Tuesday, August 26, 2014

RG2011... Fw: Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai TMgo

 



kitabantai.info
Kita Bantai
 
Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar mereka, yang mana dinamakan sebagai TMgo. Seperti dilaporkan sebelum ini, TMgo hanya menyasarkan kawasan-kawasan yang kurang mempunyai akses ke jalur-lebar berkelajuan tinggi, dan dimulakan pengenalan di Kedah.
 
Ketika pelancarannya, kami telah berpeluang untuk menguji sendiri rangkaian 4G daripada TM ini, yang mana merupakan pembaharuan rangkaian CDMA milik TM sebelum ini.
Kelajuan
Pihak Telekom Malaysia menjanjikan kelajuan sehingga 20Mbps menggunakan perkhidmatan TMgo ini – sekaligus membolehkan pengguna dikawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi untuk menikmati akses internet lebih pantas.
Perkara ini mungkin penting untuk beberapa urusan, terutamanya sekiranya ingin membuat panggilan video resolusi tinggi ke luar negara, memuat-turun dengan lebih pantas, memuat-naik dengan lebih pantas, dan membuat beberapa perkara lain.


kitabantai.info
Kita Bantai

 
TMgo merupakan salah satu perkhidmatan yang sedia dinantikan ramai, apatah lagi ia memperlihatkan perubahan pihak Telekom Malaysia dalam beralih dari penyedia jalur-lebar berwayar kepada penyedia jalur-lebar tanpa-wayar dan hadir dengan sokongan rangkaian 4G LTE.
Berbeza dengan penyedia mudah-alih yang lain, perkhidmatan 4G LTE daripada Telekom Malaysia ini dilihat merupakan sebahagian daripada pembaharuan rangkaian CDMA milik TM sebelum ini, serta merupakan salah satu evolusi TM ke arah penyepaduan sebenar (True Convergence).
Melalui laman rasmi TMgo yang telah diterbitkan TM hari ini, mereka melabelkan TMgo sebagai penyedia rangkaian jalur lebar 4G sebenar, menawarkan kelajuan sehingga 20MBps, serta rangkaian yang stabil.

Pakej TMgo

Dengan pengenalan pelbagai produk baru, salah satu perkara yang akan menjadi tumpuan adalah harga tawarannya.
Untuk TMgo, ia hadir dalam bentuk prabayar, dimana pengguna tidak tertakluk kepada sebarang kontrak dan komitmen bulanan. Pengguna akan diperlukan untuk menambah-nilai berdasarkan kuota data yang diperlukan dan bergantung kepada tempoh masa yang diinginkan.
Sebelum dapat menggunakan TMgo, pengguna akan diperlukan membeli pakej permulaannya yang hadir dengan modem mudah-alih.
Dua modem ditawarkan, iaitu 4G Mobile Adapter – yang mana membawakan sambungan USB untuk digunakan, dan juga 4G Mobile Router yang mana merupakan MiFi yang boleh digunakan oleh sehingga lima pengguna pada sesuatu masa.
TMgo 4G Mobile Adapter ditawarkan pada harga pengenalan RM115, yang mana hadir dengan kad-SIM, modem mudah-alih yang dihubungkan melalui USB, kuota percuma sebanyak 2GB, dan kuota bonus sebanyak 500MB selama 6 bulan.
TMgo 4G Mobile Router pula hadir dengan pakej yang sama, tetapi digantikan dengan modem MiFi, serta ditawarkan pada harga pengenalan RM315.
Bercakap mengenai modem, TMgo hanya menyokong model D-Link DWR-922 (FWT), dan juga D-Link DWR-930 (MiFi) sahaja buat masa ini, dan tidak menjamin keserasian peranti lain dengan rangkaian 4G LTE TMgo buat masa ini. Memandangkan mereka menggunakan gelombang yang berbeza, maka untuk mengakses pada telefon pintar atau tablet.
 – pengguna perlu menggunakannya melalui MiFi mereka. TMgo 4G LTE menggunakan spektrum 850Mhz untuk beroperasi.

Untuk tambah nilai, pihak Telekom Malaysia menawarkan 1GB pada harga RM10, 3.5GB pada harga RM30 dan 6GB pada harga RM50. Tambah nilai boleh dibeli melalui cawangan TMpoint, dan juga semua rangkaian e-Pay seluruh negara.

Liputan TMgo

Memandangkan pihak Telekom Malaysia ingin menyasarkan pengguna dikawasan yang kurang menerima liputan jalur-lebar berkelajuan tinggi terlebih dahulu, maka beberapa kawasan terhad sahaja menerima perkhidmatan ini buat masa ini.
Melalui gambar peta yang diterbitkan pihak Telekom Malaysia, zon liputan ini meliputi beberapa daerah di Kedah dan Melaka buat masa ini.
Di Kedah, antara lokasi yang menerima perkhidmatan TMgo ini adalah Pendang, Tokai, Alor Setar, dan beberapa lokasi berdekatan yang lain.
Beberapa lokasi sekitar Melaka juga turut diliputi dengan rangkaian 4G LTE daripada TMgo ini.
Menariknya, beberapa lokasi di Lembah Klang turut mempunyai akses untuknya, dan antaranya adalah di Putrajaya, serta kawasanberdekatan Bangsar.


Ini merupakan antara info awal yang telah diterbitkan oleh pihak Telekom Malaysia pada halaman rasmi TMgo. Kami akan membawakan liputan lanjutan daripada pelancaran rasmi TMgo di Kedah, disamping akan turut memperlihatkan beberapa ujian awal menggunakan rangkaian TMgo ini kelak pada petang hari ini.
Bacaan lanjut : FAQ TMgo 4G LTE

TMgo Akan Diperluaskan Ke Lebih 280 Lokasi Diseluruh Negara Dalam Tempoh 6 Bulan

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi mereka, dinamakan sebagai TMgo di Kedah. Ketika pengenalan ini, ia ditawarkan di lebih kurang 17 kawasan sekitar Kedah, dan bakal diperluaskan keseluruh negara secara berperingkat.
Untuk pengenalan ini, pihak Telekom Malaysia menawarkan ia di beberapa kawasan sekitar Kedah, iaitu di Pendang, Baling, Padang Terap dan akan diperluaskan ke lebih 20 tapak lain di Kedah. Telekom Malaysia bakal memperkenalkan perkhidmatan TMgo ini di Melaka pada 23 Ogos, dan akan dilancarkan di Alai, Melaka.
Pihak Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana mereka akan memperluaskan perkhidmatan TMgo ini ke lebih 280 tapak lain di seluruh negara dalam tempoh enam bulan akan datang ini. Namun, tiada info diberikan buat masa ini berkaitan kawasan-kawasan yang akan menerimanya – selain cuma menekankan yang mana kawasan underserved akan menerimanya terlebih dahulu.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

1 comment: