Friday, November 18, 2011

Re: RG2011... Fw: Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika .....


Bro, pergi masjid bukan aku suruh berdemo, aku suruh bersolat..natah hapa2 la ko no. Aku juga suruh jangan menggunakan perkataan PERHIMPUNAN, sebab jika2 ianya di war2kan begitu, sudah pasti pihak kerajaan akan menghalang. Itu saje. Jadi cadangan aku pakai perkataan lain seperti program ke, solat beramai2 ke..Dan ianya takde kene mengena dengan ko pula baru tau yang beramai2 pegi masjid tu bukan berhimpun. Selama ni ko pegi masjid berhimpun je ke? Tak solat?Orang pegi masjid ni untuk bersolat dan mengeratkan tali silaturrahim dan ianya merangkumi ibadah lain juga..

Aku jugak suruh ko jangan fikir nagetif, dah mula fikir nagetif. Jangan bagi contoh Demo PPSMI pulak..yang aku cadangkan ni amat berbeza dengan Demo..ttu lah, asal ajak pegi masjid, ko fikir nak berdemo je..Ko baca balik apa aku tulis baca betul2.

Bukan aku tak nak pegi, tapi Dah terang2 (tak nampak ke?) aku katakan bahawa perhimpunan akan diserang jugak dengan seperti dulu. Kalau dah tau, buat apa nak buat lagi perhimpunan tu? Jangan la persoal duit aku..kalo ko banyak duit, eloklah ko menderma sikit pada orang2 yang susah.

Mungkinlah ko memang suka berlari2 kene kejar dengan FRU, kene sembur dengan air kimia atau air gatal, lepas tu boleh la nak marah kerajaan..Bro, kalau nak berjuang kene la bijak. Bukan tak tentu hala macam ko ni..sukakan benda yang menghuru hara..Aku tau Banyak Program Pas mohon kepada Allah untuk kemenangan pada Parti. Tapi cadangan aku agar ianya dilakukan di masjid, Doa ni kene la berterusan. Bukan buat masa-masa tertentu je..Dan usahanya, tak payah la berhimpun terjerit2 terpekik, hantar beberapa wakil sahaja..(ni pun aku dah tulis)

Dan terang2 aku tulis disitu, apabila di masjid jaga adab, bukan terpekik2, ko bayangkan..aku tak nak ulas macam mana kalo dah ramai2 kat sana kan..Oleh itu, apa yang aku minta lepas zohor tu, buat solat hajat mohon, pada tuhan agar 8 tuntutan tersebut dapat dilaksanakan.

Aku juga tulis fokus pada hajat 8 tuntutan di situ..ko pandai baca tak? kalo terlepas pandang memang biasa berlaku...berkenaan bertemu jodoh pula, itu merupakan hasil sampingan daripada cadangan yang aku  ni jika ianya dillakukan menjadi aktiviti bulanan. Ko faham tak apa yang aku tulis ni? atau penulisan aku teruk sangat? Fokus kepada hajat 8 tuntutan, sampingan dia mungkin mengeratkan tali silaturrahim, bertemu jodoh, orang tertarik dan join kita. Ko punya fikiran pula nagetif je..kalo ko tunjuk contoh yang baik, dah tentulah orang join kita. Kalo ko buat orang menyampah je, sape nak join.
 
Bro, Kalau diorang tipu ke, macam yahudi ke, kalau tuhan nakbagi PR menang pun, pasti PR menang..Contohnya macam kat Selangor..Sape sangka boleh menang? walaupun kebanyakan ahli Majlis kat PBT ramai cina, india, walaupun Khalid kat atas, tapi Ronnie liu di belakangnya. Takpelah, Pas takde kedudukan sangat di Selangor ni..begitu juga tempat2 lain..Takpelah, tempat lain yang kita kalah tu, kira diorang main tipu.

Tak payah panjang2 bro, kerana ko orang yang memperlekehkan idea aku untuk memajukan parti, ko cuma jawab dan senaraikan apakah kebaikan perhimpunan 3.0 serta hasilnya. Serta senaraikan kebaikan dan  hasilnya jika perhimpunan tersebut dihalang dengan air gatal atau kimia, gas pemdih mata dan lain2 lagi. Kemudian terangkah langkah2 bijak bagi keselamatan diri..Aku tunggu, dan bila kau jawab, aku akan ulas. Akui memang memperlekehkan bersih 3.0 ni.
 

From: MDROZALI MOHDNOR <mdrozali.mohdnor@samsung.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>; PerisikRakyat@yahoogroups.com
Sent: Friday, 18 November 2011 10:28 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika .....

 
Kalau kau ahli PAS dan kau tak pegi tu sebenar apa mslh nya ?
Kau tak berduit ker sebenarnya atau kau tak ada semangat nk dtg...
dan kau tak cerita pun apa mslh sbenar kau tak mau pegi...
yg kau mengarut tu sbb komen yg pelik2 macam nk bagi idea....
tapi idea tak der fokus apa... JODOH fokus kau.... nk suruh UMNO
dan partai komponen nya join utk berubah...... aaiii mcm baru sgt kau jd ahli pas...
Stakat ni dlm program surau masjid anjuran pas ker umno ker ada mereka dr 14 parti tu dtg 
beramai2? ....
Selama kau jd ahli pas brp byk kau tau yg PAS telah cuba mintak KERAjaan ni
buat pilihan raya telus dan adil ? Ada KERAjaan ni buat ? Malah tipu tahap Yahudi
lagi bertambah..... dah 12 PRU bang maharajo Kayyo..
Selama ni kau tak pernah ker lihat Program besar2an PAS utk POHON ALLAH beri
petunjuk dan kemudahan utk kemenangan dlm KONTEK PILIHANRAYA..
sbb malaysia buat pilihanraya baru boleh tukar kerajaan...
 
"Jadi aku rasa adalah lebih baik jika hendak melakukan tunjuk protes ke, nak memberontak ke tak puas hati dengan kerajaan ni, Elok pakat2 semua pergi Masjid masa solat zohor dan asar ramai2 dan berdoa pada minta pada tuhan agar lapan tuntutan tu dapat dilaksanakan kemudian hantar beberapa orang wakil bagi mengemukakan usul tuntutan tersebut. Jangan memperlekehkan idea aku serta memandang negatif perkara ini takkan berlaku atau menyatakan melakukan perhimpunan itu lebih bagus dari idea aku"
 
Meminta pada tuhan dulu kemudian berusaha. Insyallah berjaya tuntutan tersebut dengan izinNYA. Kita tawakkal. Jika berfikir positif, aku yakin diorang takkan nak serang kat Masjid. Tak payah nak bayang negatif2
Baru aku tahu yg pergi ke MASJID beramai2 tu BUKAN BERHIMPUN..... ooooo ada pengertian lain yer.
Jadi ayat warna biru kau tu aku hilite sikit la.. sebab ni ayat2 umno yg aku tahu...
TAPI jika kau pergi DEMO PPSMI dulu... MASJID jd serangan kebiadapan org melayu dibawah
hishamudin si pencium keris tu....
 
------- Original Message -------
Sender : maharaja kayyo<maharaja_kaiyo@yahoo.com.my>
Date : Nov 17, 2011 18:27 (GMT+07:00)
Title : Fw: RG2011... Fw: Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika .....
 
Aku tak setuju lansung dengan Bersih 3.0 yang bakal dilakukan walaupun aku orang Pas. Walaupun niat mengadakan bersih tu baik, tapi peristiwa yang bakal berlaku itu adalah buruk. Aku juga melihat yang pergi menyertai perhimpunan bersih ni segelintirnya hanya untuk huha-huha dan suka melakukan huru-hara. Sudah semestinya, kerajaan akan melarang berlakunya perhimpunan ini dan mereka akan melakukan perkara-perkara seperti sebelum ini. Dan Perkara ini memang sudah dijangka akan berlaku semburan air gatal dan gas pemedih mata. Memang terang2 dah tau akan berlaku perkara begitu.

Jadi kalau dah tau jadi begitu, kenapa nak buat jugak? Suka sangat ke kene sembur dengan air2 gatal tu? Suka sangat berlari2 kene kejar dengan FRU?. Kita tak boleh nak menyalahkan diorang, sebab diorang ni memang begitu sikapnya dan kita pun dah jangka. Diorang mesti awal2 dah bagitau jangan buat perhimpunan tersebut. Takkan diorang nak biarkan je perhimpunan ni berlaku? Ini taktik diorang. Yang kita pun nak guna taktik lama yang sama kenapa?

Nanti bila terjadi kematian ke, kene pukul ke, rasa tertindas ke, kene tangkap ke, mula menyalahkan kerajaan, mengutuk2 sana-sini sedangkan memang sah2 dah tau benda2 pukul-memukul ni akan berlaku. Malah benda ni pun awal2 akan diberi amaran. Adakah ini peluang untuk mncari salah kerajaan? Taktik ni dah basi..

Jadi aku rasa adalah lebih baik jika hendak melakukan tunjuk protes ke, nak memberontak ke tak puas hati dengan kerajaan ni, Elok pakat2 semua pergi Masjid masa solat zohor dan asar ramai2 dan berdoa pada minta pada tuhan agar lapan tuntutan tu dapat dilaksanakan kemudian hantar beberapa orang wakil bagi mengemukakan usul tuntutan tersebut. Jangan memperlekehkan idea aku serta memandang negatif perkara ini takkan berlaku atau menyatakan melakukan perhimpunan itu lebih bagus dari idea aku. Meminta pada tuhan dulu kemudian berusaha. Insyallah berjaya tuntutan tersebut dengan izinNYA. Kita tawakkal. Jika berfikir positif, aku yakin diorang takkan nak serang kat Masjid. Tak payah nak bayang negatif2.

Perkara ini juga hendaklah di war2kan bukan dengan menyatakan dengan perkataan 'perhimpunan', tapi sebaliknya hendaklah menyatakan sebagai Program Solat Zohor dan Asar Beramai2 atau nama lain yang bukan menjurus kepada perhimpunan serta lebih indah bunyinya.Walaubagaimanapun, jika berada di Masjid, jagalah adab masing2 seperti mengeratkan tali silaturrahim antara ahli dan saling mendoakan serta jangan pulak menngutuk2 orang serta terpekik2. Ketepikan politik dulu, sebaliknya tumpukan kepada hajat kita iaitu 8 tuntutan tersebut.

 Dan Program ini boleh dijadikan acara bulanan bagi orang2 Pas, dimana ianya boleh mengeratkan tali silaturrahim. Jika ada orang Parti lain nak join, apa salahnya, join la. Untung2 diorang tertarik dengan kita lalu menyertai kita. Dan ianya bukan sahaja mengeratkan tali silaturrahim sahaja malah boleh terjumpa jodoh atau bakal bapak atau mak mertua di situ bagi yang masih belum berkahwin atau yang mau berkahwin 2, 3 atau 4. Bagi yang telah lama menduda atau menjanda tu, mungkin akan mendapat sinar baru yang gemilang bila terjumpa jodoh di sana nanti. Jangan lupa jemput kenduri tau..(kataku sambil menyenyit mata).

Sambutan? Ai, takkan perhimpunan bersih suka sangat nak join, tapi program solat beramai2 tak suka..kita adalah parti yang mendukong agama, dah tentulah menyintai masjid daripada berhuru hara kat perhimpunan tu..Kalau tak dapat sambutan jugak, Maknanya Orang2 Pas ni hanya mulut je mengeluarkan ayat2 quran, hadis, tapi tak pula suka menyertai program Masjid. Dan aku berharap dapat jumpa orang2 yang hebat2 agama di dalam group ni.

Jika sudah ada Program sebegini yang aku tak tau, sila beritahu aku. Elok kita war2kan bersama. Semoga Ustaz yang da'e ni dapat mencari pelapis bagi menggantikan mereka jika mereka tiada nanti. Bukan hanya mengajar, tapi mesti mempunyai pelapis 10 yang ditrain menjadi orang sepertinya. Contohnya Kenapa di Masjid semakin kurang orang atau hanya orang2 tua sahaja di situ? Ini adalah kerana orang2 tua tersebut tidak mempunyai pelapis yang dapat menggantikan mmereka bila mereka tiada lagi. Akhirnya masjid semakin kurang orang. Ustaz pula bukan da'e. Mengajar tapi tak berharap orang jadi sepertinya. Ibarat penyanyi menghiburkan penonton, tapi tak berharap penonton menjadi penyanyi sepertinya. Dia cuma berharap penonton terhibur, itu saje. (Contoh sahaja, aku tak tau nak bagi gambaran apa). Aku cuba memberi idea yang yang memajukan parti. Jadi, kepada yang mampu  atau berkebolehan menjadi penggerak atau head, dipersilakan. Kitorang sokong. Sekian, Wassalam..




From: paus biru <pausbiru02@yahoo.com.my>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Wednesday, 16 November 2011 1:10 AM
Subject: Re: RG2011... Fw: Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika .....

apa lah yg bakal kita dpt,jika perhimpunan i2 banyak membawa keburukan
dr kebaikan, bila ada perhimpunan,akan ada keburukan,mencaci,menghina antara sesama,
orang lain mentertawakan, yg untung siapa,yg rugi siapa,
usah lah kita bertelagah antara sesama,cari lah perdamaian,
jika untuk menentukan pilihan raya,masa nya tetap kn tiba jua,
 
 

From:
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 14 November 2011 8:03 AM
Subject: RG2011... Fw: Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika .....

 
----- Original Message -----
 

Bersih 3.0 Akan Digerakkan Jika Najib Gagal Tunai Pembaharuan Pilihanraya

 
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.
"Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.
Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.
"Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.
Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk mengeksploitasi media.
"Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia," tegasnya.
Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan
Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
"Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam," katanya.
Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan raya nanti.
"Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita PAS," katanya.TMI






 
 
BERSIHbe a good ctzen
Mohd Rozali Mohd Nor
( QUALITYCONTROL)
easydail : 5222


No comments:

Post a Comment