Tuesday, September 25, 2012

RG2011... Premis Mandi Buih Sambil Berbogel Diserbu

 

Premis Mandi Buih Sambil Berbogel Diserbu

 

September 25, 2012
 
PUCHONG – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.
Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.
Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.
Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.
"Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.
"Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel," katanya.
Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – SINAR HARIAN
 
 
Rock sokmo.. (jadi rakan FB wa: irwan matrock)

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment