Tuesday, March 1, 2011

RG09... Pabila mesjid dibina utk...

DS Rosmah - Sepatutnya Mesjid tarik orang UMNO bukan tarik pelancong

"YB" DS Rosmah Mansor percaya dengan lokasi strategik Mesjid Cina yang akan dibina di Jalan Davis Kuala Lumpur berserta pembinaannya berelemenkan kesenian yang unik Mesjid Cina tersebut mampu menarik pelancong ke negara ini.Rosmah,Mesjid Cina tarik pelancong

DS Rosmah juga berkata setakat ini mesjid yang dilihat berpotensi menarik pelancong ialah Mesjid Negara, Mesjid Wilayah Persekutuan, Mesjid Putra Putrajaya, Mesjid Terapung Tungku Tengah Zaharah, Mesjid Kristal Terangganu, Mesjid Ubidiah Kuala Kangsar, Mesjid Kampung Laut Kelantan dan Mesjid Ulu Melaka.

Adalah tidak salah bagi DS Rosmah melihat pembinaan mesjid-mesjid dalam negara ini dari sudut untuk menarik pelancong tetapi matlamat asal pembinaan mesjid juga hendaklah diambil-kira.

Peranan utama dari sudut pengisian ilmu dan pusat penyebaran agama Islam untuk menyatukan-padukan umat Islam dalam Negara ini harus juga diperhebatkan. Ini supaya mesjid tidak kosong dan hanya gah dengan keseniaan binaannya sahaja tetapi isinya tidak ada.

Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan rakan-rakan yang menyatakan Kerajaan BN pandai membina mesjid-mesjid yang hebat tetapi akhirnya pengisiannya dipenuhi oleh 'ulama-ulama' PAS dengan syarahan-syarahan dan khutbah politik yang memecah-belahkan masyarakat.

Tambahan lagi orang-orang UMNO sendiri amat jarang-jarang dan kurang berjamaah di mesjid yang mereka bina.

Hakikatnya hari ini mesjid di bandar-bandar lebih ramai jemaahnya dan berbagai aktiviti-aktiviti keagamaan berbanding dengan mesjid-mesjid di kampung-kampung yang cukup usang dan lengang.
--



-----------------------------------------#########-----------------------------------------
--------------------------------------Mail Forwarder-------------------------------------
Formerly Known As Tai_Ci_Master.
Visit:
WWW.PENDEKARBLOGGER .COM
WWW.GELANGMANIKWANI TA.BLOGSPOT. COM (New)
WWW.HARUNYAHYA .COM
join  : malaysianews- subscribe@ yahoogroups.com
         : malaysianews+subscribe@ googlegroups.com

-Whomsoever ALLAH guides, none can lead astray and whomsoever He send astray, none can guide.

No comments:

Post a Comment