Sunday, July 20, 2014

RG2011... Fw: Balik Beraya Ke Malaysia Maut Nahas MH17

 



 
Anak OKU hilang tempat bergantung bila bapanya hancur bersama pesawat MH17

Satu Keluarga Balik Beraya Ke Malaysia Maut Nahas MH17


PETALING JAYA: '17 Julai 2014, memulakan penghijrahan baharu kami, Alhamdulillah.' Itu antara posting terakhir yang dimuat naik salah seorang penumpang penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.
Pemilik Facebook (FB) berkenaan, Ariza Ghazalee, 47, menaiki pesawat tersebut bersama suaminya, Tambi Jiee, 49, dan empat anak mereka, Mohd Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, serta Mohd Afruz, 13.
Lebih menyedihkan, Ariza turut memuat naik gambar beberapa bagasi mereka di laman sosialnya ketika transit di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

Keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak itu dilaporkan dalam perjalanan balik dari Kazakhstan, seterusnya transit melalui Amsterdam antara 298 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Mereka dipercayai berangkat dari Kazakhstan, lokasi suami Ariza yang juga seorang kakitangan Shell, bekerja selama tiga tahun.
Anak sulung mereka merupakan seorang pelajar di Kolej Taylor Kuala Lumpur, manakala tiga lagi bersekolah di Kazakhstan.
Keluarga itu dilaporkan kembali semula ke Malaysia kerana Tambi dipindahkan ke ibu pejabat Shell di Kuala Lumpur.
Terdahulu, ibu Ariza, Jamillah Noriah Abg Anuar, memberitahu mereka sekeluarga merancang untuk pulang beraya sebelum Tambi melaporkan diri bekerja di ibu negara.
Jamillah, 72, berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi itu kira-kira pukul 1.30 pagi apabila dikejutkan oleh ahli keluarganya.
"Saya sedang tertidur. Saya menerima panggilan telefon dari anak-anak saya, mengatakan mereka berada di luar rumah saya.
"Mereka beritahu saya mengenai nahas itu. Saya menangis. Apa lagi yang mampu saya lakukan," katanya.

Jamillah berbual dengan Tambi dan keluarganya beberapa jam sebelum pesawat tersebut dilaporkan terhempas.

"Mereka menghubungi saya dari Amsterdam. Sebelum memasuki pesawat, mereka hubungi saya. Tiada yang pelik. Ia perbualan normal," katanya.
Jamillah berkata, Ariza teruja untuk menaiki pesawat yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 2 petang Jumaat.

"Mereka pulang ke Kuching tiga hingga empat kali setahun. Kebiasaannya mereka tinggal di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Kali ini, mereka terus balik ke Kuching," katanya.

Ariza bersara awal untuk menemani suaminya ke Kazakhstan.

Menurut ahli keluarga mangsa, Ariza merupakan seorang jurutera terlatih dan pernah berkhidmat bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). #sumber
 

BERAPI!! Visual Detik Terakhir Dalam Pesawat #MH17 Sebelum Ditembak Jatuh.. Jom Terjah!!!



Video selama 14 saat yang dirakamkan oleh Md Ali Md Salim dan dimuat-naikkan di akaun Instagram miliknya adalah dipercayai visual terakhir dirakamkan di pesawat Malaysia Airlines Flight penerbangan MH17 sebelum ia ditembak jatuh di Ukraine



Visual ini menunjukkan penumpang menyimpan bag masing-masing di tempat barangan. Tajuk yang diberikan oleh Md Ali bagi visual terakhirnya adalah "Bismillah... #hatiadasikitgentar.

*********

Video dengan nama akaun @masa1777 berdurasi 15 saat itu dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Amsterdam dengan kapsyen: "Bismillah...#hatiadasikitgentar". 

Dalam video itu juga kelihatan beberapa penumpang serta seorang pramugari MAS, sedang sibuk menyimpan barang-barang di ruang bagasi bagi bersiap-sedia untuk berlepas. 

Rakannya, Mohd Zaem Nordin, 24, yang berkongsi video itu dalam akaun Instagramnya tidak menyangka Md Ali berada dalam pesawat malang itu. 

"Apabila saya melihat videonya yang dimuat naik kira-kira 15 jam lalu, saya sangat terkejut dan tidak menyangka beliau berada dalam pesawat itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini. 

Menurut Mohd Zaem, Md Ali sedang menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang psikologi di sebuah universiti di Armsterdam, dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan. 
Dia yang kali terakhir berhubung dengan Md Ali pada 25 Jun lalu dalam laman sosial Facebook berkata: 

"Kami sentiasa berhubung melalui Facebook dan kali terakhir itu beliau menyatakan hasrat kepada saya untuk pulang beraya bersama anggota keluarganya pada tahun ini.

"Saya tidak sangka hasratnya itu tidak kesampaian dan video itu adalah video terakhir beliau, " katanya. 

Mohd Zaem yang mengenali Md Ali sejak 2010 menyifatkan beliau seorang yang periang dan suka mengambil berat akan rakan-rakannya.

"Kami mula kenal ketika beliau bertugas sebagai Felo di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) cawangan Kuala Lumpur dan beliau sangat peramah dan disenangi ramai," katanya. 

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi ini.

- BERNAMA
 
 

MH17: Nenek tiri DS Najib, DS Hishamuddin turut berada dalam nahas #MH17

telokbakong.blogspot
gigitankerengga.blogspot
Tranungkite
 
Dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine awla pagi semalam.

Setelah beberapa fakta didedahkan, satu daripadanya cukup mengejutkan. Ini adalah kerana, salah seorang daripada penumpang yang terbabit dalam nahas MH17 itu adalah nenek tiri kepada Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishamuddin sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga kedua-dua pemimpin (sepupu) ini, salah seorang dari penumpang malang tersebut adalah Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma. Beliau merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noa lapor Malaysian Digest.

Tan Sri Mohd Noah merupakan bapa kepada Tun Raha (Ibu kepada Dato Seri Najib) dan Tun Suhaila (Ibu kepada Dato Seri Hishamuddin).

Di bawah meupakan foto Puan Sri Siti Amirah bersama Tan Sri Mohd Noah.
...........
http://pilihan-anda.blogspot.com

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Improved Group Homepage!
The About page of your Group now gives you a heads up display of recent activity, including the latest photos and files

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment