Tuesday, September 23, 2014

RG2014... Fw: Dari Strategi Kepada Tragedi

 



Rafizi Dari Strategi Kepada Tragedi - Terima Kasih Kerana Cemarkan Anwar.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Walaupun krisis MB dah selesai dan menemui noktahnya tapi satu benda yang kita kena pakat2 kaji bersama ialah tindakan Rafizi dalam Kajang Move (Kajang movie). Kajang movie ialah idea Rafizi untuk singkirkan Khalid. Ada banyak benda yang aku nak bahaskan pada Rafizi. Sudah ramai Rafizi. Sudah ramai di keliling kau yang berperanan memuji dan membodek kau pagi petang siang malam 24 jam sehari kot. Kurangnya seorang yang tidak membodek kau, bukan luak apa pun, ye tak?

Jadi Rafizi. Ini aku nak cakap terus terang. Biar kau faham jelas2. Kat mana silap dan salahnya kau dalam langkah kajang movie kau neh.

Pemahaman aku adalah berdasarkan pendapat aku sebagai rakyat. Jangan kau paksa aku terima minda politiking kau sebab aku bukan ahli politik dan tak berminat nak berfikir dari sudut kepolitiking.

Kenapa?

Akan ada ramai yang sanggup berkompromi dan menerima apa saja tindakan kau sebab kau sudah mempunyai followers yang tersendiri. Mereka2 ini akan berminat nak berfikir dari sudut yang kau fikirkan.

Aku. Mahu selesa bersama rakyat. Untuk rakyat, kalau bukan orang yang huru hara suka lawan ahli2 politik macam aku neh, aku rasa rakyat takde apa2 dah. Semua suka berpihak pada pemimpin. Sedikit yang sudi bersama rakyat. Kalau aku tinggalkan kumpulan yang sedikit ini.. perghhhh.. makin berkuranglah kelompok kami.

HA HA HA

Rafizi.

- Aku tak suka langkah Kajang kau neh. Ia bukan plan yang cerdik untuk singkirkan Khalid meskipun matlamat untuk singkir Khalid sudah tercapai dengan jayanya.

- Langkah Kajang ini telah menyebabkan ramai orang hilang kepercayaan dan keyakinan dengan PR.

- Yang lebih teruk, Langkah Kajang ini telah mencalarkan imej dan intergriti Anwar dengan yang amat dasatnya.

- Kau rasa berapa lama lagi masa yang perlu dilaburkan untuk membina semula reputasi Anwar yang terjejas teruk disebabkan move kau neh ye Rafizi?

- Aku tak faham macam mana la Anwar boleh bersetuju dengan tindakan kau yang sangat teruknya dalam memastikan plan kau berjaya.

- Sanggup buat roadshow nak burukkan Khalid. Tak rasa malu ke Rafizi oi? Baik buat roadshow kutip masalah rakyat lagi bagus.

- Buruk2kan Khalid secara keterlaluan sedangkan Anwar sendiri berkali2 puji Khalid sebelum dan selepas Kajang Movie. Tak konsisten langsung kenyataan kau dengan dia. Patutnya, bila ko dah perhati, wujudnya kenyataan bercanggahan antara korang, ko boleh fikir apa yang public akan fikir. Tak mungkin kedua2 korang betul dalam waktu yang sama. Ia samada kau yang menipu atau Anwar yang menipu. Tapi ko terus2 beri kenyataan yang membuatkan orang rasa meluat pada PKR.

- Tindakan extreme kau juga menyebabkan perpecahan dalaman PAS. Kau berperanan dari luar untuk memecahkan kesepakatan antara sesama jemaah PAS.

- Kenapa bukan kau pujuk2 adun untuk buat undi usul tak percaya dan singkirkan Khalid? Sebenarnya tindakan itu juga akan diperlihatkan teruk, tapi, ko tengok tindakan yang diambil Khalid. Sejurus dia sedar dia kehilangan sokongan majoriti, dia undur cara baik. Nampak? Walaupun rakyat akan tertanya2 dan rasa pelik kenapa undi usul tak percaya untuk singkir Khalid, tapi ia lebih baik sebab kurangnya bermain sentimen dan politiking macam Kajang movie kau tue. Cara nak singkir MB dah ada tapi tak guna. P guna cara yang pelik2 sampai bagi orang meluat apa semua.

- Sudah la kantoi menipu. Kata Langkah Kajang menuju ke Putrajaya padahal Langkah Kajang untuk tukar MB. Apa salahnya menjadi jujur dan berterus terang? Strategi? Memang. Dalam sesetengah keadaan, tak la molek kita dedahkan strategi. Tapi, dari bacaan aku, rakyat lebih suka jika kau jujur sahaja. Kes ini hanya merujuk kepada penukaran MB. Maka, semolek2nya jadi jujur saja. Ini siap ada yang buat buku bagai la. Main propaganda. Buat persepsi. Sebar itu ini. Tah hapa2.

- Disebabkan strategi Rafizi juga la penyokong2 PR bergadoh sesama sendiri. Habis semua ranap, hancur. Lainkali kalau nak rancang apa2 strategi ajak la jumpa media2 sosial neh. Bagitau dorang apa plannya. Supaya tak kelam kabut dan huru hara dari bawah sampai ke atas, dari atas sampai ke bawah, semua berterabur sebab tatau apa2. Tatau apa2 satu hal. Yang tunjuk macam tahu semua perkara satu hal lagi. Bangang. Sedangkan media sosial ini la platform terbesar PR dalam memastikan kempen2 korang tersebar dengan jayanya. Sekarang neh tak pasal2 geng2 PAS no mood nak layan kempen2 PKR sepertimana geng2 PKR no mood nak kempen pasal PK. Agak2 amek berapa lama masa untuk pulihkan jiwa2 yang luka itu. Kesian juga. Itu semua kawan2 yang saling gaduh tue. Aku pun tatau nak cakap apa dah. Pasal politik habis semua bergaduh. 

- Suka tak suka yang paling teruk terjejas kat sini ialah Anwar. Anwar ialah seseorang yang bakal menjadi PM andaikata PR menawan Putrajaya. Tergamaknya Rafizi mencemarkan imej Anwar dengan begitu dasat sekali. Macam mana nak polish imej Anwar agar menjadi macam dulu balik? Ramai yang hilang kepercayaan pada Anwar. Kalau dulu nak cari geng2 pembangkang yang kutuk Anwar kemain susah. Ada la dalam 10 orang. Tapi sekarang. Petik jari aje kot. Bersepah. Dari PKR ada. Dari DAP ada. Dari PAS lagi la ramai. Dari BN jangan cakap la. Tak terkira kot.

- Petang sebelum uturn sekalipun, PKR langsung tak sebut apa2. Sampaila Azmin bermesyuarat dan tiba2 PKR nyatakan uturn untuk sokong Azmin. Apa agaknya sangkaan orang ramai kepada Anwar? Mungkin ada yang berpendapat bahawa Azmin dan Anwar berpakat untuk naikkan Azmin. Tapi aku fikir punya fikir punya fikir pun tak percaya Anwar sanggup biarkan kredibliti dia terjejas dengan teruk demi Azmin. Kalau demi Wan Azizah aku percaya. Kurang2 itu bini dia. Azmin sapa plak? Atas sebab apa Anwar nak calarkan diri dia demi Azmin? Anwar kena maki hari2 kot isu MB. Azmin ada kena maki? Apakah Anwar bodoh sangat nak biar orang maki dia demi menaikkan Azmin?

- Nampak sangat taktikal Rafizi ini menikam Anwar dalam nak menikam Khalid. 

- Sehari sebelum uturn juga PKR bertegas hanya mahu satu nama. Alih2 terpaksa uturn. PAS dan DAP pun ralit uturn. DAP sampai bergaduh dengan PAS demi pertahankan pencalonan Wan Azizah. Bukan gadoh tipu2. Tapi gaduh betul2. Kalau betul la PKR dari awal lagi nak menaikkan Azmin, sepatutnya mereka setuju aje cadangan PAS mencalonkan nama Azmin sebagai MB selepas Wan Azizah. Apsal PKR dan DAP tak setuju? Apsal nak bergaduh2 macam nak berpecah pakatan dibuatnya?

- So orang akan ambil kemungkinan2 ini sebagai mengatakan bahawa langkah Anwar nak menaikkan Azizah sebagai MB gagal. Nak taknak terpaksa terima juga la dengan keputusan sultan. Uturn pun uturn la janji Khalid turun.

- Ini kerana kalau nak menjadikan Azmin MB, sapa2 pun tak payah letak jawatan untuk beri laluan. Azmin kan adun. Cuma PKR sendiri tolak nama Azmin berkali2. Memang. Ada sebaran yang mengatakan PKR yang mahu gantikan nama Khalid kepada Azmin. Tapi itu cuma cakap2 orang aje. Padahal yang betul2nya kita tatau apa.

- Samada Rafizi betul2 ikhlas nak tolong Anwar untuk selesaikan krisis MB di Selangor dengan melantik Anwar sebagai MB (berganti kepada DSWA disebabkan DSAI disabitkan kesalahan) ataupun Rafizi sebenarnya kerja dengan Azmin. Sebab Azmin dok playsafe all the times. Sangat ber-ahti2 dalam mengeluarkan kenyataan. Sangat berjaga2 dan tidak menyakiti orang pula sejak 2 menjak ini. Aku rasa ramai yang puji. Sebab memang betul pun tindakan2 yang diambil oleh Azmin. Tidak burukkan keadaan, tidak mengarut dok propa kutuk Khalid, apatah lagi dok mengarut nak buat roadshow semua. Dia betul2 berkecuali dan diam. Orang pun tak rasa marah pada dia.

- Sebab tue aku suspicious dengan peranan Rafizi. Dia berjaya memusnahkan imej Anwar Ibrahim dengan jayanya.

Daripada pakar strategi kepada pakar tragedi. Disebabkan dia juga la PKR menjadi bahan ejekan orang ramai. Takan tak boleh fikir?

Adakah PKR ini sempurna sangat sampai tiada daya nak menganalisa kelemahan sendiri dan seterusnya perbaiki keadaan?

Sekarang orang dok main2 isu kenapa DSWA, DSAI, bahkan Rafizi sendiri tidak diperlihatkan hadir dalam majlis meraikan menteri besar baru. Aku mungkin terlepas gambar. Aku tatau citer. Aku baca aje kat ruangan komen. Kat twitter Rafizi pun aku tak nampak dia tweet congrats Azmin. Mungkin belum lagi. Ataupun memang takde. Atau apa. Taktau la aku. Tapi aku harap jangan ada langkah merepek2 lagi dah lepas neh. 

Yang sudah tue sudah la Rafizi oi. Bukan aku nak pertahankan Azmin sangat. Tapi dalam beberapa tahun nak PRU dah. Tolong tumpu untuk pulihkan balik persepsi umum terhadap PKR dan Anwar. Aku rasa, saat orang hilang kepercayaan dan keyakinan pada Anwar sebagai PM maka orang pun malas nak undi PR dah. Baik stay dengan BN aje. 

Tolong la Rafizi, kalau seriyus nak perbaiki keadaan ;

1. P jumpa balik dengan semua pimpinan2 yang kau jejaskan, dan cari la jalan untuk perbaiki keadaan.

2. P bantu rakyat yang tertindas untuk pulihkan persepsi negatif terhadap diri ko.

3. P pastikan PKR sentiasa bawa isu2 yang menindas rakyat supaya rakyat lupa akan apa yang terjadi dalam Kajang movie.

4. P pastikan yang imej Anwar dipulihkan kembali supaya rakyat kembali yakin dan seterusnya mengundi PR sebagai parti alternatif kepada BN walaupun aku sendiri tak pernah beranggapan begitu. 

Aku jenis orang takde parti dan tak minat partisan. Aku nak jatuhkan BN dan nak ganti kepada PR bukan sebab PR itu bagus. Tapi nak bagi manusia di Malaysia neh celik berfikir. Bila dorang tahu yang dorang tak mati dengan bertukarnya parti politik, maka di masa akan datang, kita akan main2 tukar parti politik kat negara ini dengan mudahnya. Masa tue baru la parti2 politik akan buat kerja dan mulai cuak. Itula perjuangan sebenar aku. Ubah mentaliti rakyat yang jumud. 

Selagi mana mereka jumud sampai ke mampos kena tindas dengan partisan. Tapi susah juga nak ubah minda rakyat yang jumud kalau parti alternatif macam PR buat hal tak sudah2. Kita kalau nak tawarkan pengganti kepada bahan sedia ada, kena la bagi tawaran yang lebih baik. Contohnya. Ko nak cadang orang tukar kereta. Takan kau nak suruh dia pakai kereta yang lagi teruk dari yang dia guna kot? So, macam tue la juga PR. 

Dia punya imej kena la juga aku up lebih kurang sikit untuk perdayakan umat Malaysia neh. Agak2 dah nampak lagi cerdik dari BN sudah la. Lepas tue baru la jalankan langkah rakyat yang sebenar. Iaitu main tukar2 parti untuk memastikan pemimpin2 neh takut kehilangan kuasa maka mereka akan mula belajar untuk buat kerja. Untuk memastikan rakyat tidak menjilat pimpinan dan partisan. Didik rakyat jadi kritikal sampaikan semua benda nak komplen macam kat negara maju tue hah. Ini agendanya. Thanks to Rafizi. Mengacau agenda aku. Dan memburukkan imej Anwar. Memang pakar strategi yang terbaik di Malaysia. Bukan hanya pandai berstrategi bahkan pandai juga membuat tragedi.

KAH KAH KAH

Apa2 pun Rafizi. Take time untuk selidik balik mana2 move yang tak menjadi. Kita neh pun bukan perfect. Cuba lapangkan diri terima kritikan, raikan. Jangan asyik2 nak memban orang kat page kita tue. Kalau kita hidup segan dengan kutukan, suka dengan pujian, lama kelamaan orang tak berani cakap benar dengan kita tau Rafizi. Bila orang takut cakap benar maksudnya makin lama makin kita tersasar dari realiti. Orang asyik nak memuji sebab takut kita terguris ahti. Macam mana? Kita nak ke hidup macam tue? So, berlapang dada dengan kritikan dan p muhasabah balik. Sementara ada masa nak berubah neh pakat2 la cari jalan untuk perbaiki. Jangan sampai dah hilang Selangor baru nak menyesali gila babi. 

K la bai. 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment