"Penentang Mursi itulah golongan Khawarij" - Syeikh Yusuf Qaradhawi
Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qaradhawi berkata; "Presiden Mesir yang sah ialah Dr Muhammad Mursi kerana dipilih berdasarkan suara majoriti rakyat dan golongan Khawarij ialah mereka yang keluar menentang Mursi".
Dalam program "Syariat dan Kehidupan" melalui TV Al-Jazeera kelmarin, beliau turut mengkritik pandangan bekas Mufti Mesir Dr. Ali Juma'ah yang sebelum ini mendakwa Ikhwan Muslimin sebagai Khawarij sedangkan menurut Syeikh Qaradhawi sesiapa yang keluar menentang pemimpin yang dipilih oleh rakyat maka dia dikira sebagai Khawarij.
Beliau juga menasihati bekas Mufti Mesir itu yang disifatkan oleh Syeikh Qaradhawi sebagai "bukan Mufti tetapi hamba pemerintah dan polis" agar dituju fatwanya itu kepada Menteri Pertahanan Abdul Fattah As-Sisi kerana Sisi telah bersumpah dengan nama Allah akan mentaati Presiden pilihan rakyat namun malangnya dia melanggar sumpah itu.
Sementara itu, seorang Anggota Haiah Kibar Ulama' Al-Azhar, Dr. Mohammed 'Imarah dalam panggilan telefon dalam rancangan yang sama turut mengkritik fatwa yang membenarkan tentera membunuh mereka yang menentangnya. Dr.'Imarah yang juga seorang tokoh pemikir Islam berkata, fatwa sebegini diragui niat pemberi fatwa yang sebenar dan pandangan mereka amat bahaya.
Apa lagi si Ulama UMNO nak kata?
Sumber: Ikhwanonline
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment