Monday, August 25, 2014

RG2011... Fw: Projek MRT punya pasai...

 



Projek MRT punya pasai...

telokbakong.blogspot.
alditta.blogspot
 




Hujan lebat yang melanda ibu kota Kuala Lumpur hari ini mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air. Antara kawasan yang terbabit ialah di sekitar Cheras, Bandar Tun Razak serta beberapa kawasan di sekitar Ampang.

Dekat dengan Leisure Mall Cheras Projek MRT. Air naik di Bulatan Billion Cheras. Banjir kilat berlaku dari arah Kajang dan juga dari arah MRR2.

Tetulang konkrit untuk projek MRT jatuh daripada treler...

Sebelas daripada 16 tetulang konkrit yang terjatuh daripada sebuah treler muatan panjang di atas jejambat Bulatan Bilion, Cheras menyebabkan kesesakan lalu lintas pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan pemandu treler berkenaan yang berhenti secara mengejut bagi mengelak kenderaan di hadapannya hingga mengakibatkan tali yang mengikat tetulang itu terputus.

Menurut jurucakap pusat info trafik (Itis) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Grand Saga menuju ke Bulatan Bilion.

"Bagaimanapun tetulang konkrit itu telah dialihkan pada pukul 1.40 petang tadi dan trafik kembali lancar seperti sediakala.

"Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama. 

MRT concrete tunnel lining segments fell from lorry...

Twelve pieces of concrete tunnel lining segments for the MRT project fell from a 51-tonne lorry near Taman Billion along Jalan Cheras at approximately 11am.

The incident happened when the heavyweight vehicle was forced to make an emergency break as the traffic ahead of it had suddenly stopped.


According to a statement issued by MRT Corp, the lorry swerved a little but could not avoid hitting the vehicle in front.

"The fallen material did not cause any injury to anyone. No car was damaged from the fallen segments.

"The accident has resulted in the closure of the lanes leading to the Taman Billion roundabout. All vehicles are now channeled to the single-lane slip road of the roundabout," it said.

MRT Corp said they are investigating the incident and action will be taken against parties found responsible for the accident.-astroawani
 

MAS & MRT Ditimpa Musibah Lagi...

greenboc.blogspot


Pesawat MAS ke Tokyo patah balik ke KLIA selepas 50 minit penerbangan

Pesawat Malaysia
Airlines (MAS) penerbangan MH70 dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarahkan berpatah balik selepas 50 minit perjalanan kerana faktor keselamatan, lapor The Star.

Akhbar itu melaporkan berdasarkan laporan di portal berita, pesawat itu berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada 10.50 pagi tadi.

Sebaik saja tiba kembali ke KLIA, penumpang dimaklumkan penerbangan itu dijadualkan berlepas semula pada 1.15 petang menggunakan pesawat lain.

The Star melaporkan laman
web MAS memaparkan MH70 berlepas dari KLIA pada 1.22 petang dan tiba di Tokyo pada 8.44 malam waktu Malaysia.

Setakat ini, akhbar itu berkata syarikat penerbangan negara MAS masih belum dapat dihubungi untuk mengulas berhubung insiden itu.

Kelmarn, negara baru saja berkabung menangisi mangsa tragedi pesawat MAS penerbangan MH17 yang dalam perjalanan pulang ke KLIA dari Amsterdam ketika ditembak hingga terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER itu maut dengan 43 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Semalam, 20 jenazah menjadi kumpulan pertama dibawa pulang ke tanah
air untuk disemadikan.

Tadi, tiga lagi jenazah rakyat Malaysia tiba di KLIA jam 8.30 pagi manakala kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 itu masih belum mendapat tarikh untuk dibawa pulang.

MAS ditimpa malang dan menjadi perhatian dunia ketika empat bulan sebelum itu, pada 8
Mac pesawat MAS penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing lesap daripada radar awam dan hingga kini kapal terbang dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui.

Operasi mencari bagi fasa kedua mula dilancarkan bulan ini di Lautan Pasifik dan pengerusi Jawatankuasa MH370 dari Malaysia akan berlepas ke
Australia tidak lama lagi untuk meneruskan perbincangan kaedah seterusnya digunakan bagi mencari MH370.


12 tetulang konkrit MRT terjatuh dari lori

KUALA LUMPUR: Dua belas tetulang konkrit untuk projek pembinaan MRT terjatuh dari sebuah lori 51 tan pagi tadi di Jalan Cheras, berhampiran Taman Bilion.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 11 pagi apabila lori itu terpaksa melakukan brek kecemasan apabila lalu lintas di hadapannya tiba-tiba berhenti.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh MRT Corp, lori berkenaan membelok sedikit tetapi tidak dapat mengelak melanggar kenderaan di hadapan.

"Bahan yang jatuh tidak menyebabkan apa-apa kecederaan kepada sesiapa. Tiada kereta yang rosak dari bongkah konkrit yang jatuh.

"Kemalangan itu telah menyebabkan penutupan lorong ke arah bulatan Taman Billion. Semua kenderaan kini disalurkan kepada satu lorong di bulatan berkataan," kata kenyataan itu.

MRT Corp berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil terhadap pihak-pihak yang didapati bertanggungjawab bagi kemalangan itu.

Pada awal minggu ini tiga orang pekerja warga Bangladesh maut dalam runtuhan bahagian konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, di
Petaling Jaya.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Muhamad Faruk Khan, 38; Mohammad Elahi Hossain, 27 dan Mohammad Alauddin Mollik, 34.

etika kejadian jam 8.30 malam itu, tiga lelaki terbabit sedang melakukan kerja-kerja pemasangan satu bahagian konkrit pada ketinggian 38 meter bersama seorang lagi pekerja apabila ia terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah.

Semasa runtuhan berlaku seorang pekerja sempat menyelamatkan diri dengan terjun dari lokasi pemasangan konkrit dan mengalami kecederaan.

Susulan kejadian itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar
Abdul Hamid telah mengumumkan perletakkan jawatannya.

"Sebagai peneraju MRT Corp, saya ambil tanggungjawab peribadi atas insiden yang berlaku dan ia (letak jawatan) tindakan yang betul untuk dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan meletakkan jawatan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp Tan Sri Ali Hamsa.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment