Tuesday, September 23, 2014

RG2014... Fw: Teknik pemanduan defensif - Siri 4

 




Melihat kepada keadaan statistik yang saya jelaskan dalam Siri 3, jelas menunjukkan bahawa aktiviti di atas jalan raya merupakan satu aktiviti yang tidak lengang dari musibah atau kemalangan.

Namun, sebagai pemandu yang berakal, saya yakin ramai di antara kita ingin cuba mencari jalan bagi mengelakkan diri dari terjebak dengan musibah; yang di sebabkan oleh perlakuan pemandu sendiri atau di sebabkan oleh pemandu atau penunggang yang lain.

Selain tu, jika anda pengikut blog ini, anda mungkin tidak memandu tetapi bagaimana pula dengan suami, isteri, anak-anak, anak saudara atau sanak saudara yang lain. Kita sentiasa prihatin terhadap keselamatan mereka di atas jalan raya.

Jadikan pemanduan defensif sebagai ikhtiar

Melalui tips yang diberikan di sini, bukan lah bermakna kita pasti tidak akan terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana bagi orang Islam, ketentuan itu ialah hak Allah dan kita hanya mampu berusaha dan mencuba.

Semenjak saya mula menulis mengenai siri pemanduan dalam blog ini, ada berberapa topik perbincangan dengan saudara mara serta sahabat handai saya yang meminati aspek pemanduan ini, antara lain ada menyebut samada saya cuba menjadikan pembaca artikel Siri Pemanduan ini menjadi seorang pelumba trek atau ralli.

Namun, saya menjelaskan bahawa, niat saya ialah untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada dalam bentuk "easy reading" atau santai. Sasaran saya bukanlah untuk mengubah pembaca menjadi seorang pelumba.

Sebaliknya sekadar berkongsi tip dan nasihat agar sama-sama kita mengambil langkah positif dan kreatif ketika memandu dan mengamalkan konsep pemanduan defensif.

Bagi bicara kali ini, saya ingin kita sama sama lihat beberapa insiden yang kerap kali kita lihat berlaku di sekeliling kita, baik daripada dada akhbar atau pun insiden kemalangan jalan raya yang kita sendiri pernah lihat.

Antara lain ialah disebabkan oleh:-

#1. Pemanduan Kenderaan terlalu rapat

Jadi jika pemandu kenderaan hadapan membrek dengan mengejut maka pemandu di belakang tidak sempat membrek. Dia akan menghentam kenderaan hadapan.

Ingin saya perihalkan bagaimana proses ini berlaku.

Sebagai pemandu, kita memandu dalam jarak yang dekat, contohnya jarak antara kereta kita dan kenderaan hadapan kurang dari panjangnya sesebuah kenderaan.

Jadi bayangkan analogi ini.

Apabila pemandu hadapan menekan pedal brek, apa yang berlaku ialah pedal brek tersebut akan bergerak menuju ke bawah dan menekan sensor, sensor akan aktif dan memerlukan kuasa bateri untuk membawa maklumat ke lampu brek di belakang.


Pada masa yang sama, apabila pemandu sudah menekan brek kenderaannya, pedal tersebut akan menekan mekanisma hidraulik dan seterusnya menekan mekanisma piston brek kenderaannya bagi memperlahankan putaran roda.

Dan seterusnya jika penekanan pedal berterusan, putaran roda akan terhenti.

Berbalik kepada soal sensor kepada lampu brek dibelakang kenderaan, apabila pemandu yang mengekori kenderaan di hadapan melihat lampu brek menyala, sensor mata akan menghantar maklumat kepada otak. Otak akan memproses data dan menghantar maklumat kepada sensor otot kaki pemandu untuk membrek.

Jadi, mungkin pembaca menyatakan bahawa penceritaan saya ini boleh dilihat sebagai satu penceritaan yang penjang sedangkan proses melihat lampu brek dan menekan berlaku dengan cepat.

Tapi pada hakikatnya inilah yang berlaku jika anda mengikut kenderaan dengan terlalu rapat kerana, apa bila anda sedar kenderaan dihadapan dah berhenti dan anda baru sedar berdasarkan hanya pada lampu brek yang menyala dan tindakan anda menekan brek dengan mengejut boleh menyebabkan kemalangan.

Pemanduan mesti berjarak 2 kereta

Kadang kala, sekalipun anda mampu mengelakkan kereta anda daripada menghentam kenderaan di hadapan, banyangkan pula jika anda brek dengan mengejut, apa pula keadaan pemandu belakang anda?

Anda mungkin tidak menghentam kenderaan hadapan, tetapi pemandu belakang anda mungkin menghentam kenderaan anda.

Jadi saya ingin tekankan di sini bahawa apabila saya menekankan soal jarak kenderaan yang "positif" bermaksud ada ruang yang sesuai di hadapan dan di belakang anda.

Jarak sekurang kurangnya, sepanjang 2 buah kenderaan adalah selamat.


Namun pembaca mungkin gusar kerana dalam keadaan jalan raya di bandar ketika "jammed" bagaimana mungkin untuk jarakkan kenderaan sebegitu rupa?

Jadi, ini berbalik kepada kretiviti dan kepandaian pemandu untuk cuba "adjust" atau lestarikan corak pemanduan berdasarkan keadaan jalan raya yang tertentu.

Pemandu perlu mengubah jarak kenderaan mengikut keadaan jalan raya. Jika anda memandu pada waktu kering, anda mungkin boleh mengikut dengan sedikit rapat berbanding pasa waktu hujan. Apatah lagi jika anda memandu pada jalan bersalji.

Pemanduan atas salji

Gambar di atas sekali, menunjukkan kereta yang dipandu penulis ketika mengikuti kurus Ultimate Driving On Ice di Arjeplog Sweden.

Dimana cuacanya ialah antara -25 darjah calcius pada waktu tengahari dan -45 darjah celcius pada waktu malam.

Latihan yang diberi nama "Car Control On Replica of Nurburgring On Ice" adalah di bawah AMG Mercedes Driving School. Kenderaan tersebut ialah Mercedes C63 AMG dan dijalankan pada tahun 2007. 

Bagi permukaan bersalji, pemandu WAJIB menjarakkan kenderaan dengan lebih jauh dari kenderaan hadapan.

# 2. Pemanduan Ketika Hujan

Bagi anda yang selalu menggunakan lebuh raya terutama sekali yang baru pulang dari berhari raya. Sebagai masyarakat majmuk, lebuh raya kita sentiasa sibuk di musim perayaan kerana kita selalu mendapat cuti perayaan yang panjang setiap kali cuti perayaan

Lebuh raya menjadi satu "medan kemalangan" dan pihak PDRM sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kemalangan dengan mengadakan Ops Sikap dengan harapan agar jika pemandu dikenakan saman laju, maka akan berkurangnya kadar kemalangan.

Jadi, kita sebagai pemandu juga perlu mengambil langkah-langkah tersendiri. Jika anda perasan, apabila hujan lebat, lebih banyak kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya lebuh raya.

Melalui lebuh raya ketika waktu hujan memang merbahaya. Kadang kala terdapat segelintir pemandu yang merasakan bahawa jika mereka membeli tayar yang mahal dan khas untuk hari hujan, maka mereka tidak perlu gusar.

Namun pandangan ini silap. Untuk pengetahuan anda, keadaan jalan raya pada waktu hujan memang licin kerana percampuran air hujan serta juga minyak tar serta bekas tayar-tayar kenderaan dan "gabungan resipi" ini menjadikan jalan raya amat licin.

Jadi kenapa terjadinya kemalangan?

Kurangkan laju pemanduan ketika hujan

Secara khususnya, kita tidak pasti apa sebabnya, tetapi secara ammnya, apabila pemandu memandu dalam kadar 110km/j contohnya pada jalan yang kering tetapi apabila tiba waktu hujan, air hujan akan memenuhi atas jalan raya.

Oleh kerana keadaan jalan raya yang kadang-kadang ada lopak yang besar dan kecil, ini mewujudkan "puddle"atau lopak-lopak air yang pada mata kasar pemandu hanyalah tompokan air biasa.

Namun, apa bila kenderaan bergerak dalam keadaan agak laju, tayar kenderaan akan melalui lopak air dan wujudnya satu keadaan yang dinamakan sebagai "Aquaplaning".

Gambar di atas di ambil dari Good Year Tyre.

Secara kasar maksud Äquaplaning" atau "Hydroplaning ini ialah keadaan di mana ada terbentuk satu lapisan air diantara permukaan tayar dan permukaan jalan raya.

Di dalam keadaan ini, sekalipun pemandu memusingkan steering kenderaan, amat kurang respon yang berlaku kerana pemandu sudah berada di luar kawalan mereka.

Jadi, apakah yang patut dilakukan, saya cadangkan dengan keadaan hujan yang lebat di lebuh raya, saya sendiri akan memandu dalam lingkungan kurang dari 110km/jam dan anda perlu pastikan keadaan "bunga"tayar yang masih baik.

Jika keadaan tayar anda sudah melebihi 20,000 km, maka anda perlu lah lebih perlahan ketika memandu di dalam hujan.

Gambar di bawah di ambil dari website www.btnweb.it

Gambar ini ingin menjelaskan keadaan Aquaplaning atau Hydroplaning" kepada para pembaca.

Saya ucapkan semoga semua pembaca akan mendapat sedikit input dari artikel kali ini. InsyaALLAH saya akan cuba kongsikan berberapa situasi lain lagi bagi menjelaskan teknik pemanduan defensif.

Saya dan pihak TIC Advanced & Performance Driving Academy mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam serta selamat bercuti kepada yang beragama lain.

Ingatlah "Safety First, Last & Always."
Azad Jasmi TICIpoh Perak.
 

comments:

  1. dulu memandu agak laju...hehehe agak katanya.

    sekarang dah kurang... banyak faktor yang menyebabkan rasa ingin lebih bertanggungjawap dgn diri sendiri

    1. Pandu perlahan dapat nikmati perjalanan...terima kasih berikan komen

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment