Tuesday, September 23, 2014

RG2014... Fw: Benarkah 2 ADUN PAS tersebut "BARUA"?

 



Benarkah 2 ADUN PAS tersebut "BARUA"?

kedahlanie.info
 
 
 
Ada satu artikel panjang yang mencheritakan kisah Yb Saari Sungip. YB Saari dikatakan khianat terhadap Parti.

"Tindakan membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura langsung tidak diambil perhatian apabila baiah atas Nama ALLAH."

Saja nak tanya...

Apa yang sebenarnya beliau membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura?

Setahu saya, beliau menyokong DS Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB sebelum MSU dan Presiden membuat keputusan apa-apa. Kemudian MSU membuat keputusan tidak setuju DS Wan Azizah sbg MB. Kemudian pula Presiden sendiri mencadang nama DS Wan Azizah sbg MB diselit sekali nama Azmin Ali sbg dua nama kepada Sultan, dalam keptusan mesyuarat JK Pas Pusat.

Malah MSU yg dikatakan berbeza dengan keputusan Presiden juga menafikan perbezaan itu atas alasan MSU bermesyuarat sebelum TSKI dipecat dari PKR. Sekarang tidak timbul lagi MSU menyokong TSKI.
Bukankan tindakan YB Saari itu selari dengan Presiden dan keputusan mesyuarat JK Pas Pusat - yakni menyokong DS Wan Azizah? Bersalahkah seseorang yg berkata A terlebih dahulu sebelum MSU dan Presiden kata A?

Atau ia dilihat berbeza dgn Presiden disebabkan beliau hanya menyokong DS Wan Azizah sedangkan Presiden memberi dua nama, DS Wan Azizah dan Azmin Ali?

Di sini saya rasa sangat perlu untuk kita berhati-hati untuk menuduh seseorang sbg khianat kepada parti. Kita boleh selamba mengorek sejarah 'pemgkhianatan' seseorang untuk mengukuhkan tuduhan khianat ke atasnya melalui sejarah 'pengkhianatan' IRC, JIM etc...

Tetapi kita perlu ingat, tidak semua orang akan membaca dan mengaitkan apa yg berlaku sekarang dengan 'sejarah pengkhianatan' itu. Mereka lebih nampak jasa YB Saari kepada PAS dan rakyat.

Justru itu melabel beliau sbg pengkhianat, pasti mengundang persoalan, bedasarkan apa yg saya sebutkan di atas. Apatah lagi dilabel barua. Orang akan pertikai, berdasarkan kronologi dan fakta yg berlaku, bukan merujuk sejarah untuk menghukum. Sejarah hanyalah sebagai rujukan garis panduan. Tidakan mestilah berdasarkan hal semasa.

Saya tidak bersetuju jika YB Saari itu benar-benar khianat kepada parti. Dia nak khianat atau tidak, itu hal dia. Tetapi persepsi orang ramai terhadap parti juga mesti kita jaga. Tidak cukup dengan hanya cover line "broker dan rasuah bukan dalam bentuk wang, tapi integriti bla bla..."

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment