Sunday, August 10, 2014

RG2011... Fw: Hukum tabur bunga atas kubur, sudah jadi harus

 



 

Hukum tabur bunga atas kubur, sudah jadi harus

kedahlanie.info
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

ALOR SETAR - Menurut Islam, hukumnya harus untuk menabur bunga atas kubur sempena Aidilfitri.

Pendakwah, Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa menabur bunga di tanah perkuburan adalah menyerupai amalan Nasrani dan Yahudi adalah satu kesilapan.

Beliau mengakui tersalah cakap mengenai hukum itu dalam satu ceramah di Perlis baru-baru ini.

"Saya tarik balik kenyataan itu kerana tersalah cakap. Sebenarnya apa yang saya maksudkan ialah membuat kalungan bunga dan diletakkan di keranda serta mengusungnya bersama mayat ke tanah perkuburan.

"Perkara itu adalah bidaah dan haram kerana menyerupai amalan orang kafir dan membazir. Perkara ini juga saya rujuk dalam kitab Al-Muktamad," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kesilapan itu adalah amat dikesali dan berharap penceramah lain juga mengambil sikap memperbetulkan semula kenyataan jika tersalah cakap.

"Sepatutnya bunga itu dikaitkan dengan membuat kalungan dan dibawanya bersama keranda, bukannya menabur di tanah perkuburan.

"Saya mohon maaf atas kesilapan itu kerana saya pun manusia biasa yang tak sunyi daripada salah dan silap," katanya.

Ahmad Faisol berkata, amalan menabur bunga atau meletak bunga di atas tanah perkuburan adalah diharuskan dan hendaklah berpaksikan kepada niat.

"Sekiranya bunga itu ditabur atas tanah perkuburan supaya bunga yang masih basah (hidup) itu bertasbih kerana ALLAH, maka ia adalah dibolehkan," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan beberapa laman sosial dan blog yang mengatakannya sebagai wahabi.

"Berhentilah mengaitkan saya seperti itu kerana saya masih pengikut setia Ahli Sunnah Wal Jamaah dan berpegang kepada Mazhab Syafie," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di tanah perkuburan kerana ia amalan Nasrani dan Yahudi.

Ahmad Faisol berkata, perbuatan itu adalah menyalahi ajaran Islam.

 
 
----- Original Message -----
 
Sent: Wednesday, July 16, 2014 1:09 AM
Subject: Fw: Tabur Bunga Di Atas Pusara Amalan Yahudi, Kristian

Tabur Bunga Di Atas Pusara Amalan Yahudi, Kristian

bloglist-malaysia.blogspot.
idaman78.blogspot

 
Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis. 

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.
  
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk  terhadap diri sendiri.
  
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.

Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment