Monday, March 28, 2011

RG09... I do, - Part 4

 

~Bersendirian…
Menerima hukuman meninggalkan kau dahulu
Kesilapanku sengaja inginkan perhatianmu

Kau bawa bahagia
Di dalam hidupku
Sebelum kau pergi
Kesilapanku tak tahu menilai permata
~
Sendiri - Siti Nurhaliza
Sepanjang dua hari itu, Hisham meluangkan masa bersama Lisa. Puas ke Feringghi, meraka menyusur Gurney Plaza pula. Selepas itu, melepak di sekitar Komtar. Bak kata orang, semua tempat menarik yang terlintas di fikiran Hisham, disitulah puteri hatinya itu dibawa.

" Eh, Ummi tak balik lagik r. Abang lapar ni. Itu r Lisa, abang dah cakap, makan kat sana je tadi, tak nak plak. Konon nak rasa masakan Umm, macam tak pernah" Ngomel Hisham. Perutnya mula berkeroncong. Dia baru sahaja pulang daripada membawa Mellisa menaiki kereta kabel di Fraser Hill.

" Ala,abang jangan marah Lisa. Erm, biar Lisa jelah yang masak untuk abang. Lagipun, esok Lisa dah tak tinggal sini lagi.." Senyuman Mellisa semakin melebar. Meluat Hisham melihatkannya, lagi sakit hati bila memikirkan esok Mellisa akan menghabiskan masa dengan saingannya.

" Lisa pandai masak ke? Tak tahu plak abang. Tapi,abang nak rasa jugak, kalau sedap, boleh abang rekemen kat Ummi."

"Abang jangan cabar Lisa. Biar Lisa pergi mandi kejap, pastu baru boleh mula aksi masak-memasak ni. Boleh macam tu,abang?" Lisa menjeling manja pada Hisham.

Haruman bunga ylang-ylang dari shower yang digunakan Mellisa mencucuk hidung Hisham. Ditambah lagi dengan rambut hitam, paras pinggang milik Mellisa menggamit Hisham menghampiri Mellisa. Mellisa yang ketika itu berada di sinki, membasuh pinggan tergamam apabila pinggangnya dipeluk kejap oleh tangan sasa. Perlahan, rambut Mellisa dikucup. Turun ke leher jinjangnya, terus dikucup Hisham. Mellisa lupa segalanya, apatah lagi kerinduannya terhadap Azlan masih tidak tertunai. Mereka hanyut dengan perasaan sendiri. Bibir bertaut. Namun, sekejapan cuma...
" Sham!"
" Erm.. Ummi!.. Sham.. Sham.." Hisham serba-salah. Mellisa terus berlari ke biliknya. Malu kepada Ummi, Hisham serta dirinya sendiri, dan dihimpit rasa bersalah terhadap Azlan.
"Ummi tak sangka sampai sejauh ini anak Ummi boleh bertindak"
" Ummi, Sham tak sengaja, Mi. Tapi, Sham sanggup bertanggungjawab,Mi."  Hisham meraup rambutnya ke belakang. Resah. Memang itu yang diharapkannya, Mellisa menjadi miliknya yang mutlak, tapi bukan ini caranya.
 
"Ampunkan abang,Lisa"
" Ummi tak boleh nak cakap ape, Sham. Kita tunggu Lisa tenang dulu. Ummi akan bincang dengan dia"

" Ummi, Lisa malu dengan Ummi. Mesti Ummi fikir yang bukan-bukan tentang diri Lisa, kan Ummi?"
Mellisa menahan sendunya.
" Tak, sayang. Lisa dah Ummi fikir macam anak Ummi sendiri. Mana mungkin seorang ibu fikir macam tu pada anaknya sendiri. Tapi, Ummi tahu dalam hal ni, Sham yang bersalah. Lisa maafkanlah dia ye,nak?"
" Lisa pun bersalah jugak Ummi, terlalu menurut perasaan...  Kalau boleh, Lisa nak lupakan saja semua ni. Boleh Ummi janji dengan Lisa satu perkara? Tolong jangan bagitahu mak dan ayah. Nanti, sampai bila-bila diorang dah tak percayakan Lisa lagi"  Itulah yang membimbangkan Mellisa. Ibunya sudah memberi kepercayaan padanya kini, dan Mellisa tidak sanggup kepercayaan itu dirobohkan lagi.
" Ummi faham, Lisa. Tapi, Ummi nak Lisa tahu yang Sham sanggup bertanggungjawab. Kalau Lisa sudi, Ummi akan hantarkan rombongan secepat mungkin. Hal ini antara kita bertiga sahaja"  Mahu pengsan Mellisa mendengar bicara Ummi, namun dia masih dalam sedar.
" Kalau itu yang Ummi fikir baik untuk kami berdua, teruskanlah Ummi" Mellisa akhirnya bersuara setelah lama diam. Ummi yang berdiam diri akhinya lega dengan jawapan Mellisa itu. Mellisa tahu dia takkan mampu untuk meneruskan lagi hubungan dengan Azlan. Dia malu. Teramat malu! Lelaki itu terlalu baik buat dirinya! Biarlah, Mellisa rela begini. Mellisa pasrah dengan takdir yang telah tersurat untuk dirinya.

Malam itu, Mellisa tidak dapat tidur lena. Fikirannya terbayang kenangan bersama Azlan. Bagaimanakah harus dia bersemuka dengan lelaki itu? Lelaki yang telah lama bermukim di hatinya.
Lamunannya terhenti mendengarkan ringtone my all daripada handphonenya.
" Hello"
"Hai sayang! Sorry wat Ma lama tunggu Pa. Ma ader kat mana ni? Ma belum balik lagi, kan? Esok kita jumpa tau, Ma? Pa pun rinduuuu sangat kat Mama. Erm, Pa nak ambil Ma kat mana?" Hati Mellisa bagai ditusuk sembilu mendengar suara ceria Azlan.

"Erm.. Ma.. erm.. ada kat Pahang dah sekarang ni. Dah dua hari balik, sengaja tak gitau.Takut risau pulak nanti" Mellisa gugup, membohongi Azlan.

" Ooo ye ke, Ma? Pa da janji dgn kwn nak balik kampung lambat, ingat nak spend time dengan Ma kat sini..." Azlan pura-pura merajuk.

"Erm.. mata ni, ngantuklah pulak. Kita cakap lain kali ye?"

" Ma marah Pa lagi pasal ari tu, yer? Janganlah macam tu sayang, nanti Papa pergi Pahang. Kita enjoy kat sana jer lah ,k? Jangan lah masam-masam lagi, buruklah! hahaha"

"Taak, langsung tak marah, tapi betul ni, ngantuk sampai mata pun tak leh bukak. Kita cakap lain kali jer lah ye..." Mellisa lantas menekan butang berwarna merah, mematikan talian telefon.
 
"Maaf sayangku, ku tak berdaya lagi"

Azlan termenung sejenak. Mellisa tidak pernah bersikap begini terhadapnya. Rajuknya tidak pernah panjang. Lebih-lebih lagi, mereka sudah lama tak bermesra seperti dahulu, tidakkah Mellisa tidak rindu padanya? Mellisa sibuk dengan peperiksaan STPM, dia pula sibuk dengan aktiviti kuliah. Bukan Mellisa tidak tahu dia memang begini, serius dalam belajar.
 
" Ah, sajer nak uji cintaku terhadapnya barangkali" Azlan tersenyum, cuba berfikiran positif.

Di satu sudut lain, Hisham sedang memerhatikan bintang bertaburan di langit. Hatinya juga resah, dilanda gundah. Peristiwa siang tadi masih terbayang di ruang legar matanya. Dia sendiri tidak percaya yang dia sanggup bertindak sejauh itu. Fuuh, nasib Ummi tiba tepat pada waktunya,jika tidak... Kesian Mellisa.
 
Ummi beritahu dia murung sekali. Ah, gadisku, maafkan abang! Betulkah Mellisa bersetuju jika mereka diijabkabulkan? Tapi, bagaimana dengan perasaan Mellisa terhadapku? Tapi, bukankah ini peluang baik bagiku? Mungkin takdir memang telah tersurat dia milikku. Maafkan abang sekali lagi, sayang. Abang bukan sengaja ingin merampas kasihmu daripada dia, tapi percayalah, abang pasti kasih abang melebihi kasihnya terhadap dirimu. Berilah peluang kita bersama. Tenang fikiran Hisham. Dia nekad untuk tetap memperisterikan Mellisa. Perasaan boleh dipupuk, fikirnya.

Keesokannya juga,mereka berangkat ke Pahang untuk menghantar Mellisa pulang, disamping itu, banyak perkara yang perlu diselesaikan.

" Lisa, Lisa dah fikir masak-masak perkara ni? Sham akan jadi suami Lisa nanti" Puan Maria bertanya pada Mellisa.
 
Puan Maria begitu terkejut, kenalan lama mereka berkunjung dengan hasrat yang amat besar. Namun, dia cukup gembira, itulah yang diharapkan selama ini. Mellisa mempunyai seorang suami yang baik seperti Hisham. Mellisa hanya menganggukkan kepala, sambil tersenyum. Dia tahu, seluruh orang dalam rumahnya itu sedang bergembira dan bersyukur. Diawal umur 20 tahun, dia telah bergelar tunangan orang. Yang lebih memeranjatkan lagi, setelah tawaran kemasukan Universiti diisytiharkan, dia akan berkahwin dengan Hisham dalam masa sebulan. Alasan mereka, Hisham boleh menjaga Mellisa semasa di Pulau Pinang nanti. Mellisa faham, Hisham bimbang jika dia berubah fikiran. Semenjak bertunang, Mellisa tidak pernah berhubung dengan Azlan, mahupun Hisham. Setiap panggilan dibiarkan begitu sahaja. Dia masih ragu dengan keputusannya.

Seminggu sebelum acara perkahwinannya, Mellisa menghubungi Azlan untuk merungkai segala masalah antara mereka berdua.
" Assalamualaikum.."
" Waalaikummussalam. Ma, Ma ada masalah ke sayang? Pa call setiap hari, tapi Ma tak pernah nak jawab. Call Pa balik pun tak. " tenang suara Azlan. Satu lagi sifat lelaki ini yang dikagumi Mellisa, tak pernah marah-marah tanpa sebab. Sentiasa tenang, dan realistik dalam setiap tindakan.

" Erry, Min ada hal nak cakap sket." Mellisa menarik nafas.

"Erm, Erry dan Min, ek? Lama kita tak guna panggilan macam tu, kan? Rindulah pulak" Mellisa tahu Azlan cemas di sana, tapi dia berlagak selamba.

"Erry, Min tak yakin kita akan bersama."

"Min gurau apa dengan Erry ni, sayang?"

" Min rasa, kita hanya buang masa. Min tak mungkin akan jadi milik Erry. Kita lupakan sahaja apa yang dah berlaku" Mellisa menahan sebak. Dia harus kuat untuk menyampaikan apa yang bakal dilalui olehnya pada masa mendatang.

" Min, kenapa macam ni? Min dah tak sayangkan Erry lagi? Erry dah tak layak untuk jadi Papa ke? Takkan sebab Pa tak layan Ma dulu, sampai begini kesudahan kita, Ma?" Azlan menangis.
 
Mellisa terdengar Azlan tersedu. Lelaki itu akhirnya tewas dalam ketenangannya. Mahu sahaja dipujuk, tapi dia tidak berdaya.

" Maafkan Min. Kisah kita sampai di sini sahaja. Kalau boleh,jangan cari Min lagi lepas ni" talian dimatikan.

Mellisa menangis semahu-mahunya. Hatinya terluka mengingatkan Azlan menangis tadi. Tambah sedih lagi, pabila matanya terarah pada setiap sudut biliknya yang tersedia berbagai hantaran untuk Hisham, bakal suaminya!

Handphone Mellisa mendendangkan lagu 'My All'. Mellisa tahu siapa yang menelefon. Mellisa membiarkan. Rimas apabila telefon itu bagai tidak mahu berhenti berdering. Mellisa lantas mencabut bateri. Akhirnya, Mellisa tertidur, keletihan menangis.

~Aku….
Menyintaimu
menyayangimu
Untuk selamanya
…~ >> Jasmin Mellisa Mahmud


--
Dicatat Oleh Blogger ke The Unknown Blog di 3/30/2011 04:15:00 AM

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Find useful articles and helpful tips on living with Fibromyalgia. Visit the Fibromyalgia Zone today!


Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment