Tuesday, September 25, 2012

RG2011... Fw: TERIMA SAMAN Dalam 5 Hari,

 



[WASPADA] Saman Automatik Bermula Malam Ini

AES Mula Beroperasi Malam Ini

PETALING JAYA: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan mula beroperasi pada malam Sabtu di 14 'kawasan panas' untuk menangkap mereka yang memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

Bagi fasa pertama AES, sebanyak 14 kamera telah dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut adalah untuk mengesan mereka yang memandu melebihi had laju manakala empat lagi untuk mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.

Lebih banyak kamera akan dipasang di 817 'lokasi panas' pada fasa kedua yang akan menyaksikan AES dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata pelaksanaan AES merupakan satu tindakan tegas kerajaan untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

"Kamera AES dipasang di 'kawasan panas' atau lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi," kata Solah dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Solah berkata orang ramai boleh menyemak lokasi kamera AES di laman web JPJ, www.jpj.gov.my, sambil menambah pengguna boleh mengetahui mengenai zon operasi kamera AES melalui papan tanda yang diletakkan di kawasan yang berhampiran.

"Dengan mengetahui lokasi kamera AES diletakkan, pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan mereka memandu mengikut undang-undang. Ini dapat mengurangkan jumlah kematian dan objektif kami adalah bagi memastikan pengguna jalan raya, dan bukannya untuk memberikan kuasa yang lebih besar kepada JPJ untuk mengeluarkan saman," kata Solah.

Beliau berkata kamera AES bagi papan tanda untuk mengesan kenderaan yang melebihi had laju di lihat dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera tersebut.

Bagi kamera untuk mencatatkan jumlah pemandu yang melanggar lampu merah, papan tanda yang diletakkan adalah 50 hingga 500 meter daripada lampu isyarat berkenaan.

Solah berkata imej yang ditangkap oleh kamera AES akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan oleh pangkalan data JPJ, sebelum saman dikenluarkan kepada pemilik kenderaan tersebut.

"Proses semakan, mengenalpasti pasti kesalahan dan pengeluaran notis sama dibuat oleh pegawai JPJ terlatih yang ditempatkan di pusat kawalan AES.

"Jika imej yang ditangkap tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kederaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ, siasatan lanjut akan dijalankan. Ini ialah bagi memastikan saman yang dikeluarkan sah menurut undang-undang jalan raya, serta dapat mengelakkan daripada saman dikeluarkan kepada pihak yang tidak bersalah," katanya.

Notis sama yang telah diproses dan ditentusahkan sebelum dihantar kepada pemilih kenderaan berdaftar dalam tempoh lima hari daripada tarikh kesalahan serta imej kenderaan yang dirakamkan.

"Bagaimanapun, jika pemilik berdaftar bukan pemandu kenderaan tersebut ketika kesalahan direkodkan, mereka boleh mengemukakan butiran pemandu terbabit kepada JPJ selepas 30 hari daripada tarikh menerima notis saman tersebut.

"Jika mereka memilih untuk hadir ke mahkamah, mereka boleh berbuat demikian pada mas dan tarikh yang ditetapkan dalam notis berkenaan," kata Solah.

Solah berkata mereka yang menerima notis saman AES boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400, bagi kesalahan yang direkodkan di Perak, sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.-mstar

comments:

 

Karya SMKSB said...

Terbaik, Harapan agar saman ini menjadi iktibar kepada semua bukan dilaksanakan semata-mata kerana untuk poket pilihanraya

Anonymous said...

Satu lagi cara mudah kerjaan untuk punggut hasil dari keringat rakyat yang kais pagi makan pagi bial pulang dapat surat saman, sepatutnya sebelum kuatkuasakan undang-undang hutan ini hendaklah terlebih dulu selesaikan masaalah kesesakan lalulintas ditempat-tempat yang selalu berlaku kemalangan atau buat kajian ini tidak semua ketua-ketua pengarah hanya tahu macam mana nak kutip duit rakyat melalui saman atau mahkamah saja, apakah sebabnya pehak JPJ sendiri tidak menjalankan kuatkuasa ini kenapa mesti diswastakan?, soalan ini saja rakyat telah mulai ragu dengan tindakan bakal dikenakan keatas rakyat.

Anonymous said...

najib dah habiskan banyak wang, sekarang nak memeras rakyat pula

Anonymous said...

Selepas 2 ke 3 km, kita pecut lagi.....hahaha.

Anonymous said...

Undi lagi BN yang tak mahu hapus saman ekor dan PTPTN..KAMI PELAJAR IPT TOLAK BN

Anonymous said...

Kalau BN ditolak PRU13 rakyat tak dibebankan dengan saman

 

Kamera AES : TERIMA SAMAN Dalam 5 Hari, JELASKAN Dalam 60 Hari

pulakdah.blogspot.

 
Salah sebuah kamera AES yang terletak di Ipoh, Perak.

Penggunaan kamera AES yang berkuatkuasa sejak malam tadi menjadi perhatian ramai pengguna hari ini. Kamera AES yang terletak di persimpangan lampu isyarat di Ipoh contohnya mampu merakamkan kesalahAN pengguna jalan raya yang melanggar lampu merah.

Sebaik kesalahan pengguna berjaya dirakamkan, mereka akan menerima
saman dalam masa 5 hari. Setiap kompaun saman yang bernilai RM300 ini perlu dijelaskan dalam tempoh masa 60 hari.

Kamera AES ini mampu mengesan kesalahan pengguna jalanraya dari jarak 50 meter hingga 500 meter.

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment