Anak Dakwa Bapa Dia Gila, Rupanya Rekaan Semata-mata
selatanonline.net
Posted by ahmadi
Satu pasangan pengantin lewat 20-an nak nikah. Berkenaan wali dia, perempuan itu kata bapa dia 50-an masih hidup tapi ada sakit mental atau gila. Maka, kalau dengar cerita pasangan ini, maka bapa dia boleh digugurkan dari jadi wali dan berkemungkinan akan berpindah kepada wali yang lain.
Bagaimanapun, bila diminta surat hospital mengatakan bapa dia gila, dia kata tidak ada surat. Dia tetap mengatakan bapa dia gila dan sebagai anak, dia lebih tahu. Bila ditanya, katanya bapanya tidak pernah masuk ke hospital mental tetapi pernah menerima rawatan berkala. Dia tidak dapat menunjukkan apa-apa surat.
Bagaimanapun, bukan semudah itu Kadi nak percaya segala keterangan sebelah pihak ini. Kadi arahkan pegawainya dengan kerjasama imam masjid di kawasan berkenaan untuk menyiasat dan bertemu dengan bapa perempuan berkenaan. Mula-mula jumpa imam, imam pun terkejut kerana dia mengenali lelaki yang dimaksudkan. Apabila sampai di rumah, lelaki yang dimaksudkan ada di rumah dan menyambut kedatangan tetamu dengan baik.
Pegawai dan pak imam terkejut yang bapanya tidaklah gila seperti yang dimaksudkan. Salah seorang abang dan ipar lelaki ini juga mengesahkan yang lelaki ini tidaklah gila. Bapanya terkejut dengan cerita yang dibawa oleh anaknya sendiri. Sebenarnya, lelaki ini telah bercerai dengan bekas isterinya dan anak perempuannya ini di bawah jagaan bekas isterinya. Dia tak faham, kenapa timbulnya cerita pasal gila ini.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment