Tuesday, July 22, 2014

RG2011... Fw: Pelajar 'Gadis Pailang' Diperintah Jalani Pemulihan

 



Pelajar 'Gadis Pailang' Diperintah Jalani Pemulihan Di Sekolah Tunas Bakti

greenboc.blogspot

Samarahan: Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini terpaksa melupakan hasrat untuk berhari raya bersama keluarga apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka menjalani pemulihan di tiga Sekolah Tunas Bakti berasingan selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.

Majistret Zulhairil Sulaiman memerintahkan ketiga-tiga tertuduh berusia 16 tahun itu dihantar ke Sekolah Tunas Bakti di Terengganu, Melaka dan Miri.

Ketiga-tiga tertuduh diarah ditempatkan sementara di Taman Seri Puteri Kuching sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.

Zulhairil mengeluarkan perintah itu di dalam kamarnya, selepas mereka mengaku bersalah pada 23 Jun lepas menyebabkan kecederaan dengan sengaja ke atas seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sekolah yang sama pada 9.40 pagi, 25 April lepas.

Tindakan mereka membelasah mangsa dimuat naik di YouTube.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nornisla Abd Latif, manakala ketiga-tiga pelajar berkenaan tidak diwakili peguam.
 
Anonymous said...

Padan muka

Anonymous said...

Sudah i cakap dah ini tandanya sistem pendidikan negara sudah porak paranda.

Nak selamatkan sistem pendidikan negara dah tak ada cara melainkan tukar kerajaan baru insiden ini dapat dikurangkan.

 

 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, June 25, 2014 12:29 AM
Subject: Fw: "Gadis Pailang" Mengaku Bersalah Pukul Pelajar Tkn 3

"Gadis Pailang" Mengaku Bersalah Pukul Pelajar Tkn 3

greenboc.blogspot.


Tiga pelajar perempuan yang dirakam terbabit dalam kes 'video pailang' yang pernah heboh di media pada awal bulan lepas telah membuat pengakuan bersalah.

Pengakuan tersebut dilakukan atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada individu lain.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang berusia 16 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib itu telah dituduh melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari sekolah yang sama.

Kejadian berkenaan berlaku pada bulan April 2014.

Pelajar-pelajar berkenaan telah mengaku bersalah di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Hukuman akan ditetapkan pada 11 Julai ini selepas meneliti segala laporan akhlak mereka yang tertuduh.

Seorang tertuduh telah dikenakan dua pertuduhan iaitu mencederakan dan melakukan ugutan jenayah manakala dua lagi tertuduh telah dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Pendakwaan telah dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh hadir ditemani oleh ibu bapa masing-masing dan dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di balai polis berkaitan setiap minggu.

Pada awal bulan ini, video tertuduh yang membelasah mangsa di samping memanggil diri mereka pailang telah dimuatnaik di laman Youtube.

Video tersebut telah menjadi viral di laman sosial Facebook dan mendapat banyak reaksi orang ramai yang mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan. -astoawani

comments:

mansor said...

pastikan hukuman yang keras sebagai pengajaran kepada budak2 tolol itu dan pengajaran kepada yang lain termasuk ibubapa mereka..

Pak Mat Tempe said...

Pakaian masing2,ank melayu skrg

Anonymous said...

Ini tandanya sistem pendidikan negara sudah porak poranda dah. Selagi UMNO tak tumbang selagi itu masalah ini tak akan berkurang bahkan bertambah ada lah.

 

'Gadis pailang' akan dituduh 23 Jun ini

bloglist-malaysia.blogspot.
batuvskayu.blogspot
 
 

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintenden Lee Chong Chern berkata tiga suspek dalam video 'Gadis Pailang' akan didakwa.

"Ketiga-tiga dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Bagi suspek pertama ada tambahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Kes ditetapkan untuk dibicara 23 Jun ini," kata Lee .

Paparan video yang dimuatnaik di YouTube menggemparkan pengguna media sosial di negara ini tentang gejala buli di kalangan anak-anak muda di sekolah.

Video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

 

 

Pelajar Perempuan Bergaduh Di Terengganu Sampai Terselak...

greenboc.blogspot

Belum reda lagi kejadian buli di sekolah Kota Samarahan yang menjadi viral baru-baru ini, tersebar pula sebuah video yang membabitkan 2 orang pelajar perempuan yang tersebar di laman sosial.

Beberapa yang lalu, telah tersebarnya sebuah video yang melibatkan dua orang pelajar perempuan sekolah menengah bergaduh di luar perkarangan sekolah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Terengganu berdasarkan bahasa yang digunakan oleh dua pelajar perempuan terbabit.

Di dalam kes sebelum ini, video kes buli pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kota Samarahan Sarawak tersebar telah menjadi viral di mana rakaman berdurasi 1 minit 16 saat yang memaparkan aksi sekumpulan pelajar wanita membuli dan memukul seorang pelajar lain tanpa belas kasihan.

Kejadian tersebut berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.

GB pernah mengulas sebelum ini bahawa "apabila sistem pendidikan negara telah jauh daripada roh pendidikan sebenar dengan tidak menitikberatkan aspek pendidikan rohaniah maka itulah kesannya."

Pengertian sebenar konsep pendidikan, tujuan dan peranannya terhadap pembangunan insan dalam sesebuah masyarakat dan negara perlu dinilai semua dan Menteri Pelajaran perlubertangungjawab sepenuhnya untuk sebuah penggubalan dasar pendidikan yang menitikberatkan nilai-nilai akhlak dan disiplin - bukan terhad semata-mata kepada penilaian kognitif dan lulus periksa.

Jika tidak, maka kita akan dapat melihat lagi kejadian-jeadian di atas, malah dengan adegan dan senario yang lebih mengerikan!
 

comments:

Anonymous said...

pelajar2 hasil didikan sistem pemerintahan sekular UMNO/BN

- ahli GAMPANG (Gabungan Mamak Penang)

Pak Mat Tempe said...

Dgr suara mcm rmi kat situ,boleh duk tengok jah

Anonymous said...

Benda ini terjadi adalah disebabkan kerana terikut ikut keranah UMNO. Parti ini banyak menggumpulkan samseng dan kerana itu kita tidak perlu herian sedangkan PM kita sendiri tidak pernah mengutuk pun. Apa apa aja perbuatan samseng mesti disabitkan dengan UMNO. Parti itu tidak harus lari semua dah terbukti, memang mereka ganas tanpa terkongkong oleh undang undandang kerana peguam negara kita terhayal hanya mencari habun yang tak boleh dibawa mati....

Amuraria said...

mesia boleh ! bila pemerintah pun harbok denagn macam-macanm punya kolom apa lagi rakyat & semua terikut lah ,teladan pemimpin wasatiah daa ! ABU 1

gel pelangsing perut said...

bagaimanakah nasib generasi anak mendatang

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Did you know?
Accepting invites and joining Groups

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment