Gara Gara .Tiada Wang Untuk Bayar Sewa Rumah..Ibu Tunggal Jadikan Kereta Sebagai Rumah..
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
AYER KEROH – Seorang ibu tunggal terpaksa berumah di dalam kereta selama dua minggu sehingga kelmarin gara-gara tiada duit untuk menyewa.
Siti Hajar Ismail, 35, terpaksa menjadikan kereta jenis Perodua Kancil miliknya sebagai tempat berehat dan tidur bersama dua anak perempuannya selama seminggu sebelum kedua-duanya ditumpangkan di rumah saudara.
Menurutnya, selepas bercerai secara fasakh bersama bekas suaminya Jun lalu, dia bekerja sebagai pembantu kedai makan di Taman Merdeka.
Namun, bagaikan jatuh ditimpa tangga, baru-baru ini, Siti Hajar dibuang kerja tanpa alasan munasabah.
"Sejak itu, saya tiada pendapatan sehingga terpaksa menghantar anak-anak menumpang ke rumah saudara selepas seminggu kami tidur di dalam kereta di hadapan rumah kawan di Taman Merdeka.
"Saya pernah meletak anak-anak di rumah kawan, namun kini saya tidak mahu menyusahkan mereka semua sehingga memilih tinggal di dalam kereta," katanya.
Akibat kesempitan hidup, anaknya, Siti Zubaidah Zubaidi, 8, pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Melana tidak bersekolah sejak dua bulan lalu selain Siti Zulaikha, 6, terpaksa menumpang di rumah saudara-mara.
Siti Hajar berkata, rumah tangganya yang hanya dapat bertahan selama lapan tahun, mula bermasalah pada tahun kedua perkahwinan.
"Saya tidak tahan dipukul, nafkah pun tiada sehingga saya minta fasakh," dakwanya, yang sebelum ini menyewa di Kampung Parit Melana, Alor Gajah.
Bagaimanapun, dia semakin tertekan apabila bekas suami mengambil dua anaknya di rumah sepupu di Tanjung Minyak, kelmarin.
Sementara itu, Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, pihaknya menerusi bantuan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) akan menempatkan ibu tunggal terbabit sementara di asrama Balai Islam di Lorong Pandan bermula semalam.
Menurutnya, Maim turut menghulurkan bantuan makanan secara bulanan selain pihak Pembela mendapatkan kediaman menerusi bantuan Lembaga Perumahan negeri.
"Dalam masa terdekat, mereka boleh pindah. Kereta ibu tunggal itu juga sudah tamat cukai jalan," katanya turut membantu memperbaharui cukai jalan yang tamat tempoh 11 Ogos lalu.
Siti Hajar turut dibantu untuk menjual kuih pau menerusi Program Pendapatan 1Azam Kerja 'Peluang Perniagaan Pau Rizqi'.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank CIMB 01412-0020786-524.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment