 1,000 peserta Maraton Foto Canon Malaysia 2013 yang diadakan baru-baru ini.

Persaingan sengit itu menyaksikan setiap peserta yang terdiri daripada jurugambar profesional dan amatur dari seluruh negara, berhempas-pulas untuk mencari sisi imej terbaik di sekitar bandar raya ini.

Ternyata, ia adalah satu cabaran yang sukar memandangkan setiap peserta perlu mengikut tema yang disediakan penganjur, Canon Marketing Malaysia Sdn. Bhd. (Canon Malaysia), dalam tempoh tertentu sepanjang pertandingan.

Tema-tema yang dipilih secara rawak melalui pusingan roda khas dibahagikan kepada bumi, hitam putih dan perkara kecil tetapi bermakna.

Pemilihan tema pada hari pertandingan itu memaksa setiap peserta berfikir dengan lebih kreatif.

Walaupun demikian, setiap dimensi kehidupan dan struktur di ibu kota berjaya memberi ilham kepada para peserta untuk menghasilkan karya-karya indah.

Antara kawasan tumpuan adalah gerai makanan, pusat beli-belah dan mercu tanda ibu kota.

SETIAP peserta mencabar diri dan kemahiran mereka untuk menghasilkan gambar unik dan terbaik.


 

Penyertaan remaja

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Malaysia, Melvyn Ho berkata, buat julung-julung kalinya pertandingan yang kini memasuki tahun ketujuh itu dibuka kepada peserta di bawah umur 18 tahun bagi kategori junior, selain kategori terbuka yang dikekalkan.

"Sebagai satu jenama pengimejan terkemuka, kami mahu mewujudkan peluang dan menyokong usaha dalam perkembangan industri fotografi dengan mencetuskan minat baharu dalam kalangan generasi muda.

"Setiap tahun kami dapat melihat bakat-bakat baharu dan berharap peserta-peserta muda ini akan terus mengasah kemahiran mereka, sekali gus menyumbang terhadap pertumbuhan industri ini," ujarnya.

Menurut beliau, objektif pertandingan Maraton Foto Canon Malaysia 2013 juga untuk mengumpulkan peminat dunia fotografi dan membolehkan mereka berkongsi pengalaman bersama peserta lain, di samping merebut peluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM30,000.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah sebuah kamera Canon EOS 5D Mark III berserta lensa F4L IS24-70 milimeter dan penyertaan klinik fotografi oleh jurugambar terkemuka, Triston Yeo di Kansai, Jepun.

Bagai disuntik adrenalin, ketika Ho menyempurnakan pelepasan maraton fotografi itu, para peserta pantas mencari lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi Amir Othman, 29, berfikir di luar kotak merupakan strateginya untuk mendapatkan gambar terbaik dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan jam itu.

"Antara tema yang dipertandingkan ialah bumi dan saya yakin apa yang penganjur mahu bukanlah gambar tanah atau tumbuh-tumbuhan biasa.

"Ia mungkin gambar dinding yang kelihatan seperti tanah atau serangga hidup. Ini secara tidak langsung, masih memenuhi kriteria yang ditentukan penganjur," kata juruprogram komputer ini ketika ditemui Kosmo!.

Menggunakan kamera model Canon 5D Mark III dan kali ketiga menyertai acara itu, Amir berkata, peserta tidak perlu menjelajah jauh untuk mendapatkan gambar yang unik dan menarik, sebaliknya harus mempunyai idea yang bernas.

SETIAP peserta perlu memastikan foto yang dirakam berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan penganjur.


 

Merencana strategi

Lain pula strategi adik-beradik Jamaliah Azlinda Mohd. Ali, 40, dan Jamaliah Azmirakarimah, 36, yang memilih beberapa lokasi tarikan di ibu kota untuk memastikan imej yang dirakam bersesuaian dengan tema yang diberikan.

Bagi memenuhi tema bumi dengan memberi fokus terhadap keindahan alam sekitar, mereka ke Tasik Titiwangsa dan Taman Burung Kuala Lumpur.

Jamaliah Azlinda berkata, dia menggunakan gambar dengan konsep syot sudut luas manakala adiknya menggunakan syot dekat.

"Kami sudah meronda di sekitar pusat beli-belah ini dan membuat keputusan tiada yang menarik dan bersesuaian dengan tema.

"Oleh itu, kami bergerak ke taman-taman utama, termasuk taman rekreasi di sekitar kawasan KLCC.

"Bagi kami, kerjasama berpasukan adalah penting bagi menghasilkan gambar yang berkualiti. Mungkin kami amatur tetapi saya percaya kata hati yang menentukan sama ada gambar yang dirakamkan itu menarik atau tidak," kata Jamaliah Azlinda.

Menggunakan kamera model Canon EOS 450D, dia turut menegaskan, aspek pencahayaan dan kebijaksanaan jurugambar bermain dengan sumber akan menghasilkan sebuah gambar yang menarik.

"Saya yakin dalam pertandingan ini tiada gambar yang tidak cantik kerana ia adalah sama seperti hasil seni yang bersifat subjektif," katanya yang pertama kali menyertai pertandingan itu.

Jurugambar berpengalaman, Mohd. Faizal Aman, 32, mengakui tercabar apabila perlu berekspresi melalui tema-tema yang digariskan pada hari pertandingan.

Sanggup memandu dari Johor Bahru, Johor, dia tidak memikirkan mengenai aspek kemenangan, sebaliknya lebih tertumpu kepada pengalaman berharga yang bakal diperoleh.

Mahu bereksperimen dengan ruang dan kehidupan manusia, Mohd. Faizal yang mempunyai minat dalam fotografi landskap, yakin dapat memenuhi setiap keperluan penganjur.

KEHIDUPAN warga kota merupakan antara subjek tumpuan peserta.


 

"Lihat sahaja di sekeliling kita, terlalu banyak subjek yang boleh dirakam. Lebih menarik sekiranya sesuatu subjek yang tidak dapat dilihat secara kasar dapat memberikan imej yang luar biasa.

"Contohnya, seperti senyuman manis dan ekspresi wajah setiap individu yang lalu-lalang di sini atau mereka yang tidur di kaki lima. Kesemua ini boleh menjadi subjek yang menarik bagi seorang jurugambar," jelasnya.

Lagak peserta sepanjang pertandingan, mendapat perhatian masyarakat sekeliling, dengan ada di antara mereka yang sanggup meniarap di tepi-tepi jalan dan bersandar di tangga semata-mata mahu merealisasikan imej yang ingin dirakamkan.

Kelibat peserta cilik yang mengambil gambar turut memikat perhatian. Antaranya ialah Shawn Ham Kai Zhong, 10.

"Saya datang sini kerana minat dan tidak berharap untuk menang. Saya ingin bertemu kawan-kawan baharu yang berkongsi hobi sama," kata pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai, Taman Megah, Petaling Jaya ini.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment