Tuesday, March 26, 2013

RG2011... RE: Tempatan

 

Hmmm….

Yang tak kaya mungkin ler bawak lari bini orang..

Yang kaya, boleh laks tebus talak ye.. Tak salah ke..? Tak nak ke saman skali..?

Pusing kot mana pun, bersabit nafsu nafsi mmg tak abeh nye.. Cuma asbab je berbeza.. sbb anak lah, suami/isteri lah, harta lah, orang ketiga lah.. bla bla bla..

 

With best regards,

fasriana_hashim


From: Haron, Saipudin [mailto:Saipudin.Haron@Mattel.com]
Sent: Wednesday, March 27, 2013 9:58 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Tempatan

 

Hukum orang ketiga

 11 1Google +0 0 0

Cetak

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.

Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).


“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.


Ibrahim berkata, satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.

Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan suami isteri (bukan di Wilayah Persekutuan saja, tapi hampir serupa di setiap negeri), tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya dibawa ke mahkamah.


“Masalah ini tak boleh dipandang ringan kerana peningkatan kes perceraian berlaku setiap tahun, malah sejak 2001 sudah mencecah 222,701 kes dan setiap permohonan cerai walaupun tak dinyatakan mengenai orang ketiga, kita tahu ia wujud.

“Mereka hanya cakap, tapi tak bersandar bukti kukuh. Jadi, selepas ini sekiranya ada suami isteri mendapati wujud unsur orang ketiga dalam hubungan mereka, boleh buat laporan untuk disiasat di bawah akta ini,” katanya. Menurutnya, usaha lebih keras perlu digerakkan hingga ke peringkat bawahan demi mensejahterakan kembali institusi kekeluargaan Islam dan mewujudkan benteng yang boleh menghalang pengaruh luar perosak hubungan.


“Malah, sejak tertubuhnya BSK pada April 2009, sedikit sebanyak membantu dalam soal nafkah (pasangan bercerai) kerana ini satu aspek kekeluargaan Islam dan setakat Disember lalu sebanyak 2,040 aduan diselesaikan berbanding 2,497 aduan diterima,” katanya.


Sementara itu, Kamilia berkata, sudah masanya penguatkuasaan dilaksana dengan meluas ke atas individu ketiga atau ‘penceroboh’ rumah tangga kerana syariah Malaysia membenarkan pesalah yang menceroboh hubungan suami isteri dihukum apatah lagi hingga mengakibatkan huru-hara.


Menurutnya, cabaran membina keluarga pada masa kini terlalu banyak, malah keluarga moden yang tidak mempunyai pegangan kukuh terhadap agama antara paling ramai bercerai tidak hanya kerana masalah kewangan, sebaliknya pengaruh pihak ketiga seperti diperkatakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/27

Bekas doktor edar pil psikotropik ditahan

 27  0 Google +0  0  0

Cetak

JOHOR BAHARU: Polis menahan seorang bekas doktor dan merampas 4,800 biji dadah disyaki pil psikotropik bernilai RM240,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pelangi, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki tempatan berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira 2.45 petang dan polis turut merampas wang tunai RM5,000 serta sebuah kereta jenis Toyota Altis daripadanya.

"Kesemua pil berkenaan dianggarkan mampu dibekalkan kepada 4,800 orang penagih.

Siasatan awal mempercayai suspek terlibat dengan kegiatan itu sejak beberapa tahun lepas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Mohd Mokhtar berkata bekas doktor terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan dia negatif terhadap dadah.

Beliau berkata dia kini direman sehingga Ahad ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

 

Lapan anggota geng samun, perkosa ditahan

 4  0 Google +0  0  0

Cetak

Sungai Buloh: Kegiatan kumpulan samun dan pecah rumah dikenali Geng Pechai yang berleluasa di daerah ini tumpas apabila lapan anggotanya termasuk ketua mereka ditahan dalam serbuan berasingan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, kumpulan itu yang disifatkan sebagai ganas dan kejam menyasarkan kedai serbaneka 24 jam dan rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk memecah masuk.


Menurutnya, kumpulan terbabit dikesan selepas melakukan samun bersenjatakan parang ke atas sebuah hotel di daerah ini yang dilakukan empat anggotanya pada 9 Februari lalu.

“Susulan laporan mangsa, kami menubuhkan pasukan khas bagi menjejak kumpulan ini yang turut mencederakan mangsa ketika menyamun.


“Hasilnya, enam lelaki ditahan dalam serbuan berasingan di Kota Damansara pada 12 Februari lalu bersama sebuah kereta curi dan senjata parang yang disembunyikan dalam kenderaan itu,” katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Polis ke-206 di Balai Polis Kampung Baru Subang, di sini, semalam.


Dalam majlis kali pertama diraikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh itu, seramai 37 anggota dan pegawai dari lima balai polis menerima sijil penghargaan atas perkhidmatan cemerlang. Katanya, dua lagi anggota Geng Pachai ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) di Saujana Utama selepas dilihat menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada 19 Mac lalu.

“Pemeriksaan mendapati kedua-duanya baru saja melakukan jenayah samun dan rogol serta mereka dalam perjalanan untuk melarikan diri ke tempat persembunyian.


“Hasil soal siasat mendapati mereka anggota kumpulan Geng Pachai yang banyak melakukan jenayah di daerah ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

 

Puja wali Bangladesh

 1  1 Google +0  0  0

Cetak

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh.

Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.

 

Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan.



Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka.

PEGAWAI penguat kuasa JHEAIPP merampas pelbagai buku dan kitab yang digunakan kumpulan terbabit.


Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

 

Bekas Gabenor BNM meninggal

 2  0 Google +0  0  0

Cetak

Kuala Lumpur: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Ali Abul Hassan Sulaiman meninggal dunia di kediamannya di Kemensah Heights, di sini, akibat komplikasi jantung dan jangkitan paru-paru, semalam.

Allahyarham, 71, meninggal dunia pada jam 4.45 petang. Jenazah Dr Ali Abul Hassan dikebumi di Tanah Perkuburan Kemensah Heights selepas solat Zuhur hari ini. Ketika dihubungi, menantu Allahyarham, Mohamed Faruk Rahmatullah berkata, Dr Ali Abul Hassan meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Ali Abul Hassan dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan. Allahyarham adalah gabenor keenam Bank Negara dari 1998 hingga 2000. Anak kelahiran Pulau Pinang itu memiliki ijazah Universiti Malaya (UM) dalam bidang ekonomi dan sarjana pembangunan ekonomi dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 1965 di Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjadi setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 1985. — BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/26

 

Mayat dengan kesan luka ditemui

26/03/2013 6:06pm




AMPANG JAYA - Mayat seorang lelaki yang dipenuhi kesan luka seakan-akan tikaman ditemui tersangkut ber sama sampah sarap di dalam sebatang anak sungai di Bukit Belacan di sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Ko misioner Amiruddin Jalaluddin, mayat tanpa identiti itu dipercayai bukan warga tempatan dan telah meninggal dunia kurang daripada tempoh 12 jam.

“Punca kematian masih belum dikenalpasti. Sehingga pihak forensik berjaya menemui sebarang unsur jenayah, kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” ujarnya. -KOSMO!



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz2OexTOS2o 
Hakcipta terpelihara 

Tiga sahabat edar dadah ditahan

26/03/2013 11:17pm




GEORGE TOWN – Kelicikan tiga sahabat menjalankan aktiviti pengedaran dadah sintetik sejak enam bulan lalu di sekitar Pulau Pinang hingga ke negeri-negeri di utara terbongkar selepas kediaman yang dijadikan lokasi pembungkusan di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini diserbu polis pada Ahad lalu.

Tiga suspek itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri pada pukul 12.15 malam selepas melakukan risikan selama dua minggu.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Rahim Jaafar berkata, ketiga-tiga suspek bekerja sebagai operator pengeluaran, peniaga dan jurujual.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui 6,000 biji pil dipercayai ekstasi, 1,000 biji pil eramin 5, empat kilogram dadah ketamin, 4.25 kilogram serbuk dadah ekstasi dan enam gram ganja.

“Polis juga merampas dadah yang ditemui bersama suspek dengan anggaran harga pasaran RM480,000. Dalang di sebalik kegiatan ini sedang disiasat dan kita percaya ia ada kaitan dengan kes-kes tangkapan berkaitan dadah sebelum ini tetapi siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. - KOSMO!



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz2Oexbn65q 
Hakcipta terpelihara 

Polis jejak individu kirim wang ke Pulau Jolo bantu pengganas

26/03/2013 2:39pm




LAHAD DATU - Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

“Perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. - BERNAMA



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz2Oexpzyoq 
Hakcipta terpelihara 

Remaja mengaku salah perdaya guna Facebook

26/03/2013 12:45pm




KOTA BHARU - Seorang remaja berusia 20 tahun mengaku bersalah kerana menipu seorang lelaki melalui laman sosial Facebook sehingga memperdayakan mangsa berkahwin dengannya dan menyerahkan wang sebanyak RM17,000 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Noor Ain Kamarudin yang berasal dari Tanah Merah dekat sini membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nik Habri Muhammad selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah menetapkan 29 April untuk menjatuhkan hukuman. - KOSMO!



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0326&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_17.htm#ixzz2OexzzLA7 
Hakcipta terpelihara 

 

Seorang pelajar ditemui lemas di Pantai Sri Tujuh

Oleh:
Tarikh: March 27, 2013

TUMPAT - Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat di sini, ditemui mati lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Sri Tujuh di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd Bustan Karudin berkata, mayat Mohd Afiq Zakaria, 17, dari Kampung Tanjung Dat di sini, ditemui pada pukul 3.30 petang selepas dilaporkan hilang pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

"Mangsa ditemui berhampiran tempat dia dan rakan-rakannya mandi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mohd Bustan berkata, pihak bomba mendapat panggilan daripada penduduk kampung pada pukul 12.50 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian bersama agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bagi melancarkan gerakan mencari dan
menyelamat mangsa.

Beliau berkata, mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. – Bernama

Maut dalam dakapan ibu

 0 0Google +0 0 0

Cetak

Gerik: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lapan bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18.2, Jalan Gerik - Kupang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kereta Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dari arah bertentangan di selekoh berkenaan. Lebih menyedihkan apabila bayi terbabit ditemui mati dalam keadaan dipeluk ibunya di tempat duduk hadapan kereta dinaiki mangsa.


Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pemandu kereta terbabit yang maut dikenali sebagai Zulbasseri Sharif, 30, manakala isterinya, Wan Rozila Wan Omar, 30.

Menurutnya, bayi perempuan pasangan itu yang berusia lapan bulan, Siti Wafi Syuhana Zulbasseri turut maut. “Bagaimanapun, seorang lagi anak perempuan mangsa, Siti Wafa Syuhana, dua tahun, yang duduk di tempat duduk belakang cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal di Hospital Gerik. “Berdasarkan alamat pada kad pengenalan pemandu kereta itu, mereka dipercayai berasal dari Kampung Kuala Sedaka, Yan, Kedah,” katanya, di sini, semalam.


Menurutnya, empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Kupang, Kedah ke Gerik.


“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik berusaha mengeluarkan mayat mangsa berikutan mereka tersepit di tempat duduk di dalam kenderaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala pemandu lori berkenaan belum membuat laporan polis setakat jam 5.30 petang semalam,” katanya.


Beliau berkata, ketiga-tiga mayat masih berada di Hos pital Gerik dan setakat petang semalam, polis masih menunggu ahli keluarga mangsa.

“Saya meminta pemandu kenderaan khususnya yang melalui jalan raya sekitar Gerik supaya lebih berhati-hati sepanjang cuti persekolahan ini kerana jumlah kenderaan lebih tinggi berbanding biasa,” katanya.


Sementara itu Penolong Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Mior Muhammad Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.


Beliau berkata, pihaknya mendapati kereta mangsa terperosok di bawah lori. “Pemandu kereta itu dalam keadaan cedera parah di kepala dan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi memotong bumbung kereta sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa.


“Isteri mangsa yang maut turut ditemui dalam keadaan memangku mayat bayinya yang turut maut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/27

Tebing runtuh

 0 0Google +0 0 0

Cetak

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Puchong: Lebih 60 penghuni Blok B Apartmen Beringin, Jalan Industri PBP3, di sini, terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Puchong Indah selepas tebing tanah di belakang rumah mereka runtuh, semalam.

Runtuhan dengan keluasan 16.6 meter x 16.6 meter persegi itu berpunca daripada hujan lebat awal pagi semalam menyebabkan tanah yang sudah terhakis sejak sebulan lalu bertambah teruk dan runtuh.


Penduduk, Haizul Hamzah, 45, yang tinggal di kediaman terbabit sejak 12 tahun lalu berkata, tebing tanah di belakang rumah mereka mula terhakis sejak 19 Februari lalu dan mereka sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, pegawai MPSJ sudah memeriksa keadaan struktur tanah terbabit namun ketika itu hakisan hanya sedikit.


“Bagaimanapun, awal pagi tadi (semalam) jam 2 pagi hujan lebat yang berkemungkinan menyebabkan ia runtuh dan membahayakan keselamatan penduduk di sini.


“Dalam soal ini saya tidak mahu menyalahkan sesiapa namun jika pihak terbabit terlebih awal mengatasi masalah ini kemungkinan runtuhan itu tidak berlaku,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 5 petang dan tiba di tempat kejadian 13 minit kemudian.


“Laporan awal yang diterima mendapati terdapat pergerakan tanah runtuh berhampiran tembok dan retak di bahagian belakang bangunan terbabit.

“Setakat ini keselamatan kawasan terbabit masih dalam siasatan dan semua penghuni dipindahkan ke dewan buat sementara waktu,” katanya.


Beliau berkata, dalam operasi itu balai terbabit adalah Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dengan seorang pegawai serta enam anggota.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/27

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment