Tips Kecil Elak Anak Terkunci Dalam Kereta
greenboc.blogspot
Kanak-kanak terperangkap dalam kereta
JASIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris lemas selepas terperangkap dalam kereta milik bapanya di sebuah stesen minyak di bandar Jasin, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan berseorangan dalam kereta jenis Proton Exora selepas bapanya ke kaunter minyak sebelum kereta yang dimatikan enjin itu terkunci secara tiba-tiba.
Seorang pekerja stesen minyak itu yang enggan dikenali berkata, tidak lama selepas lelaki berusia 40-an itu ke kaunter stesen minyak, penggera keretanya berbunyi sebelum dia mendapatkan kenderaannya dan mendapati kunci kereta tertinggal di dalamnya.
Menurutnya, ketika itu kanak-kanak terbabit sedang tidur dalam kenderaan berkenaan sebelum terjaga beberapa minit kemudian.
"Saya kemudian meminta pelanggan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu membuka pintu kereta tersebut.
"Biarpun tersedar dari tidur, kanak-kanak itu tidak menangis dan sempat diagah oleh orang ramai bagi menghilangkan rasa ketakutan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi JPAM daerah Jasin Sarjan Mejar Muhamad Alif Abd Rahman berkata, dia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas terpaksa memecahkan salah sebuah cermin kenderaan itu.
Menurutnya, sebelum itu, dia bersama empat anggotanya berusaha membuka cermin tingkap kereta sebelah kiri dengan cara manual, namun tidak berjaya.
"Disebabkan itu, kami terpaksa memecahkan cermin kereta berkenaan bagi menyelamatkan mangsa," katanya.
ULASAN GB
Alhamdulillah, mujur anak itu selamat. Jika tidak bukankah sesal tak sudah sang bapanya...
Sudah banyak kes anak tertinggal di dalam kereta berlaku. Dan di dalam kes-kes berkenaan, kebanyakannya pula adalah kerana kereta terkunci dari dalam.
Ia sepatutnya menjadi pengjaran kepada semua, jangan samasekali tinggalkan kunci kereta di dalam sewaktu anda meninggalkan kereta berkenaan.
Kedua, sentiasa bawa kunci pendua (kuncinya sahaja tanpa alat penggera) dan simpan di dalam dompet.
Ini memudahkan anda untuk membuka kereta secara manual apabila pintu kereta tertutup secara automatik.
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
comments:
Sayang anak ke sayang cermin kete, klu dah takde jln, pecahkan je la cermin kete tu, kemudian ganti je la.
jangan tinggal anak, bawak jer gi kaunter tu....kalau yg jenis takut bila parking lupa anak ada kat belakang, bila nak start memandu letak sebelah kasut kat tempat belakang,bila nak keluar mesti nak pakai kasut dan automatiknya nampak anak...takderlah lupa anak...
Anak tidur dlm kete - matikan enjin, lock kete, bwk kunci kete ke kaunter byrn stesen minyak...n isi minyak....apa yg susahnya...nk g toilet pn blh lg..anak tu x lemas...yg penting kunci itu di bawa...
lenkali mnta tlg pencuri kete...baru x pecah cermin...gurau je.pepun yg baik jdkan teladan.
Yup, saya selalu kat stesen minyak atau singgah sekejap nak beli barang kat kedai, turunkan sikit cermin tingkap dan matikan enjin kereta dan bawak kunci. saya tidak akan sesekali meninggalkan anak kecil saya dengan enjin 'on' atau walaupun enjin dah matikan tapi kunci dibiarkan di tempat switch tu.
Satu lagi tertinggal, buka tingkap depan kiri dan kanan sikit kasi udara masuk. Ini untuk pemandu yang hanya bawa budak kecil. Kalau ada orang dewasa sekali yang tinggal di dalam kereta tak perlu buat semua ini.Apa-apapun kena bijak menafsir keadaan sekeliling. bahaya tak bahaya.Satu lagi kerajaan kena wajibkan stesen minyak besar mengadakan kaunter pembayaran di tengah-tengah kawasan pam.Jadi pemandu tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata nak buat pembayaran.
lagi senang jangan bawa keta kah kah kah ! naik basikal kahkahkah ! ABU !