INILAH WAJAH-WAJAH PENGGODAM ATM YANG MENCURI HAMPIR RM3 JUTA YANG SEDANG DIBURU POLIS.
Semalam, Polis Bukit Aman berjanji untuk membawa penggodam-penggodam yang telah mencuri kira-kira RM 3 juta dari ATM di tiga buah negeri di negara ini ke muka pengadilan.
Polis berkata, suspek telah menggodam mesin ATM dengan memasukkan sebuah cakera padat kedalam CD-ROM yang terdapat pada mesin ATM itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, siasatan awal terhadap kegiatan itu mendapati mereka menggodam mesin ATM dengan memasukkan CD yang mengandungi virus 'ulssm.exe'.
Penjenayah kemudiaannya akan mengeluarkan kesemua duit dari mesin ATM dengan memasukkan kod-kod tertentu, dipercayai dihantar oleh rakannya melalui telefon.
"PDRM sangat komited dalam menangani jenayah ini hingga ke akar umbi bagi memastikan keyakinan orang awam terhadap instituisi perbankan".
Selain itu, dia juga meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai jenayah itu untuk membantu polis dalam siasatan dengan menghubungai SAC Kamaruddin di 019-6000135 atau 03-2616839", kata Datuk Seri Mortadza.
RM1.217 juta lesap daripada mesin ATM
kedahlanie.info KUALA LUMPUR - Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.
Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.
Mesin ATM terbabit terletak di Johor Bahru, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.
"Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu," kata bank berkenaan.
Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.
Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.
"Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat," menurut kenyataan itu.
Laporan menyebut sekumpulan warga asing dipercayai menggunakan sim kad telefon dan peranti lain untuk menggodam mesin ATM itu.
Suspek dalam kes penipuan pengeluaran wang itu kelihatan seperti berketurunan Amerika Latin atau Timur Tengah.
Polis masih menyiasat insiden itu. - Bernama
Godam Guna Kad Sim Rompak ATM Setengah Juta Ringgit
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam semalam yang dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.
Kejadian penggodaman mesin ATM itu merupakan jenayah pertama berlaku di negara ini selepas jenayah mencuri wang melalui pengklonan kad ATM berlaku sejak 1997 sehingga 2002.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahya Ramli ketika dihubungi Bernama berkata kejadian itu dipercayai dilakukan sindiket antarabangsa dari Amerika Latin yang melakukan pengeluaran beratus kali di kedua-dua mesin milik bank terbabit dalam tempoh sehari.
Beliau berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
"Ini modus operandi pertama dilakukan seumpama ini. Suspek godam sistem tanpa perlu pecah mesin ATM untuk larikan wang," katanya.
Dalam kejadian pertama pada 9.48 pagi, seorang pengurus bank terbabit di cawangan Batu Pahat, Johor, mendapati mesin ATM bank itu tidak berfungsi dan mendapati wang di dalam mesin itu hilang.
Menurut polis Johor, berdasarkan sistem maklumat pengeluaran wang tunai RM50 sepatutnya berjumlah 5,103 keping tetapi baki sebenar di dalam mesin itu adalah sebanyak 27 keping.
"Mengesyaki sesuatu yang pelik pihak pengurus telah menghubungi polis dan hasil siasatan mendapati tiada kesan mesin tersebut diumpil," menurut sumber polis itu.
Katanya rakaman kamera litar tertutup di ATM itu mendapati terdapat tiga suspek berbangsa Amerika Latin, berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun, membuat pengeluaran berkenaan. Jumlah wang dikeluarkan mereka ialah RM265,000.
Beberapa jam kemudian pada hari yang sama, Yahya berkata modus operandi yang sama dilakukan di bank berkenaan di USJ Subang Jaya oleh dua suspek lelaki berbangsa Amerika Latin dengan membuat pengeluaran 137 kali secara bergilir-gilir pada 5.30 petang semalam.
Katanya pihak pengurusan bank mengesyaki kehilangan wang itu ketika memeriksa wang ATM tersebut dan polis percaya sindiket berkenaan menggunakan kad sim telefon dan sistem teknologi tinggi untuk menggodam mesin ATM itu bagi mengeluarkan wang.
Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit menerusi rakaman kamera litar tertutup bank terbabit.
Jenayah pengklonan kad ATM di negara ini berlaku ketika kad ATM dan kad kredit hanya menggunakan sistem pita magnetik di belakang kad.
Jenayah itu berjaya dihapuskan setelah Bank Negara menguatkuasakan penggunaan sistem cip dan pita magnetik pada setiap kad ATM dan kad kredit kepada setiap bank pada 2003.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment