Tuesday, July 22, 2014

RG2011... Fw: Peperangan Di Bumi Gaza - Janji Allah Semakin Hampir

 



 

Kisah di Balik Foto Kanak-kanak Palestin yang Melekat pada Seorang Doktor

malaysiaberih.blogspot
idahsalam.blogspot.
 
 
smh Foto kanak-kanak Palestin  yang memegang erat baju seorang petugas perubatan ketika petugas itu hendak membaringkan dia di tempat tidur

JALUR GAZA,    Seorang kanak-kanak lelaki dengancedera parah  di sekujur tubuhnya menggunakan segenap kekuatannya untuk berpegang pada baju seorang doktor yang mencuba membaringkan dia di tempat tidur rumah sakit. Adegan tersebut terakam dalam sebuah foto yang kemudian beredar luas di internet.

Hal yang tidak tertangkap foto itu adalah jeritan anak Palestine itu terhadap petugas paramedik tersebut, yaitu "Saya mau ayahku, bawa ayahku kepadaku!"

Foto tersebut juga gagal menunjukkan luka menganga di sisi kiri kepalanya, potongan besar pecahan peluru di lehernya, dan potongan-potongan kecil peluru yang bersarang di dada dan perutnya, yang dideritanya setelah terkena tembakan artileri Israel.

Kisah di balik foto yang diambil di Rumah Sakit Al Shifa di Kota Gaza, Khamis lalu, dan disebarluaskan ke seluruh dunia, diungkapkan seorang doktor junior Belal Dabour di media pro-Palestina, The Electronic Intifada. "Pada pukul 03.00, sekitar delapan atau sembilan korban tiba sekaligus di ruang kecemasan  . Yang terakhir datang adalah empat orang bersaudara, dua dari mereka anak kecil, keduanya berusia sekitar tiga tahun, dengan luka yang relatif dangkal," tulisnya.

"Lalu, datanglah yang lebih tua dari keempat bersaudara, seorang anak laki-laki berusia awal belasan tahun. Kepala dan wajahnya berlumuran darah dan ia menekan sebuah kain ke kepalanya untuk menghentikan aliran darah. Namun, fokusnya kepada sesuatu yang lain, "Selamatkan adikku!" teriaknya.

Anak laki-laki yang tidak disebutkan namanya, yang ada dalam foto itu, menjerit dan berteriak untuk bertemu ayahnya saat para petugas perubatan membawanya dari unit darurat ke perawatan intensif.

Pecahan peluru di leher anak itu hanya meleset sedikit saja dari arteri utama, pecahan peluru di dadanya hampir menusuk paru-paru, dan satu yang di perutnya hampir melukai ususnya. Namun, anak itu termasuk yang "beruntung", kata Dr Dabour, kerana dia telah melihat bagitu banyak kematian.

Sehari sebelumnya, empat anak laki-laki berusia antara sembilan dan 11 tahun terbunuh ketika sedang bermain di pantai di Kota Gaza saat serangan tentera Zionis membantai mereka. Mereka adalah sepupu.

Hingga Selasa ini, jumlah warga Palestine yang terbunuh dalam konflik dengan Israel yang sudah memasuki minggu ketiga telah mencapai 500 orang lebih. Tentera Israel tercatat 25 orang terbunuh. Sepertiga dari warga Palestine yang terbunuh adalah anak-anak, kata PBB, Sabtu lalu.

"Dari 8 Julai sampai pukul 4 tanggal 19 Julai, setidaknya 73 anak-anak Palestine dilaporkan terbunuh akibat serangan udara Israel," kata Catherine Weibel dari UNICEF.

Dr Dabour mengakhiri laporannya dengan mengatakan, dia tidak mengetahui nama anak itu kerana terlalu banyak orang, "beberapa orang tiba dengan kondisi sudah berantakan, beberapa terpenggal, beberapa rosak sehingga tak boleh dikenali".

"Saya tidak tahu apakah dia bertemu kembali dengan ayahnya, atau apa yang terjadi dengan keluarganya yang lain," tulisnya. "Namun, ada satu hal yang saya tahu pasti, yaitu bahawa ratusan anak-anak seperti dia menderita luka yang sama atau bahkan lebih buruk, dan hingga tulisan ini dibuat, hampir 80 anak-anak seperti dia telah terbunuh ketika  serangan tanpa belas kasihan Israel terus berlanjut."
KOMPAS.COM
Editor : Egidius Patnistik
Sumber : smh.com.au
 

Peperangan Di Bumi Gaza ( Pembebasan Masjid Al -Aqsa ) | Janji Allah Semakin Hampir

malaysiaberih.blogspot
kakisembang.com
 
Salam Ramadhan Al Mubarak, sekarang kita berada dipenghujung Ramadhan semoga Allah menerima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang kita lalui dan diketemukan Ramadhan pada yang datang. Sepanjang Ramadhan ini kita dikejutkan dengan peristiwa  peperangan yang berlaku di bumi Gaza, Masjid Al- Aqsa tanah suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjdil Nabawi di Madinah.


  1. Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra' junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:
{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} الإسراء/

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhamad) pada waktu malam dari Masjil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
 
Pada malam Isra' Mikraj ini juga nabi kita Muhamad SAW telah menjadi imam solat bersama para Anbiya' dalam masjid Al-Aqsa dan di sini juga nabi kita mewarisi bendera dan risalah Anbiya' sebelumnya.
  1. Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang  pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran :
{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة

Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung ke langit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang diberi kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan.

  1. Fadilat solat di dalam masjd ini bersamaan 500 solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:
«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة» (حديث حسن رواه الطبراني(.
 
Ertinya: Kelebihan  solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) , dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat - Riwayat Tabrani
  1. Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda:
«لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى(( .
 
Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.

Kalau kita buka Media sosial kita akan lihat kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap umat Islam di bumi Gaza, persoalan yang timbul kenapa mereka terlampau rakus ingin menghalau penduduk Gaza dan mesti ada Mujahidin yang akan membuat tentangan terhadap mereka sehingga ke hari Kiamat, kerana itu adalah janji Allah sepertimana hadis:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ 
 الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده

Ertnya:  Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad
 
Maka kita sekalian diperintah oleh Allah swt. Untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya. Dan kita yakin pertolongan Allah akan datang, dan pertolongan Allah itu sudah hampir.

Peristiwa yang berlaku di bumi Gaza adalah petunjuk bahawa janji Allah dan Rasul adalah benar, bagi akulah aku tidaklah begitu sedih apa yang telah terjadi di bumi Gaza, seperti mana mereka di sana begitu bangga kena mempertahankan tanah air mereka dan Masjidil Al-Aqsa sehingga ketitisan darah mereka yang terakhir, walaupun disekeliling mereka negara Islam yang hipokrit yang hanya manjadi pemerhati dan memperli pejuang Hamas dan Mujahidin di sana.

Apa yang perlu disedihkan, semua orang akan merasai mati. Ada yang mati sebabkan kanser, kencing manis, darah tinggi. Dan mereka penduduk Gaza memilih untuk Syahid dalam menegakkan kebenaran dan membebaskan Masjidil Al-Aqsa, dan satu masa aku juga akan ke sana. Insya Allah. Manakah yang lebih mulia hidup di dunia sebagai pengecut atau mati berjumpa dengan Allah dalam keadaaan taat dan bergelar Syuhada.
 

#Gaza : Kerajaan Malaysia didesak guna saluran diplomatik dengan Mesir

kedahlanie.info
 
 
SEORANG kakitangan perubatan Palestin berjalan melintasi sebuah ambulans yang turut musnah dalam serangan yang dilancarkan oleh pihak zionis Israel di kawasan kejiranan Shijaiyah, Bandar Gaza, kelmarin. - AGENSI

KAHERAH, Mesir 21 Julai - Kerajaan Malaysia didesak menggunakan saluran diplomatik dengan Mesir agar negara itu membuka sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihulurkan kepada rakyat Palestin di Gaza yang sedang berdepan serangan tanpa henti oleh rejim Zionis Israel.

Ketua Misi Perubatan Aman Palestin, Dr. Mohamad Nor Sundari berkata, sempadan Rafah perlu dibuka segera bagi membolehkan penduduk Gaza yang cedera dibawa keluar untuk menerima rawatan.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya menerima laporan semua hospital terutama Hospital As-Syifa sudah tidak lagi mampu menampung mereka yang cedera akibat serangan rejim Zionis.

"Kita perlukan desakan diplomatik agar membolehkan sempadan Rafah dibuka bagi membolehkan mereka yang cedera dikeluarkan dan dirawat. Sampai bila kita mahu tunggu? Adakah sehingga semua rakyat Gaza syahid?" tegasnya di sini hari ini.

Semalam, Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza dinafikan untuk meneruskan perjalanan ke Rafah sebanyak tiga kali selepas pihak tentera Mesir di pos kawalan di pintu masuk bandar Al Arish memaksa semua anggota misi bantuan berpatah balik.

Menurut Dr. Mohamad Nor, pasukan Aman Palestin kali ini turut membawa ubat-ubatan bernilai AS$15,000 (RM47,600) namun tidak dapat dihantar ke Gaza ekoran karenah birokrasi oleh pihak tentera Mesir.

Tambah beliau, mereka hanya dapat sampai ke pintu masuk bandar Al Arish yang terletak kira-kira 40 kilometer lagi untuk sampai ke sempadan Rafah namun pihak tentera tetap mahu mereka kembali ke Kaherah.

Dalam pada itu, Ketua Misi Bantuan Aman Palestin ke Gaza, Anas Abdul Wahab berkata, beliau kini sedang berusaha menggunakan pelbagai saluran yang ada untuk memasuki Gaza.

Kata beliau, harapan memasuki Gaza tidak pernah terpadam dan berharap sesuatu dapat dilakukan dalam sehari dua ini.

"Setakat ini, anggota misi berada di sini dahulu dan belum ada sebarang arahan terbaharu untuk bergerak memasuki Gaza, apa pun, saya tetap optimis yang misi bantuan ini akan dapat memasuki Gaza dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140722/dn_20/Kerajaan-Malaysia-didesak-guna-saluran-diplomatik-dengan-Mesir#ixzz389fi3NDJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Yahoo Groups
Did you know?
Accepting invites and joining Groups

Yahoo Groups
Control your view and sort preferences per Yahoo Group
You can now control your default Sort & View Preferences for Conversations, Photos and Files in the membership settings page.

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment