N.28 | Papagomo dihalau calon sijil azhar di Kerdau? Padan muka luu..!
Sejak jam 9 pagi tadi, aku menyusuri lorong-lorong kecil(tolong jangan panggil jalanraya ya..) bertar lusoh di DUN Kerdau. Lokasi awal, bersama hajat ingin mencuba mengeteh di pekan koboi Kerdau bersama warga. Nampaknya usaha mengeteh awal di pekan koboi itu terhalang. Ada projek 'mee segera' meluaskan jalan rupanya oleh pihak kerajaan denan sangkut telah dilakukan sejak awal pagi. Traffik jadi kelam kabut. berebut jalan dengan lori tanah dan batu tar. Tak pasal2 aku kena makan 'jem' pagi-pagi lagi dan bukan nasi lemak kerdau atas lorong jalan. Ptuihh..!
Lihatlah warga Kerdau, betapa terdesaknya BN dan UMNO mahu mencuri undi warganya. 12 kali pilihanraya dan selama 53 tahun berkuasa di Kerdau, jalan berturap yang selesa pun tak mampu dibina untuk kemudahan warga. Dan bila matinya si 'panas baran', baru nampak nak buat pembangunan. Lorong jalan ke pekan koboi mula dilebarkan. Macam **** jer aku tengok gimik-gimik politik lanun ini sekarang mengula-gulakan dan membodohkan rakyat. Memang macam ****.
Sekonyong-konyong aku makan 'jem' atas lorongraya, tiba-tiba kenderaan wak dibentes oleh van yang didindingnya bertulis Wanita UMNO dengan muatan yang sarat dengan macam-macam barang. Oh..rupanya van santa klaus itu. Bukan setakat pampes budak, panty liner, dan pencelup rambut sekaler rambut jauhi cahulla pun ada sama rasanya buat dirasuah kepada pengundi Kerdau. Dengan harapan warga tetap undi Barisan. Terdesak sungguh UMNO. Kelmarin Sharizat jambul kata, dengan bantuan kotak makanan ini ke setiap rumah warga, kemiskinan akan terhapus di Kerdau. dibawah itulah rupa bangunan rumah kedai pekan Kerdau. Maju sungguh pembangunan bandar kerdau dibawah 53 tahun UMNO menjajah. Dahsyat kan..!
Eksyen sungguh sharizat@jauhi cahulla, hanya dengan merasuah sekotak barang yang dibaluti kertas 'merah' yang didalamnya sarat berisi gula, tepung, susu, milo dan sardin, warga Kerdau akan terlepas dari belenggu kemiskinan. Hebatnya kamu. Tapi nak salah Jauhi Cahulla pun tak guna, pasal najib pun sama naik. Ketika hadir bersama bik momma ke Kerdau baru2 ini, dia berkata, " akan lebih banyak peruntukan akan disalurkan ke sini, tetapi sekiranya tuan-tuan mengundi kami (BN), akan lebih banyak dan berganda-ganda lagi peruntukan-peruntukan pembangunan akan kami bawa ke sini, tapi kena undi BN lah..", Sekali fikir dah macam dajjal pun ada puak-puak ni. Hanya Dajjal saja yang datang menawarkan bersama ugutan.
Nampaknya hasrat Jauhi Cahulla tidak kesampaian, usaha untuk menghapuskan kemiskinan di Kerdau dlm tempoh kempen sekadar retorik saja. Berlambak-lambak rumah dhoif masih dihuni oleh warganya di Kerdau.
Dan pada petang ini, akan lebih banyak tempat dan lokaliti akan diterjah diserata DUN Kerdau bagi menjejaki isu kemiskinan yang masih membelenggu warga asal Kerdau. Batu Sawar, Gunung Senyum, Pulau Pasir Mandi, Kerai, Purun, Badok..tunggu saja terjahan team kami, 'senang di lihat' tetapi sukar untuk dikenali..oh ya ! Petang ini aku akan pakai baju santa klaus berwarna biru, kerana hajat hati ingin menumpang tidur dirumah warga karat biru yang asli. Dapat semalam pun jadilah. Mana tahu undi biru bertukar hijau keesokkannya. Tak mustahil tu. Juga, untung sabut dapat jodoh dengan sang 'puteri'. Hahaha..!
Papagomo sudah lari ke Merlimau, kerana di Kerdau, dia kering isu nak baham PAS. Nak keluarkan gambar bogel calon, dia sendiri hampir terbogel di sini. Raja Fitnah dan seks itu telah dihalau sendiri oleh calon sijil azhar, apa barang calon sijil azhar nak guna blogger zero akhlak kan ? Kesian gomo. Lain ler ali ketam..Melaka darul bunting memang sesuai utk gomo. Jahanam sama UMNO !
--
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
: malaysianews+subscribe@ googlegroups.com
-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.
No comments:
Post a Comment