Monday, September 8, 2014

RG2011... Fw: Taraf hidup rakyat meningkat,

 



Taraf hidup rakyat meningkat, purata pendapatan isi rumah 2014 RM5,900, kata Wahid....ha..ha..ha..Siapa nak dia lebong nie..!!!

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot
 
Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.
 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata ia merupakan pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.
 
"Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini. 
 
"Namun, mengembangkan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti," katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014.
 
Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang kepada 33.6% tahun lepas berbanding 29.3% pada 2008.
 
Menyentuh ringkas Rancangan Malaysia ke-11, Wahid berkata kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri. "Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui ketua menteri dan Kabinet negeri minggu depan," katanya.
 
Simposium 3 hari ini yang bermula Sabtu, dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. – Bernama

ulasan:

  1. kalau nak buat lawak masuk dalam Maharaja lawak gerenti dapat undian terbanyak itu Abdul Wahid Omar dan Najib cakap bukan Rakyat yang cakap...Yang cakap rakyat susah dah pasti tak dapat PUBLISITI MURAH dalam TV ....Hanya orang pembohong dan penipu besar yang berani cakap dapat PUBLISITI MURAH SATU MALAYSIA muka selambaland... Mahathir tentu tergelak besar bila kata Malaysia berjaya dalam ekonomi,,,,LUCU sungguh LUCU ..apalh nasib Malaysia dapat orang yang tak tahu ekonomi dan kesusahan harga barang naik.....Nak tunggu sebulan kastbulan macam nak mati tak cukup duit belanja kena ikat perut.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment