Tuesday, March 26, 2013

Re: RG2011... Menteri Kesihatan Turut Menentang TPPA - Trans Pacific Partnership Agreement

 

Kalaulah betul fakta2 ni, tak ada bezanya kehidupan kita dengan zaman pra-kolonial British. Dulu kita tunduk dgn tekanan2 Syarikat Hindia Timur Inggeris utk melindungi kepentingannya, merebak2 sampai kedaulatan negara tergadai. Kita tak pernah belajar dari kesilapan pemimpin ketika itu, sultan2 dan keluarga DiRaja di mana kepentingan kuasa politik mendahului rakyat. Sekarang apa kurangnya walaupun dah diperintah rakyat?

Selain kesan pada rakyat, tak nampak ke ianya boleh menyebabkan Health Tourism industry kita akan jatuh bila kos perubatan meningkat? Dah tanya dah saingan kuat kita, Singapore, Thailand sama ada mereka juga nak sign? Klu mereka nak sign pun, kita tak payah ikut. Sy rasa klu ini zaman Mahathir, tentu tak bodoh sgt cam yg sekarang. Siapalah advisor politik dia ni??

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

From: lah68 ripen <lah68_ripen@yahoo.com.sg>
Sender: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tue, 26 Mar 2013 11:43:35 +0800 (SGT)
To: <respeks_group@yahoogroups.com>
ReplyTo: respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: RG2011... Menteri Kesihatan Turut Menentang TPPA - Trans Pacific Partnership Agreement

 

Beginilah caranya pihak Zionis(Dajjal) yang memusuhi semua bangsa di dunia menawarkan susu kepada mereka pengikutnya dan membakar mereka yang bukan pengikutnya... dengan termetrinya perjanjian ini..ia juga bakal memberikan kelebihan kepada syarikat luar negara yang melabur di Malaysia (negara yang mudah ditipu) berbuat sesuka hati...tahniah Mann Trex kerana mendedahkan isu ini.
 
Jangan pula ada pihak yang akan menyalahkan Anwar juga dalam hal ini nanti...hehehe...

--- On Mon, 25/3/13, Mann Trex <manntrexe@yahoo.com> wrote:

From: Mann Trex <manntrexe@yahoo.com>
Subject: RG2011... Menteri Kesihatan Turut Menentang TPPA - Trans Pacific Partnership Agreement
To: "Forum SIM" <sahabatinteraktif@yahoogroups.com>, "Re Spe Ks2008" <respeks_group@yahoogroups.com>, "Forum Dunia Muslim" <Dunia-Muslim@yahoogroups.com>, "Forum My Masjid" <mymasjid@yahoogroups.com>, "ForumMelayuCyber" <melayucyber@yahoogroups.com>, "ForumHarakahdaily Moderator" <harakahdaily@yahoogroups.com>
Date: Monday, 25 March, 2013, 10:59 PM

 
Salam alaik,

Ada juga Menteri yang bersuara mengenai bahayanya TPPA dari tahun lepas lagi.

Agreement ini sangat bahaya dan akan menyusahkan masyarakat di Malaysia, terutama sekali bangsa Melayu dan India. Bangsa Cina pun akan terpalit kerana KOS PERUBATAN akan meningkat beratus-ratus kali ganda. 


Dari tahun lepas lagi Menteri Kesihatan dah bersuara tapi seolah-olah suara itu tenggelam dalam kebingitan kancah politik BN-PR.

Menurut kata pegawai dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia, pagi tadi di Forum Negara di Parlimen, Tun Mahathir telah menyuarakan dengan lantang sekali betapa bahayanya TPPA, terutama sekali kepada kaum Bumiputera.

MENGAPA MASIH TIADA PENERANGAN LANJUT dan TIADA DEBAT MENGENAI TPPA di MEDIA ARUS PERDANA????

Video clip Janji DiTepati selambak-lambak keudara. Hal TPPA yang bakal memberi kesan sangat besar kepada masyakat Malaysia, juga memerlukan Air-Time, berkali-kali.

RAKYAT PERLU TAHU APA ITU PERJANJIAN TPPA dan KESANNYA KEPADA MEREKA jika MITI bersetuju untuk memeterai perjanjian tersebut dengan Amerika dan 9 negara lain. Kedengaran kini Jepun dan Korea juga ingin turut serta.

Di bawah ini, saya kepilkan sekali lagi kerisauan saya terhadap TPPA bagi para pembaca yang terlepas pandang. Jika sesiapa ingin membidas dengan tujuan meredakan kerisauan, saya persilakan. 

---------------------------------------------------------------------------- HAL TPPA --------------------------------------------------------

Perjanjian " Trans-Pacific Partnership Agreement " ( TPPA ) mungkin akan dimeterai pada October 2013 antara kerajaan Malaysia dan sekumpulan negara-negara lain - USA, Canada, Australia, New Zealand, Brunei, Chile, Peru, Mexico, Singapore dan Viet Nam. 

Ciri-ciri  TPPA :
1. Semua perbincangan dibuat secara RAHSIA dan semua TEKS perbincangan adalah RAHSIA. 
2. Ia akan TERUS MENJADI RAHSIA selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai.

Saya ulangi - kita hanya akan tahu RUPA & BENTUK perjanjian ini hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017 .. WALAUPUN TELAH DIMETERAI pada tahun 2013.

Aikkk ! Tak pelik ke? Pasal apa pulak nak sembunyi-sembunyi?

Nak buat sesuatu yang SANGAT BESAR KESANNYA pada RAKYAT dan NEGARA, tanpa mengambil kira pandangan RAKYAT. 

ADA 3 KESAN BESAR TTPA kepada kita semua, jika dimeterai :

1. Hampir 80% jenis ubat di klinik, farmasi dan hospital akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1,000% kali ganda harga sekarang . Ini kerana Malaysia tidak lagi boleh menggunakan ubat GENERIK. Wajib menggunakan ubat PATENTED ( orginal ). Rentetannya kos perubatan untuk semua pesakit meningkat dan perlu ditanggung oleh pesakit atau subsidi ditanggung kerajaan. Pada masa yang sama, bayaran PREMIUM POLISI INSURAN akan juga meningkat. 

2. Peruntukan Copyright kepada BAHAN-BAHAN RUJUKAN akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah di-digital-kan, yakni yang berada sekolah, universiti, kolej, pusat penyelidikan, Internet dan library, akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini bermakna semua bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa. Penguatkuasaan dan saman akan diperkuatkan. Ini akan menghadkan kemudahan ilmu kepada pengguna yang kurang kemampuan. 

3. Semua PELABUR ASING boleh saman KERAJAAN di mahkamah tribunal antarabangsa untuk gantirugi jika KERAJAAN mengambil tindakan mengazetkan undang-undang yang dilihat mengancam keuntungan mereka. PELABUR ASING juga bebas daripada semua bentuk PERUNDANGAN FEDERAL dan NEGERI. Ini termasuklah tindakan-tindakan KERAJAAN untuk melindungi kesihatan pengguna, tindakan yang meningkatkan kesedaran rakyat terhadap apa-apa jua dan tindakan melindungi alam sekitar. Perlu tahu bahawa HAKIM dan PETUGAS Mahkamah Tribunal Antarabangsa plihan TPPA adalah daripada kalangan lawyer SEKTOR SWASTA yang pro-investor. 

Contoh saman yang telah berlaku dan dimenangi oleh PELABUR ASING akibat perjanjian :
1. Kerajaan Kanada telah mengharamkan penggunaan MMT di dalam semua jenis minyak untuk kenderaan kerana bahan yang keluar dari eksos ini akan beredar dalam udara ini ditakuti memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Syarikat Multinasional Amerika ETHYL CORP, selaku pengeluar eksklusif MMT, telah menyaman kerajaan Kanada sebanyak C$350juta untuk bakal kerugian. Syarikat ini telah menggunakan KLAUSA  ARTIKEL 1110 dalam perjanjian NAFTA di dalam tribunal. Akibatnya kerajaan Kanada telah kalah dan membayar out-of-court sebanyak C$19.5juta kepada Ethyl Corp dan kerajaan Kanada wajib mengistiharkan bahawa MMT selamat untuk alam sekitar dan selamat untuk manusia. Artikel penuh : http://www.cela.ca/article/international-trade-agreements-commentary/how-canada-became-shill-ethyl-corp

NOTA : MMT ialah octane enhancer untuk minyak kenderaan. MMT telah diharamkan di California dan hampir semua wilayah di Pantai Timur Amerika. Hampir 85% pengeluar minyak di Amerika enggan menggunakan MMT kerana ada alterntif lebih selamat. Namun akibat PERJANJIAN, kerajaan KANADA terpaksa menghalalkannya seumur hidup.

2. Kerajaan Ecuador telah disaman sebanyak $US2.4 billion oleh Occidental Petroleum ( Oxy - syarikat minyak Amerika ) kerana telah terminate perjanjian pengeluaran minyak di kawasan Amazon Ecuador. Dalam kes ini, Oxy telah jelas memungkiri perjanjian dengan Kerajaan Ecuador kerana telah menjual sebahagian besar sahamnya kepada syarikat Kanada secara diam-diam. Kemungkiran ini menjadi jelas setelah diaudit pada tahun 2004, lalu kerajaan Ecuador mengambil tindakan untuk terminate perjanjian kerana menjejaskan hasil-mahsul kerajaan. Namun begitu, Oxy telah menggunakan perjanjian dua-hala BIT ( US-Ecuador Bilateral Investment Treaty ) dan membawa hal ini ke Tribunal Antarabangsa yang jelas pro-investor. Artikel penuh : http://citizen.typepad.com/eyesontrade/2012/10/tribunal-slams-ecuador-with-largest-investor-state-penalty-ever.html

NOTA : Syarikat Memungkiri Janji + Kerajaan Mengenakan Peruntukan Perjanjian = Kerajaan Pula Yang Terpaksa Membayar US$2.4billion kerana Tribunal anggapnya sebagai tidak adil. Bagi saya, formula ini cukup merepek kerana seolah-olah SYARIKAT PELABUR ASING lebih berkuasa dan meletak kedaulatan sesebuah kerajaan ditahap sangat rendah dan hina.

Bahagian  PERJANJIAN TPPA yang berbahaya untuk rakyat Malaysia

Bahagian yang paling berbahaya ialah Investment Chapter, Section B. Semua negara terlibat telah bersetuju dengannya tetapi Australia telah MENOLAKnya bulat-bulat. Provision ini seolah-olah memberi KEDAULATAN kepada mana-mana PELABUR dan SYARIKAT ASING membuat sesuka hati dan bebas daripada sebarang perundangan domestik negara yang dilaburnya. 2 contoh telah saya berikan di atas di mana PELABUR ASING TETAP menang jika mana-mana negara bertindak dalam perundangan domestik untuk menjaga keselamatan pengguna dan keselamatan pelaburan kerajaan.

Lihat kebimbangan Australia di sini yang dikeluhkan oleh Fair Trade Network di sana : http://www.citizen.org/documents/AFTINET-TPP-letter.pdf

Kerajaan Malaysia telah bersetuju dengan 11 klausa dari Chapter tersebut. Ini amat membimbang. Kalau Australia boleh menolak, kenapa kita tak boleh tolak? Baca lebih lanjut di sini http://ftamalaysia.org/article.php?aid=292

Lihat sendiri kebimbangan rakyat New Zealand dengan TTPA di sini http://www.scoop.co.nz/stories/PO1212/S00273/tppa-will-remove-consumer-rights.htm dan mereka sedang menekan kerajaan untuk lebih telus disini http://www.itsourfuture.org.nz/what-is-the-tppa/

Hantu paling besar dalam perjanjian TPPA ialah syarikat Farmasi Antarabangsa.

Lihat bagaimana Vietnam terpaksa tukar perundangan mereka kerana TPPA : http://www.citizen.org/tppa-vietnam-summary dan akibatnya akan meningkatkan KOS PERUBATAN untuk rakyat.

Dan ini ialah Press Release oleh Persatuan-Persatuan Perubatan  dan Kesihatan di Malaysia yang menyatakan kebimbangan mereka mengenai TPPA : http://www.citizen.org/documents/Joint-Statement-Against-TPPA-Access-to-Medicines.pdf

Pandangan saya

Jangan lalai dan leka dok melayan permainan kaum politik BN dan PR. Sambil kita semua sibuk dok bergaduh sesama sendiri pasal politik, negara kita terjual dan tergadai oleh mereka.

Dah lah kita terkodong dari Pulau Batu Putih, ini pula meletak risiko TPPA terhadap kedaulatan negara dan menjejaskan kehidupan rakyat Malaysia. 

Rakyat miskin akan jadi semakin miskin, yang kaya akan bertambah-tambah kaya. Akibatnya 1% akan mengawal 99% kekayaan Malaysia. Hasilnya kita akan harungi kesusahan sepertimana yang diharungi oleh rakyat negara-negara lain.

Sila perihatin terhadap hak generasi akan datang - iaitu anak-anak dan cucu-cucu kita. Mereka memerlukan tindakan kita yang waras dan tegas terhadap TPPA ini. Mereka akan mengenang usaha kita yang ikhlas dan kita mendapat pahala yang berterusan.

Buat permulaan, tingkatkan pengetahuan kita supaya bijak memilih dan membuat keputusan. Bacalah link-link yang telah saya unjurkan dalam artikel ini dan juga di sini : http://ftamalaysia.org

Semoga pembaca mendapat manfaat dunia dan akhirat. Ambil tindakan yang waras dan tegas.
 
---------------------------------------------------------------------------------

{ Pencegahan Penagihanhttp://www.pengasih.org

{ Doa-doa Pendekhttp://www.MalaysiaKu.com

---------------------------------------------------------------------------------

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment