Monday, September 8, 2014

RG2011... Fw: Layakkah Khalid Ibrahim terajui MAS?

 



Layakkah Khalid Ibrahim terajui MAS?

bloglist-malaysia.blogspot.
kerajaanrakyat-news.blogspot

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu, ulas penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.

Katanya perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.

Mohammad Tawfik turut berpandangan bahawa perlantikan Abdul Khalid sebagai peneraju MAS itu nanti akan sedikit sebanyak mengubat hati rakyat Selangor dan Malaysia, selain membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mendahulukan kepentingan rakyat.

comment:

 
Pejuang Demokrasi said...

Sekiranya TSKI mengambil alih CEO MAS yg perlu kerajaan fikir PM mereka koperat UMNO yg menyingkirkan dia dan menteri terlibat masih hidup lagi.Mereka ini come back tunjuk pandai utk kacau management MAS .Sebelum mereka kacau buat satu perjanjian antara MAS dan PM. Kalau campor menteri2 low kualiti tambah jahanam lagi.Awas sebelum jahanam duit rakyat dari mangkok tidak berparti dalam MAS kaki sebok mcm pandai tetapi melinkup.

 

Abdul Khalid Ibrahim calon terbaik pulihkan MAS

selatanonline.net

Posted by ahmadi

PENGAMBILALIHAN Guthrie oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 billion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri, program air 20 meter padu merupakan sebahagian kejayaan yang telah dirintis oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tokoh korporat dan ketua Kerajaan Negeri Selangor.

Pemilihan beliau sebagai Menteri Besar pertama selepas PR mengambil alih pentadbiran negeri Selangor pada tahun 2008 diyakini berdasarkan rekod kecemerlangan beliau yang lalu sebagai tokoh korporat disegani di
Malaysia.

Maka tidak hairanlah sebuah negeri paling maju dan terkaya di negara ini mampu dikendalikan oleh seorang tokoh seperti Abdul Khalid meskipun beliau berhadapan dengan cabaran yang besar untuk mengawal nafsu politik rakus sebilangan ahli-ahli politik partinya di Selangor.  

Akibat mempertahankan integriti dan urus tadbir yang telus, beliau akhirnya tewas dalam percaturan politik PKR yang berusaha menyingkirkannya dari posisi Menteri Besar Selangor.

Semasa tempoh penggal pertama menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, beliau disanjung oleh kawan dan lawan sebagai tokoh terbaik dalam urus tadbir di negeri Selangor.  

Atas dakwaan "dosa" tidak mendengar nasihat dan mempertahankan kewibawaan urus tadbir yang baik, beliau dipecat oleh parti yang selama ini menyanjung kredibiliti dan menerima keahlian seumur hidupnya.

Maka pengunduran Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor harus diambil perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan dengan mengangkat semula kedudukan beliau untuk menerajui proses pemulihan MAS.  

Pelantikan beliau menerajui proses pemulihan MAS dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan dan imej syarikat penerbangan terulung di negara ini berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan Abdul Khalid.  

"Dosa" politik yang didakwa dilakukan oleh Abdul Khalid diyakini dapat ditebus dan terhapus melalui pelantikan beliau untuk menerajui MAS sekaligus membuktikan sikap jiwa besar Kerajaan Persekutuan dalam mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia.

Diyakini bahawa hati rakyat Selangor dan Malaysia akan sedikit terubat melalui pemilihan Abdul Khalid untuk menerajui MAS yang berpusat di KLIA sebagai nadi utama Selangor dan Malaysia.

MOHAMMAD TAWFIK YAAKUB
BA Sains Politik (UKM), MA Sains Politik (UKM)
Penganalisis politik dan Calon PhD
Universiti Malaya (UM)

 

 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment