Thursday, July 17, 2014

RG2011... Keluarga pramugari terkejut nahas MH17

 

Keluarga pramugari terkejut nahas MH17

 457  0  0
Keluarga Nur Shazana Mohd Salleh, 31, pramugari dalam pesawat MH17 berkata MAS meminta mereka menunggu di Pulau Pinang terlebih dahulu.

"Rakan kami di US berkata pada jam 11 pagi dia berada dalam penerbangan," kata bapanya, Mohd Sallah Shamsuddin, 54, ketika ditemui di rumahnya di Bayan Baru.

"Dia merasa bahawa bulan ini adalah istimewa baginya. Kami nampak gambar kebakaran, nampak serpihan dari laporan CNN," katanya.

Ibunya menangis dan tidak mampu berkata apa-apa.

Sementara itu, Bernama melaporkan keluarga Nur Shazana berkata mereka terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat itu yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Bapanya, Mohamed Salleh berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam tadi.
    
Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.
    
"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.
    
"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di George Town.
    
Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.   
    
Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.
    
MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.
    
Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.
    
Beliau berkata keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.
    
Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment