IBU HARAP KEAJIBAN ANAK SEMBUH
telokbakong.blogspot
syed-othman.blogspot
Ibu harap keajaiban anak sembuh
PASIR GUDANG - Seorang ibu hanya mengharapkan keajaiban untuk melihat anak tunggalnya yang menghidap penyakit hati, segera sihat dan membesar seperti bayi seusia lain.Siti Nurhidayah shaari, 20, berkata, Putera Fathullah Fahmi Abdul Hakim, 15 bulan, yang mesra dipanggil Putera pada mulanya dilahirkan normal dan sihat.
Menurutnya, bagaimanapun selepas empat hari dilahirkan, anaknya itu mengalami kuning yang teruk dah disahkan doktor menghadapi masalah pada organ hati.
"Putera menjalani pembedahan pertama ketika berusia lima bulan dan kerap berulang-alik menerima rawatan di hospital.
"Dia anak yang aktif walaupun mempunyai saiz badan yang kecil kerana pembesarannya agak terbantut kesan daripada penyakit yang dihidapinya," katanya ketika lawatan Sinar Harian bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Negeri dan Biro Kebajikan Pas Pasir Gudang di kediamannya di Taman Air Biru, di sini, semalam.
Siti Nurhidayah bertekad untuk tidak melakukan sebarang pembedahan ke atas Putera kerana tidak sanggup melihat bayi tunggalnya itu terbaring dan bergantung kepada ubat sepajang hayat.
Katanya, semangatnya terus kental dan mengharapkan anaknya sihat meskipun doktor mengesahkan Putera tidak akan panjang umur dan boleh 'pergi' pada bila-bila masa.
"Doktor 'target' tahun ini dan tak boleh bawa ke tahun depan, Putera akan pergi tinggalkan kami, tapi ajal dan maut di tangan Tuhan. Saya redha jika itu ketentuan-Nya.
"Saya ambil keputusan untuk tidak melakukan pembedahan kerana doktor sahkan Putera tidak akan aktif lagi. Kalau panjang umur pun akan terbaring dan bergantung kepada ubat sepanjang hayat," katanya.
Beliau berkata, hidupnya hanya bergantung harap kepada kedua ibu bapanya selepas diceraikan suami ketika Putera berusia lima bulan.
"Bekas suami tak pernah jenguk Putera sejak berpisah hampir setahun lalu. Segala keperluan lampin pakai buang dan susu khas untuk Putera ditampung emak yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sekolah," katanya.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment