Friday, November 18, 2011

RG2011... NFC Bakal saman Si pemutarbelit fakta???

 

National Feedlot Corporation,Bakal Saman Fitnah Rafizi !!? 


Kita digemparkan dengan dakwaan oleh Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution bahawa projek Feedlot adalah satu penyelewengan fakta dan fitnah.

Fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin PKR ini bakal diambil tindakan apabila pihak NFC telah melantik peguam untuk menyaman Rafizi dan Saifudin yang ternyata menyerang NFC dengan fitnah dan fakta yang di putar belit hingga memberi persepsi buruk terhadap NFC.

Projek feedlot bertujuan untuk menjadikan negara sebagai pengeluar daging,ia adalah dasar yang baik untuk mengelakkan daripada negara mengimport hasil daging dari luar yang diragui status halalnya.

Dalam masa yang sama dakwaan bahawa berlaku penyelewengan wang geran adalah palsu,sedangkan wang untuk menggerakkan projek ini datangnya daripada pinjaman bank yang dikenakan kadar faedah.Sementara itu pinjaman yang diperolehi harus dibayar balik kepada pihak bank.

Projek ini difitnah dikatakan sebagai gagal,sedangkan NFC berjaya membekal kepada lebih 100 peruncit mega dinegara ini,terutamanya di pasaraya Giant,Carefour dan Cold Storage.

3 pasaraya besar ini yang mempunyai puluhan cawangan diseluruh negara turut mempunyai jutaan pembeli. Mana mungkin NFC dikatakan gagal jika tidak mampu membekal daging kepada pelanggan mereka.

Penerangan yang dibuat oleh Menteri Pertanian Datuk Seri Noh Omar semasa diparlimen membuktikan bahawa kejayaan projek NFC ini. Dalam pada itu NFC memainkan peranan penting untuk menghapuskan monopoli pasaran daging yang dikuasai oleh bukan muslim.

Yang dikatakan penyelewengan tidak timbul sama sekali.dakwaan wang digunakan untuk pembaziran adalh fitnah semata mata apabila mereka mengambarkan seolah diladang NFC hanya mempunyai puluhan ekor lembu berbanding fakta yang sebenar jumlahnya sebenar mencecah 8ribu ekor dan bertambah dari masa kesemasa.

NFC turut memperolehi keuntungan ,kenapa Rafizi dan Saifudin tidak mendedahkan projek ini memperolehi keuntungan yang turut dikongsi oleh kerajaan yang memegang saham didalam syarikat ini.


TQKGC

Posted by AAKJ .
 
Rupa-rupanya segala fitnah pembangkang terhadap NFC oleh persatuan peniaga cina, mereka (persatuan peniaga cina) menggunakan pembangkang untuk menghancurkan NFC, sebuah syarikat milik melayu yang menjadi pembekal utama daging lembu halal, kita kena ingat, market daging lembu sekarang ni semuanya di control oleh peniaga cina, kita tak pasti sama ada daging yang mereka impot itu halal atau tidak, mereka nampak wujud dan majunya NFC memberi persaingan sengit terhadap perniagaan mereka.

Rafizi dan saifuddin kata NFC sebuah projek yang kantoi, banyak membazir dan pasaran daging keluaran mereka sangat terhad disebabkan tak banyak lembu yang mereka bela, tapi sebenarnya itu salah satu fitnah yang mana skripnya di tulis oleh pihak persatuan peniaga cina.

Pasaran daging keluaran NFC bermula pada hujung tahun 2009, yang mana banyak pasaraya besar seperti jusco, giant, careefour dan lain-lain restaurant besar membeli daging keluaran NFC, malah NFC juga supply daging kepada peniaga-peniaga di pasar, jadi apa relevennya tuduhan pembangkang mengatakan projek NFC tu kantoi?

Kata PKR projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan kerajaan dan jauh ketinggalan daripada sasaran 40 peratus, itu adalah skrip yang di tulis oleh pihak-pihak yang iri hati dengan prestasi dan jualan daging NFC. tengok gambar di bawah ni, sebenarnya saifuddin tak mau akui perniagaan daging orang melayu berjaya.




Posted by det.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment