Sent: Monday, July 21, 2014 8:46 AM
Subject: Gaza Terkini
Sahabat sekalian,
Saya ingin berpesan kepada diri saya dan Sahabat sekalian, Marilah kita mengambil kesempatan untuk bangun bermunajat kepada Allah di malam malam terakhir bulan Ramadan ini untuk Keselamatan dan kemenangan Rakyat Palestin di Gaza bagi berhadapan dengan Yahudi Zionis Laknatullah.
Sahabat sekalian dalam kita bergembira di hari Raya ini jangan kita lupakan sama sekali nasib yang menimpa Saudara Islam kita yg berada di Gaza, Syria, Mesir dan Islam Rohingya… Mereka dibunuh, mereka dikepung dan hak mereka dinafikan. Nabi Muhammad pernah bersabda akhir zaman nanti umat Islam seperti buih di lautan nampak ramai tetapi tidak kuat…. Hari ini Negara islam tidak membantu rakyat Palestin… Arab Saudi menggelar Hamas penganas, Mesir menutup sempadan supaya Yahudi Zionis terus meratah umat Islam…. OIC seperti tak bertaring, banyak pemimpin islam sibuk membina kekayaan, membina bangunan tinggi tanpa menghiraukan Nasib umat islam yg tertindas.
Saya menyeru agar kita meringankan tangan dan hati kita utk berdoa setiap kali selepas solat, berdoa dan terus berdoa agar Allah membantu rakyat Palestin dan umat Islam yg tertindas di seluruh dunia….
Hari ini kita bersimpati dengan nasib yg menimpa penumpang dan kru MH17…. Dalam masa yang sama jangan kita lupakan nasib jutaan nasib Rakyat Palestin….. Sekarang Yahudi sudah berjaya mengalihkan berita utama kepada nahas MH17 dan meminggirkan kekejaman mereka di bumi anbia itu.
"Ya Allah, sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganMU dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka! Kacau-bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka! Hantarkan ke atas mereka anjing-anjing Kamu! Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa, Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka, Wahai Tuhan Yang Maha Menyiksa, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah. Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkanlah mereka, menangkanlah kami ke atas mereka…"
Wassalam
Salleh
Terkini Di Palestin | Perang hari ke-13
Posted on July 20, 2014 by Blalang in gambar hangat, gaza, isu hangat, Palestin, video hangat // 0 Comments
Kesimpulan pada perang yang sudah masuk ke hari ke 13. Semakin meningkat serangan Israel ke Palestin juga serangan balas dari pihak Al-Qassam. Israel membuat banyak serangan roket ke Hayy Syujaiyyah.
Lebih 100 orang syahid di Palestin juga dilaporkan 13 kematian dari pihak Israel menurut pegawai tenteranya tapi Al-Qassam mengatakan sebenarnya lebih ramai dari yang disebutkan.
Hospital kekurangan doktor, juga bantuan perubatan pun turut menjadi mangsa roket pengganas Israel. Di pihak Israel juga mengakui hari ini adalah hari paling sukar dalam sejarah mereka.
Korban Hayy Syujaiyyah.
Kemanusiaan sudah hilang.
20 July 2014.
Inilah keadaan hospital As-Syifaa', antara hospital terbesar di Gaza.
2 masalah terbesar di hospital ini ialah :
1. Jumlah pesakit yang terlalu ramai.
2. Bekalan elektrik yang terputus-putus
Update Terkini
Ikutilah turutan update terkini di Palestin dan gambar. Yang terbaru di bawah, sambunan dari http://isuhangat.net/terkini-di-gaza-perang-hari-ke-13/
1. Terkini | 2.28pm | Perang hari ke-13
Pejuang Hamas memberi tahu bahawa mereka sedang berhadapan dengan serangan darat oleh pihak musuh zionis israel di Timur semenanjung Gaza.
Sumber;
GazaNow.
2. Terkini | 2.31pm | Perang hari ke-13
Mangsa 4 orang Syahid serangan zionis Israel terhadap rakyat Gaza di kawasan tengah bandar Gaza telah tiba di hospital al-Aqsa Deir Balah .
Sumber;
GazaNow
3. Terkini | 2.40pm | Perang hari ke-13
Reuters : Israel membekukan gencatan senjata di kawasan Syujaieah.
Sumber;
GazaNow.
4. al-Jazeera : Penduduk di Syujaieah berkata meraka mendapat banyak ugutan untuk meninggalkan rumah mereka semenjak semalam,tetapi mereka tidak bertindak meninggalkan rumah.
Sumber;
شبكة قدس الإخبارية
5. Terkini | 2.59pm | Perang hari ke-13
TV Berita : Kesemua wartawan juga photographers dan Ambulans di minta untuk meninggalkan kawasan Syujaieah serta merta.
Sumber;
GazaNow
6.Terkini | 3.20pm | Perang hari ke-13
Di laporkan dua orang yang syahid akibat bedilan yang di lakukan rejim penjajah zionis israel di Rafah :
1- Abdullah
2- Najah ad-Daraji
Setiap kali menaip dan menulis berkaitan nama-nama mereka yang syahid,tiap kali itulah hati dan jantung berdegup kencang.
7. Terkini | 3.28pm | Perang hari ke-13
Wartawan al-Jazeera memberitahu bahawa terdapat 4 helikopter Israel yang membawa mangsa-mangsa askar mereka selepas pertempuran dengan pejuang Hamas.
Sumber;
GazaNow.
8. Terkini | 3.33pm | Perang hari ke-13
Dilaporkan bahawa helikopter sebentar tadi membawa 14 askar rejimi zionis ke Bellinson Hospital di tengah bandar Israel untuk rawatan.
Sumber;
شبكة قدس الإخبارية
9. Terkini | 3.35pm | Perang hari ke-13
Jumlah mereka yang syahid meningkat,dan terdapat 2 orang mereka yang Syahid akibat bedilan bom di Timur Khan Younis :
1- Mohammad Khalil ad-Dahoma
2- Abou Jamie
Sumber;
GazaNow.
10. Terkini | 3.42pm | Perang hari ke-13
Pejuang bridged al-Qassam : Berlaku 'istisyhadiah' (letupan berani mati) oleh salah seorang tentera berani mati as-Qassam memusnahkan kereta kebal tentera zionis israel di kawasan Timur Syujaieah
Sumber;
GazaNow
11.Terkini | 3.44pm | Perang hari ke-13
Terkini anggaran bilangan mereka yang syahid akibat bedilan bom israel di kawasan Syujaieah meningkat kepada 100 orang dari 60 orang mereka yang syahid sebentar tadi.
Sumber;
GazaNow.
12. Terkini | 3.53pm | Perang hari ke-13
Berlaku serangan di kawasan kem pelarian as-Nasserat di tengah bandar Gaza dan tiada laporan kecederaan yang di terima.
Sumber;
GazaNow.
13. Terkini | 4.05pm | Perang hari ke-13
Briged Golani dalam tentera Zionis melantik komander general yang baru selepas berlaku kecederaan pada ketua komander yang lepas.
Sumber;
GazaNow.
14. Terkini | 4.08pm | Perang hari ke-13
Penduduk di Bandar Ramallah berkabung atas serangan yang menyebabkan syahid meningkat di kawasan Syujaieah hari ini.
Ramai antara mereka menutup kedai-kedai yang ada sebagai tanda berkabung.
Sumber;
شبكة قدس الإخبارية
15. Terkini | 4.12pm | Perang hari ke-13
Hamas : Pihak hamas meminta penduduk di Nablus,iaitu sebuah bandar di Utara Tebing Barat untuk berkumpul di Masjid as-Nasr iaitu salah sebuah masjid di tengah bandar.
Sumber;
GazaNow.
16. Terkini | 4.32pm | Perang hari ke-13
Buat kali ke tiga,penjajah israel membedil rumah penduduk di Beit Lahia.
Beit Lahia adalah sebuah bandar yang terletak di Semenanjung Gaza utara Jabalia, dekat Beit Hanoun.Menurut Biro Pusat Statistik Palestin, bandar ini mempunyai penduduk 59,540 pada pertengahan tahun 2006
Sumber;
GazaNow.
17. Terkini | 4.40pm | Perang hari ke-13
Di Ramallah ketika ini berlaku demonstrasi bagi menentang kekejaman zionis israel terhadap rakyat Gaza terutama apa yang telah terjadi di Syujaeiah.
Sumber;
GazaNow.
18. Terkini | Gaza 6:20 PM
Briged Izzudin AlQassam berjaya meletupkan sebuah kenderaan musuh di timur kawasan rayyan di timur Rafah.
Sumber;
Shehabnews
19 . | Terkini
Sehingga 48 jam yang lalu, sudah 84 orang tentera rejim Zionis yang mendapatkan rawatan di hospital Ashkelon.
Inilah senjata yang digunakan rejim Zionis ke atas wanita dan kanak-kanak di Hayy Syujaiyyah.
Masyallah. Satu peluru mengandungi beratus-ratus paku ini yang akan keluar bila ditembak. Senjata ini adalah antara senjata yang diharamkan penggunaannya di dunia ketenteraan, tetapi digunakan rejim Zionis.
Bayangkan bagaimana sakitnya jika paku ini menembusi badan-badan saudara saudari kita di sana.
Terus berdoa di malam-malam terakhir Ramadhan..
Sumber
Posted by: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment