Wednesday, July 30, 2014

Re: RG2011... Fw: KEROSAKKAN KERETA PEUGEOT CDM 25

 

Seboklah pasal cdm25 ni
Tau x video tu di cut part uncle tu ckp2?? 
Erm... 
Sbb tu kot kiki tu ngamok ek.. 
Sila priksa yer.. 

Sent from my iPhone

On 25 Jul, 2014, at 6:10 pm, "amri el wahab amriwahab@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 

Sepatutnya saudara penulis ini membela dan jadi saksi Kiki di mahkamah........Kiki sudah pun di dapati bersalah dan dihukum denda Rm 5000.....bukan hukuman kerana "isu accident" tu....tetapi kesalahan merosakkan harta orang dan mengugut dengan "senjata" (yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian...........


2014-07-23 15:27 GMT+08:00 kamarul ariffin kayama82@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

assalamua'laikumm...kepada saudara-saudari sekelian...

maaf sy menyampuk diruangan ini..
sy jarang membalas komen di sini...
tp kali ini sy terpanggil utk beri pandangan..

kepada semua yg marah kat Kiki ni..mmg la boleh marah n patut marah bila tgk adengan yg dilakukan...
tp perlu ke utk anda semua marah sehabis nya pada kiki ni...anda semua tahu ke ape yg terjadi sebelum adengan ini dirakamkan????tlg jwb dgn jujur yerrr...adakah anda betul2 tau dengan situasi yg dihadapi??anda tahu ke siapa yg merakam adengan tu??bangsa dia? dan yg penting...adakah siperakam cerita tau cerita sebenar ttg ape yg dirakam sebelum memuat naik rakaman tersebut..

mmg kiki ade minta maaf...dan uncle sim ade memaafkannya....
adakah anda tahu sbb kiki minta maaf dan adakah anda tahu kenapa uncle sim beria-ia memaafkan si kiki??


cuba anda perhatikan dan selidik...dari awal..ttg situasi tu....sy bukan nk jd keyboard warrior...
tapi supaya jantung anda tidak sakit dek kerana marahkan si kiki n kerana anda telah terpesona dgn sikap uncle tu dan menjulang si uncle tu...

selalunya perkara yang benar sukar sgt utk dilihat bila yg batil datang menghimpit......

ce selidik dulu..kot2 si kiki ni yg benar...puas pulak anda semua nk minta maaf kat kiki nie...silap2..anda semua pula minta .radio  tlg siarkan utk anda minta maaf pada kiki......

sy buat teguran ini kerana...sy ingin berkongsi..4 hari lepas(sebelum ni sy pun marah gak kat kiki..tp xde lah smpai kutuk)..Allah swt nk lihatkan dan membuka minda sy..Allah swt menunjukkan dihadapan sy satu kejadian..time tu sy otw blik kerja...di kawasan Meru Klang...

kejadian melibatkan si pemandu A(berbangsa A) dan sipemandu B(berbangsa B).sy berada dibelakang kenderaan pemandu B sepanjang kejadian.
Untuk makluman sy xkenal pun pemandu A dan pemandu B tu...

dlm keadan tenang semasa memandu sy mengekori kenderaan pemandu B yang memandu kereta. kami berada di jalan utama dan lurus...
tiba2...datang satu kenderaan pacuan 4 roda (pemandu A)yang hendak keluar dari simpang sebelah kiri....dengan selamba pemandu A ni menghimpit pemandu B yang dihadapan sy. ketika itu....pemandu B masih memandu seperti biasa kerana kami berada dijalan utama. walaubagaimana pun..pemandu A td tetap menghimpit kenderaan B td...sehingga pipi kanan kenderaan A td bergesel dengan badan bahagian kiri belakang kenderaan B...apabila pergeselan berlaku....sepatutnya siapa yg akan marah????pemandu A atau pemandu B???

ok anda semua nilaikan..agak2 siapa yang salah???


sebab sy yg saksikan kejadian..sy akan katakan 100% pemandu A salah.dan telah menghimpit pemandu B. kerana pemandu A datang dari simpang dan baru hendak keluar simpang..padahal pemandu B telah melepasi simpang berkenaan terlebih dahulu....

Alhamdulillah nyerr tiada siapa yg marahhh...taaaapiiiii....

pemandu A td yg xpuas hati pulak....dengan muka senyum sinis..dari dlm kenderaan dia cuba menimbulkan kemarahan pemandu B dgn melambai2 tangan kearah pemandu B utk suruh turun dari kenderaan..sy x pasti apa yg dicakapkan masa tu(tp nada mcm mesra dan lembut)..tp sambil senyum2 dia masih lambai tgn kpd pemandu B utk turun dri kereta..

dalam situasi ni..cuba tgk...siapa yang mencabar siapa....sy rasa pada masa tu si pemandu B mungkin belum tahu keretanya digesel..sebab dia masih meneruskan pemanduan..tp lepas je dilambai oleh pemandu A td...maka si pemandu B ni mmberhentikan kenderaan dan mula marah..

mungkin ada sesuatu yg dikatakan oleh si pemandu A(sambil senyum n dgn nada yg konon2 lembut dan mesra tu) yg membangkitkan kemarahan si pemandu B....

kalau adengan ini dirakam dari jauh...atau adengan diambil semasa pemandu B ini marah sahaja..
anda rasa..anda akan marah siapa??

fikir-fikirkan lah supaya kita tidak tersalah menghukum org...
mungkin kiki terpaksa memohon maaf kerana kita yg memaksa dia..walhal...siapa yg tahu kot-kot dia xsalah??

Wallahua'lam..
ini adalah apa yg berlaku dihadapan mata saya sendiri.
maaf sy mohon kepada saudara/saudari yg terasa dengan perkongsian saya ini.

sekian.
Assalamua'laikum dan selamat menyambut hari raya.
On Friday, 18 July 2014, 9:48, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 
 

KEROSAKKAN YANG DIALAMI OLEH KERETA PEUGEOT CDM 25 YANG TERLANGGAR DARI BELAKANG OLEH WARGA EMAS YANG MAU DIBAYAR DENGAN HARGA RM2,000..

omakkau.blogspot.
Posted by OMAK KAU!!!
 

Lihat sendiri kerosakkan yang dialami oleh kereta CDM 25 sampai naik angin satu badan meroyan macam kena rasuk hantu polong minta ganti rugi sampai RM2,000 selain memukul kereta dan cermin kereta warga emas itu, kunci keretanya dirampas dan siap maki hamun dalam bahasa kasar dan rasis sekali.

Perlukan beliau menuntut sehingga RM2,000????

Wajarkah warga emas itu enggan membayarnya kerana kata beliau keretanya dilindungi insuran.

Nah sekarang apa dapat??? ....  Kena herdik dan maki hamun lagi dari warga siber sambil polis akan menyiasat dibawah kesalahn pembuli jalanraya.

Mohon pihak berkenaan memberikan pengesahan tentang kesahihan kerosakan dengan rakaman gambar yang dikirimkan ini... Yang pasti kerosakan yang dialami adalah lebih kurang serupa.
 
 

KAK LONG CDM 25 YANG DITAHAN PIHAK POLIS KERANA KES BULI JALAN RAYA DAN UGUTAN JENAYAH.

omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!
 

Siti Fairrah Asyikin, 30 atau lebih dikenali sebagai Kiki @ Kak Long CDM 25, yang dirakam membuli seorang warga emas di kawasan tempat letak kereta di Kuantan Isnin lalu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Dilaporkan, Kiki hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 4.00 petang bersama ibu, ayah dan keluarganya sebelum ditahan.

Wanita pemilik kereta Peugeot 208 yang mengamuk dan merosakkan kereta seorang lelaki warga emas menggunakan pengunci stereng di tempat meletak kenderaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan telah ditahan untuk membantu siasatan.


Difahamkan, Kak Long CDM 25 ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.
 
 

GARA-GARA CUBA AMBIL KESEMPATAN DENGAN MENJEMPUT KAK LONG CDM 25 KE STUDIO, ERA FM KENA BELASAH CUKUP KAW-KAW SAMPAI LUMAT LUNYAI TIDAK BERNAFAS!!!!

omakkau.blogspot
Posted by OMAK KAU!!!!
 
Bila buat kerja bangang maka inilah akibatnya .. cuba ambil kesempatan diatas kemarahan meluap-meluap rakyat .. Akhirnya stesen radio swasta ini kena tibai cukup teruk dalam sejarah . dianggap mengagung-agungkan penjenayah (pembuli jalan raya) dan mangsa buli terus teraniaya. .. menjadikan suatu precedent agar rakyat jika nak terkenal buatlah kerja jijik macam Kak Long CDM 25.

Perlu ingat Uncle Sim sudah pun dikeluarkan saman oleh PDRM kerana kesalahan terlagar bontot kereta Kak Long CDM 25 .. Kak Long CDM 25 hentak kereta Uncle Sim 3-4 tempat sampai bocor apa ceritanya .. boleh selesai dan tutup kes sekadar mohon maaf kosong kosong?????

Hebat kalau gitu .. apakah Era FM cuba mewujudkan budaya baru bahawa setiap penjenayah akan dimaafkan dan tiada sebarang tindakan diambil hanya perlu ke studio radio mohon maaf kosong kosong dengan nada sedih dan keluarkan sedikit air mata buaya??? ...  BEGITU????

Motto ERA FM kini patut di ubah ke ...
MAKI CACI KAMI ANGKAT SEBAGAI SELEBRITI.
Oopps terlupa .. bukankah Astro Awani bayar upah ribuan ringgit kepada adik Azmin Ali, Azwan Ali hanya untuk buat kerja maki hamun sahaja???? .. AMBOI .. AMBOI ... AMBOI...

Pelayar laman sosial menjadikan Facebook stesen radio swasta utama negara, Era.fm sebagai medium serangan terbaru meluahkan rasa tidak puas hati selepas stesen radio berkenaan menjemput Kiki CDM25 membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kebanyakan mereka bengang dengan tindakan berkenaan kerana didakwa cuba untuk mempopularkan Kiki walaupun sudah bertindak kasar membuli pesara kerajaan.

Rusydan Badawi dalam reaksinya mencadangkan supaya stesen radio Era.fm menjemput seorang warga Myanmar yang popular dengan video bacaan al-Quran yang kini ditahan pihak berkuasa Malaysia

"Apa kata jemput pulak budak Burma (Myanmar) yang sedang ditahan 6 bulan di jel sebab duduk Malaysia lebih tempoh. Sedap sikit dengar corong radio orang mengaji," katanya

Pemilik akaun Facebook, Nur Fatin dalam reaksinya meminta Era.fm menghentikan tindakan mengangkat individu tidak bermoral dan ditolak sebagai 'artis popular segera'.

"Stop making immoral & ignorant person into some famous instant-artist. She doesnt deserve this Era Fm," katanya.

Sementara itu, Rohaya Adam yang juga antara pelayar laman sosial itu meminta menghentikan perkara terbabit supaya tidak terus diperbesar dan memberikan semula tumpuan terhadap isu Gaza dan Palestin.

"Sudah-udahlah tu..isu dah selesaikan…media please (tolong) jangan besar-besarkan lagi. Isu Palestin, Syria lebih penting kot… media macam ambil kesempatan pulak," katanya.

Selain Era.fm, laman facebook Hitz.fm juga turut menjadi mangsa kecaman kerana menjemput Kiki untuk memberikan penjelasan sebenar berkenaan kejadian sebenar.

Mereka membidas tindakan stesen radio berkenaan yang sepatutnya menjemput Uncle Lim yang bertindak memaafkan Kiki dan bukannya si 'pembuli jalanan' itu.
 
 





--

Salaam & Regards

Amri el Wahab


My Facebook: https://www.facebook.com/amri.elwahab
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com



__._,_.___

Posted by: Kay <kekupumalam@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)

Check out the automatic photo album with 2 photo(s) from this topic.
pix_gal1+%281%29.jpg pix_gal1+%281%29.jpg

" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment