Thursday, July 17, 2014

RG2011... PM tuntut pengadilan buat MH17

 

PM tuntut pengadilan buat MH17

Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, Malaysia mahu pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan", katanya dalam sidang media pagi ini.

Katanya, pihak kerajaan Ukraine percaya bahawa pesawat itu ditembak jatuh, tetapi perkara itu masih belum dapat disahkan.

"Buat masa ini, Malaysia masih belum dapat memastikan punca tragedi ini tetapi kita perlu mengesahkannya, dan kita akan berbuat demikian," katanya.

Tambahnya, beliau telah berhubung dengan rakan sejawat di Ukraine yang memberi jaminan untuk berunding dengan "kumpulan pemberontak" bagi membolehkan operasi menyelamat diteruskan.

"Ukraine akan berunding dengan pemberontak bagi menubuhkan koridor kemanusiaan di kawasan pesawat terhempas.

"Siasatan tidak boleh dihalang dalam apa jua cara. Kita mesti mendapat akses sepenuhnya ke kawasan pesawat terhempas dan tiada siapa boleh campur tangan atau mengalihkan apa-apa serpihan, termasuk kotak hitam," katanya.

Ia merujuk pada keadaan di kawasan bencana, yang melibatkan konflik di antara pasukan keselamatan Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Laporan awal menyebut, operasi mencari dan menyelamat diganggu oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

Menurut Najib, pesawat tersebut tidak membuat sebarang panggilan kecemasan dan pesawat itu juga disahkan selamat untuk membuat penerbangan oleh pihak berkuasa antarabangsa.

Kawasan yang dilalui MH17 juga tidak tertakluk kepada sekatan penerbangan, katanya.

Selain Presiden Ukrain Petro Poroshenko, Najib berkata beliau turut berhubung dengan Presiden AS Barack Obama dan Perdana Menteri Netherlands Mark Rutte

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment