BUKTI POLIS SERIUS BANTERAS KEGIATAN JENAYAH : DEDAH SENARAI KONGSI GELAP
Kementerian Dalam Negeri akan mendedahkan kesemua nama kumpulan kongsi gelap di Negara ini termasuk jenis jenayah yang dilakukan bagi membolehkan masyarakat menilai setiap pertubuhan yang disertai.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkat tersebut bertujuan membuktikan keseriusan polis dalam membanteras kumpulan kongsi gelap yang dipercayai memonopoli kegiatan jenayah di Negara ini.
Beliau berkata, kementerian kini dalam proses melakukan pewartaan terhadap nama-nama pertubuhan kongsi gelap dan meminta masyarakat terus memberi kerjasama kepada polis bagi membantu siasatan.
30 AHLI KONGSI GELAP DITAHAN
Seramai 30 individu berbahaya yang juga ahli kongsi gelap antara 1,911 individu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman melalui (Op Cantas) dalam tempoh 23 hingga 25 Ogos lalu.
Mereka berusia 25 hingga awal 30-an ditahan dalam beberapa siri serbuan di Pulau Pinang, Perak, dan Negeri Sembilan berdasarkan maklumat dan risikan dilakukan pasukan khas JSJN di peringkat kontinjen dan daerah.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuah sepanjang Op Cantas, pihaknya bukan saja merampas pelbagai jenis dadah, malah turut Berjaya menemui peluru dan bom tangan digunakan individu terbabit.

REMAJA DITAHAN DALAM OP CANTAS BANTU KES BUNUH
Seorang remaja berusia 19 tahun antara tiga ditahan polis bagi membantu siasatan kes tembak dan tetak hingga mati seorang pesara tentera di sebuah warung di Kampung Kemasin, Bachok, 15 Februari lalu.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, remaja 19 tahun dan dua lagi rakannya yang berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan pada Op Cantas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, jam 5.45 pagi semalam.
Katanya, suspek berusia 19 tahun itu adalah suspek kedua diburu polis berhubung kejadian bunuh di kampong berkenaan.
"Ketika serbuan, mereka sedang lena tidur dan ketiga-tiganya kini ditahan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika siding media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini semalam.

POLIS TERENGGANU KENAL PASTI SUSPEK KES TEMBAK PEMILIK NASI KUKUS
Kuala Terengganu, 26 ogos - Polis Terengganu telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes tembak seorang pemilik restoran nasi kukus di Dungun baru-baru ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya percaya lebih dari seorang suspek terlibat dalam kes rompak dan bunuh itu.
Katanya kejadian itu dipercayai dilakukan oleh orang tempatan namun siasatan lanjut masih diteruskan.
"Kini gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya pihaknya juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian 13 Ogos itu di mana seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya.
Mohamad Lutpi Mansor, 50, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu pada pukul 7.30 pagi.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di Bandar Dungun.
Kenderaan pacuan empat roda milik mangsa bersama beg duitnya turut dilaporkan hilang.

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment