Thursday, September 25, 2014

RG2014... Fw: Sultan Selangor perkenan senarai Exco

 



Exco Selangor kekal PAS 4, DAP 3, PKR 3

kedahlanie.info
 
 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata exco Selangor akan kekal pada PAS empat kerusi, dan DAP dan PKR 3 kerusi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 September, 2014. 

Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3.

"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam hari ini.

Sultan Selangor perkenan senarai Exco, MB belum putuskan kuota Exco

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot
 
SHAH ALAM, 25 SEPT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah memperkenan senarai nama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baharu.
Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata komposisi Exco kekal dengan bilangan 10 Exco tetapi belum mengesahkan sama ada fomula 4-3-3 iaitu PAS (empat), PKR (tiga) dan DAP (tiga) kekal atau sebaliknya.

"Saya telah persembah nama untuk menjadi ahli MMKN kepada baginda Sultan.
"Tuanku memperkenan senarai nama yang diberi dan saya akan umumkan esok," katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Mastika, Shah Alam hari ini.
Azmin dipetik Malaysia Kini menafikan bahawa komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

"Laporan media mengenai pengagihan kuota ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri adalah tidak tepat kerana proses rundingan masih berjalan," katanya di twitter sebentar tadi, sebaliknya menyatakan ia masih dalam rundingan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment