Tuesday, March 26, 2013

Re: RG2011... Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar

 

anwar telah dihadapkan ke mahkamah..sedangkan najib enggan disepina...kes bunuh altantuya.
so cmne??? kalau nk adil hadapkan kedua2nya ke mahkamah atas kes masing2...baru kita rkayat buat penilaian...setakat najib angakat sumpah laknat tanpa mahu dibawa kemahkamah..umno tak pertikaikan..tapi anwar enggan angkat sumpah dan mahu dibicarakan dimahkamah dipertikaikan pulak... 


From: sharifah hamidah <sharidah78@yahoo.com>
To: "respeks_group@yahoogroups.com" <respeks_group@yahoogroups.com>
Sent: Sunday, March 24, 2013 10:03 PM
Subject: Re: RG2011... Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar

 
Sy rasa dlm serang menyerang peribadi sama aje....pehak pembangkang pun menyerang PM dan isteri nya secara peribadi juga....sama aje...jadi pandai2 lah kita sebagai rakyat membuat pilihan...
 
Menuduh berzina dan membunuh ada lah satu dosa yg berat...kenapa kita bleh percaya PM membunuh sedangkan kita tolak Anwar sebagai peliwat di sini lah kita ambil sikap menyebelahi seseorg....sebagai rakyat we have to be fair for both sides dan nilaikan sendiri serta buat keputusan semasa mengundi.......

From: xstream <pejal71@gmail.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, March 19, 2013 5:06 AM
Subject: Re: RG2011... Nik Aziz: Mereka belum puas 'cincang' Anwar
 
bro "kalau" dan "kalau" ini cara salah dalam menaakul kejadian...jangan ingat ada versi lain dalam kehidupan kita..Allah tetapkan kejadian ada hikmahnya..dan hikmah itulah yg perlu diperhati dan dibincang..bukan "kalau"..itu cuba menidakkan takdir..kita tidak menentang peribadi..kita menentang UMNO..UMNO itu ada masalah..TGNA dari dulu dan PAS dari dulu pun menentang UMNO yang mengamalkan politik suku dan agama suku...semasa DSAI dalam UMNO beliau masuk sebab nak bersihkan UMNO...tapi tahi dalam tong tidak akan bersih sekiranya kita masuk tong dan cuci dari dalam..DSAI dah sedar anda bila lagi??

2013/3/19 Hilmi_Budiman <hillmayms@gmail.com>
 
cuba kalau anuar tak kena pecat dr umno...masih puaskah nik aziz dan PAS mencerca dia? smpai front page haramkah kata mengundi anuar adalah menempah bala (tak percaya rujuk balik haramkah lama)

2013/3/17 roslan mohd <mohroslan@gmail.com>
 

3:35PM Mac 17 2013  
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata gambar kontroversi mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat diedarkan di kalangan blog penyokong Umno merupakan cubaan untuk menyerang peribadi dan mengaibkan ketua pembangkang itu.

"Mereka belum puas cincang Anwar. Kita orang politik ini sepatutnya kena lawan hujah bukan peribadi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Akhbar yang sama turut menampilkan ulasan Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Talha yang menyifatkan gambar itu sebagai taktik yang diketahui umum kerana kerap digunakan menjelang pilihan raya.

"Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggung jawab) buat selalu (perkara begini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.

"Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri," kata ADUN Taman Medan itu seperti dipetik Sinar Harian.

Sementara itu ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dalam laporan sama berkata beliau sudah menjangka serangan terhadap Anwar itu akan dilakukan pihak tidak bertanggung jawab menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita Pakatan tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

"Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan NGO yang tidak memihak kepada Pakatan untuk menyerang beliau antaranya isu Liwat I dan Liwat II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita," katanya.

Anwar semalam menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam gambar yang diolah sebagai video tersebut.
"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya.
 
-- Xstream-BOP


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (7)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment