Monday, March 28, 2011

Re: RG09... Fw: K'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya

 

Tu le pasal..cer ceta sikit..nk gak tau..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

-----Original Message-----
From: Awangku Jeffryhudin <jeff_9280@yahoo.com>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Mon, 28 Mar 2011 20:37:55
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
Reply-To: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG09... Fw: K'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya

Sila belajar dari kejadian di Timur baru2 nihh... adalah dijamin selamat kalau
semuanya ikut prosedur... tapi kalau Tsunami dah melanda... cer crite... cer
critee...



________________________________
From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, March 28, 2011 17:28:49
Subject: RG09... Fw: K'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya



Loji Radioaktif di Gebeng - Menteri Kata Selamat.. Jika betoi awat Australia
tak buat kat negara dia..??

Posted by KedahLaNie

K'jaan jamin loji radioaktif di Gebeng tak bahaya

Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif
tanah jarang (rare earth) di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta,
adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata ini
kerana sisa-sia yang akan dikeluarkan atau terhasil daripada pengilangan bahan
mentah daripada loji Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd itu mengandungi tahap bahan
radioaktif yang rendah.

"Berdasarkan piawaian antarabangsa yang dikeluarkan oleh Agensi Tenaga Atom
Antarabangsa (IAEA), sisa seperti ini ditakrifkan sebagai bukan sisa radioaktif
tetapi merupakan sisa industri yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi.

"Kilang ini selamat bagi orang awam dan kita akan pastikan syarikat ini patuhi
prosedur pemprosesan. Ia berbeza daripada loji Asian Rare Earth," katanya
ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.

Loji Asian Rare Earth (ARE) merujuk kepada loji logam 'rare earth' Mitsubishi
Chemical di Bukit Merah, Ipoh, yang dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya
enam kes leukemia di kalangan masyarakat setempat sebelum ditutup pada 1992
ekoran protes awam.


Isu kesan radiasi projek pemprosesan 'rare earth' di Gebeng antara lain
dibangkitkan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) dan Dr D Jeyakumar (PSM-Sungai Siput)
yang mempertikaikan rasional kerajaan meluluskan pembinaan loji itu walaupun
mendapat tentangan khususnya daripada rakyat Kuantan.

'Perlepasan cukai'

Ongkili berkata langkah-langkah keselamatan akan dan sentiasa diambil untuk
merendahkan lagi kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran dari sisa tersebut
mengikut amalan konsep ALARA (As low as reasonably achieveable-Paling rendah
mengikut budi bicara yang boleh dicapai).

Beliau berkata selain Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA), Lynas juga
dikehendaki mematuhi semua keperluan perundangan yang ditetapkan oleh beberapa
lagi badan penguatkuasa lain sebelum sesuatu lesen dikeluarkan.


"Pihak syarikat juga telah dikehendaki mengambil langkah-langkah pencegahan dan
keselamatan yang ketat bagi memastikan pekerja, orang awam, harta benda dan
alam sekitar tidak terdedah kepada kemungkinan bahaya sinaran dan pencemaran
(sekiranya ada) dari sisa tersebut," katanya.

Menurutnya Lynas juga menggunakan sumber bahan mentah Australia yang
mengandungi satu per lima puluh kandungan radioaktif berbanding dengan bahan
mentah yang digunakan oleh Syarikat Asian Rare Earth (ARE).

Menjawab soalan Fuziah mengapa Lynas diberi insentif pelepasan cukai selama 12
tahun, Ongkili berkata ia merupakan insentif biasa yang diberikan kepada
syarikat-syarikat pelaburan besar yang dijangka mencipta peluang aktiviti
ekonomi hiliran yang besar.

Kepada satu satu soalan lain, Ongkili berkata kebanyakan negara menolak untuk
membina loji pemprosesan logam radioaktif pada 30 tahun lalu kerana khuatir
berlakunya pencemaran sisa bahan berkenaan memandangkan ketika itu masih tidak
ada teknologi mengenai pengurusan sisa radioaktif terutamanya jika berlaku
sebarang kebocoran.

- Bernama
- Australia tu merupakan sebuah negara yang besaq... siap ada kwsn gurun
lagik..jadi pasai pa depa sanggup buang duit laboq kat negara kita nie... tak
buat kat negara depa... jika buat dinegara depa ianya tak perlu budget yang
banyak sebab buat kat negeri sendiri... ini pon pakat tak boleh pikiaq kaa..
satu lagi menteri nie takpa la rumah dia bukan dok tepi pagaq kilang tuu..dia
sembang sedap laaa...apa kata pie buat tepi rumah dia takpon rumah makpak dia
tak pon rumah orang kampung dia...tengok macamana keputusan dia lepas tuuu...






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment