Friday, August 22, 2014

RG2011... Fw: Padah Ikut Teman Lelaki Di Negara Orang...

 



Padah Ikut Teman Lelaki Lalu Berkahwin Di Negara Orang...

greenboc.blogspot

KANDUNGAN SMS yang diterima mendakwa Suliza mahu berkahwin dengan Laili.

Rintihan anak dari Sumatera

Melaka: "Ummi tolong adik ummi...adik dah tak tahan duduk sini. Nak makan pun susah sampai kena kerja di sawah setiap hari," rayu Suliza Kassim, 18, ketika menghubungi ibunya, Azizah Ahmad, 49, petang, kelmarin selepas dua bulan terkandas di Jambi, Sumatera, Indonesia, kerana mengikut kekasihnya pulang ke negara asalnya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu kini terkandas di kampung kekasihnya selepas dibawa pulang lelaki terbabit dikenali sebagai Laili Iskandar 30-an yang membawa Suliza masuk secara haram ke negara itu pada Jun lalu.

Azizah kini tidak mengetahui bagaimana nasib anak gadisnya selepas mendakwa Suliza sudah bernikah dengan lelaki terbabit dan kini hamil serta bekerja keras untuk menyara kehidupan hariannya.

Tertekan dengan nasib menimpanya, ibu tunggal yang menghidap tiroid dan penyakit jantung kini dirawat di Hospital Melaka selepas menerima panggilan anaknya merayu membantunya pulang.

Menurut Azizah, dia amat risau mengenangkan nasib anaknya yang memberitahu terpaksa bekerja di bendang terlebih dulu sebelum boleh makan, sedangkan anaknya itu tidak pernah melakukan kerja berat walaupun dibesarkan di Felda. -hm

ULASAN GB

Disiarkan kisah masyarakat ini untuk berehat sementara hal-hal politik yang boleh menyebabkan
stress.

Juga supaya menjadi pengajaran terutama kepada gadis-gadis belasan tahun (juga puluhan) supaya tidak terlalu mengikut kehendak nafsu sehingga akhirnya membawa kepada penyesalan diri yang tak diduga.

comments:

Man said...

Assalam.
Cintaaaaaa..... Keh3....
baru kau tahu...... buat tak nak tanya Mak Bapak dah kena baru nak minta tolong...... betul2 menyusahkan Mak Bapak.....

Dalam Filem P.Ramlee berkata...."kecik2 tak nak mampus sudah besar menyusahkan orang"

Dekat Malaysia ni ramai orang Melayu.... pilih saja yg bertanggungjawab atau tak.... nak pilih bangsa Asing buat apa?

Pada Ibu yg terlibat sabarlah mungkin dugaan daripada Allah...
saya doakan semoga beliau tabah...

Anonymous said...

Gb . Anak dara ni kena ilmu pengasih. Ilmu tu batal bila lepas jimak. Waktu tu dah terlambat nak patah balik....

Anonymous said...

Kena ilmu angau tu.. siap msg mintak restu. kalu ilmu pengasih,mesti msg jgn cari daku SKRG..

cinta punya psl dah lupa psl susah masa depan..semua org, parent kena tambah bajet utk cucu baru..

Anti Fitnah said...

Inilah akibat bila membuat keputusan tanpa merujuk kepada orang tua dulu.
Iktibar bagi anak gadis yang suka berkahwin lari. Lagipun ini bukan kali pertama kes ini berlaku.

bekas army said...

Mereka telah diijabkabul... kalau sah pernikahan mereka... tk baik dan berdosa kita memisahkan mereka.. bersabarlah wahai ibu dan ayah yg membesarkannya

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment