MARI KUMPUL HARTANAH DENGAN RUMAH LELONG.
Cara mudah untuk beli rumah ketahui rahsianya....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----- Forwarded Message -----
From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, September 20, 2013 10:46 AM
Subject: RG2011... Seorang Gadis Bernama Bar'ah
From: "Hashim, Fasriana" <fasriana_hashim@apl.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Friday, September 20, 2013 10:46 AM
Subject: RG2011... Seorang Gadis Bernama Bar'ah
Kisah benar seorang gadis yatim piatu diserang kanser pada berusia 10 tahun, moga ia sabar hadapi ujian hidup, moga daku mampu menahan air mata dari terus mengalir...
Bar'ah – itulah nama gadis yang malang itu. Ibubapanya merupakan doktor yang berjaya dan mereka telah berpindah ke Arab Saudi demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Pada usia 10, Bar'ah sudah boleh menghafal seluruh Al-Quran dengan tajweed. Ber'ah seorang murid yang sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia terlalu hebat untuk kanak-kanak seusianya.
Keluarga Ba'rah kecil dan Islam dijadikan amalan utama dalam kehidupan. Suatu hari ibunya mengadu sakit kuat di bahagian perut, setelah beberapa kali diperiksa hasilnya mendapati ibu Bar'ah menderita kanser, dan kanser ini sudah di tahap kronik.
Ibu Bar'ah cuba bersenyum dan untuk memberitahu puterinya. Ibunya bimbang, terutama sekali apabila dia terbangun suatu hari anak kecilnya tidak lagi ditemani ibu di sampingnya.
"Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan kamu, tapi ibu mahu kamu selalu membaca Al- Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak," kata ibunya kepada Bar'ah.
Gadis kecil itu tidak benar-benar mengerti apa yang ibunya cuba sampaikan. Tapi Bar'ah mulai perasan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dimasukkan hospital untuk waktu yang lama.
Setiap hari setelah habis persekolahan, gadis ini akan menjenguk ibunya, dia akan membaca al-Quran sampai malam sehingga ayahnya datang untuk membawanya pulang ke rumah.
Suatu hari, pihak hospital memberitahu ayah Bar'ah bahwa keadaan isterinya itu sangat tenat dan ia perlu datang secepat mungkin. Dalam kerisauan dan bergenang air mata, ayah Bar'ah bergegas menjemput Bar`ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan, ayah Bar'ah mendoakan agar Allah memberikan lebih banyak masa dan jangan memisahkan keluarganya.
Ketika mereka tiba di depan hospital, ayah Bar'ah memintanya untuk tunggu sekejap dalam kereta, supaya anaknya tidak terkejut kemungkinan ibunya meninggal dunia.
Ayah keluar dari kereta, dengan mata merah bercucuran air mata... dia lari secepat hati menyeberangi jalan untuk masuk hospital untuk menjenguk isterinya buat kali terakhir.
Tiba-tiba ketika itu, muncul sebuah kenderaan meluncur laju merempuh ayah Bar'ah. Ayah Bar'ah meninggal di tempat kejadian di hadapan mata puterinya itu.
Tiada siapa yang boleh bayangkan keperitan tangisan gadis kecil Bar'ah pada saat itu. Ibunya koma, ayahnya sudah terlebih dahulu berjumpa Ilahi.
Kisah menyayatkan Bar`ah belum selesai… berita kematian ayahnya cuba disembunyikan dari pengetahuan ibu Bar'ah yang masih koma.
Namun setelah lima hari kematian si ayah, ibu Bar'ah meninggal dunia. Kini gadis kecil Bar'ah ini bersendirian tanpa kedua orang tuanya.
Teman-teman ibubapa Bar'ah memutuskan untuk mencarikan saudaranya di Mesir.
Tak berapa lama tinggal di Mesir, gadis kecil Bar`ah mulai mengalami mimpi mirip dengan ibunya lantas dibawa pakar untuk diperiksa. Setelah beberapa kali menjalani ujian, didapati Bar'ah juga mengidap kanser…
Sungguh mengejutkan dan tiada boleh terkata-kata tatkala ia diberitakan gadis yang cukup malang ini menderita kanser.
Namun bagi Bar'ah, dia berasa lain dan masih bersenyum. Dengan ringan lidah Bar'ah berkata: "Alhamdulillah, sekarang saya akan bertemu dengan kedua orang tua saya."
Semua teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi, namun dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah.
Ramai orang mulai mendapat berita tentang Bar`ah sehingga pihak kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya segala pembiayaan perubatannya. Bar'ah dihantar ke satu pusat perubatan di Eropah untuk mengubati penyakit ini.
Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz – The Pelindung) dapat berhubung dengan gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh Bar'ah.
Hari demi hari dan penyakit kanser mulai menyebar di seluruh tubuhnya, para doktor dengan amat berat hati terpaksa memutuskan untuk memotong kaki kecil gadis ini. Namun, ia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya.
Tapi beberapa hari setelah operasi pembedahan kakinya, keadaan Bar'ah tidak bertambah baik. Kanser di badannya semakin tersebar sehingga ke otaknya, lalu doktor memutuskan untuk melakukan operasi pembedahan otak....
Lihat video ini sebagai rujukan:
Sekadar perkongsian kerana cerita ini sangat menyentuh hati.
Senyum untuk Bar'ah dan ketabahannya menerima apa yang ditetapkan Allah baginya.
- Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (2) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment