Tuesday, September 23, 2014

RG2014... Larangan Potong Rambut/Bulu & Kuku Setelah Masuk 1 Zulhijjah Bagi Yang Berkorban

 

Larangan Potong Rambut/Bulu & Kuku Setelah Masuk 1 Zulhijjah Bagi Yang Berko
Posted on Wednesday, September 24 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Agama "
Kita di hujung Dzulkaedah.  Bagi sesiapa yang berniat melakukan korban, maka apabila masuknya 1 Dzulhijjah dia dilarang dari mencukur / mencabut / memotong bulu dan kukunya sampailah binatang korbannya disembelih.  Justeru, potonglah siap-siap hari ini atau esok sebelum masuknya bulan Dzulhijjah!


Ini berdasarkan hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha yang maksudnya:

 

"Barangsiapa berniat akan berkorban, maka apabila telah kelihatan anak bulan Dzulhijjah, janganlah dia memotong apa-apa rambutnya/bulunya dan kukunya sehinggalah haiwan korbannya disembelih."
 
(HR Muslim, no. 1977)
 
Maksud hadith di atas ialah kita dilarang dari mencukur/mencabut/mencukur rambut atau apa-apa bulu yang ada di tubuh kita.  Kuku juga dilarang dari kita memotongnya.  Ada sebahagian ulama kata maksud larangan tersebut ialah haram.  Dan ada juga yang kata makruh.
 
Al-Imam an-Nawawi iaitu tokoh besar yang bermadzhab asy-Syafi`i mengatakan hukum larangan dalam hadith di atas ialah makruh.  Tapi makruh di sini ialah makruh tahrim yakni makruh yang dekat dengan haram.  Allahu A`lam.  Jadi, ia penting untuk diambil perhatian.  Setelah masuk 1 Dzulhijjah, maka tahanlah diri dari mencabut/mencukur/memotong rambut/bulu dan kuku.
 
Antara hikmah kepada larangan ini ialah supaya orang-orang yang tidak terlibat mengerjakan haji dapat merasai sama perasaan orang-orang yang sedang berihram yang terpaksa menahan diri dari memotong rambut/bulu dan kuku mereka.

Allahu A`lam.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment