Sunday, August 10, 2014

RE: RG2011... Fw: Anda mungkin tak nak makan udang kering lagi

 

takat denda rm2600 takdak orang nak takut


From: respeks_group@yahoogroups.com [mailto:respeks_group@yahoogroups.com]
Sent: Sunday, August 10, 2014 1:19 PM
To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: RG2011... Fw: Anda mungkin tak nak makan udang kering lagi

 



 
kitabantai.info
Kita Bantai 

 
GEORGETOWN - Meloyakan - itulah cara pengendalian proses pembungkusan makanan laut kering yang dikesan di sebuah kilang berhampiran Pengkalan Weld, di sini.

Tindakan biadab meletakkan penyapu lidi atas longgokan sotong kering terbongkar ketika pemeriksaan dalam Ops Bersih ke-13 oleh jabatan kesihatan kelmarin.
Penyapu lidi di sebelah udang kering...sampai bercampur

Tanpa sarung tangan

Kebersihan tidak diutamakan

Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha kilang memproses makanan itu dikenakan didenda RM2,600 mengikut Perkara 32 dan 34 kerana melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
 
 

Beliau berkata, kilang itu akan diperiksa sekali lagi dan jika mengulangi kesalahan sama akan diberi notis menutup premis dari beroperasi.

"Markah kebersihan amat rendah kerana keadaan lantai yang dikotori sisa makanan laut kering manakala pekerja yang membungkus makanan laut itu pula tidak memakai sarung tangan.

"Lebih-lebih lagi meletakkan penyapu lidi tepi sotong kering. Perbuatan itu tidak boleh diambil mudah kerana ia membabitkan aspek kebersihan penyediaan makanan," katanya pada sidang media di Komtar, semalam.

Ketika ditanya alasan pengusaha itu meletakkan penyapu sebegitu rupa, dia mengaku penyapu lidi berkenaan digunakan untuk membersihkan lantai dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak sengaja.

"Alasan tidak sengaja tidak boleh diterima kerana ini soal kebersihan makanan. Lagipun tentu penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu lantai bukannya menyapu habuk sotong kering (kerana penyapu sotong saiznya lebih kecil)," katanya.

Ku Nafishah berkata, dalam operasi kali ini, penguat kuasa kesihatan mengeluarkan kompaun kepada peniaga yang masih degil meletakkan barangan makanan bersama cecair pencuci.

"Walaupun berulang kali memberi amaran supaya mengasingkan cecair atau serbuk pencuci dari barangan makanan, ramai peniaga masih tidak mengendahkannya.

"Ada peniaga yang bersikap endah tak endah tunggu sampai saat-saat akhir untuk penguat kuasa kesihatan mengenakan kompaun, lepas itu baru nak berubah.

"Namun, secara keseluruhan sepanjang Ops Bersih dari Januari hingga kini, ada sedikit peniaga memberi fokus kepada aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan pengendalian yang betul dan selamat," katanya.

Menurutnya, sebuah kafe makanan kotor di Nibong Tebal diarah tutup selama 14 hari untuk membolehkan pemiliknya melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.

"Kita mengeluarkan 13 notis saman kepada 12 premis berjumlah RM8,600 kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi kali ini," katanya.Sinarharian

 
Copyright © 2014 Kita Bantai Dot Info | PartnerALL BERITA

__._,_.___

Posted by: MOHAMED JOHARI BIN MOHAMED SIDEK <mohamed_johari@silterra.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment