Thursday, September 26, 2013

RG2011... Fw: Suami dimakan oleh 2 rakan sendiri

 

Suami Dimakan Oleh 2 Rakan Sendiri

Moscow: Isteri seorang nelayan warga Russia yang hilang di Siberia mendakwa mempunyai bukti menunjukkan suaminya dibunuh dan dimakan dua temannya.Rangka Andrei Kurochkin ditemui di dalam hutan Siberia dengan kesan dan menurut balunya, Olga, bedah siasat menunjukkan dia memang dimakan dua rakannya seperti yang dipercayai selama ini.
Dua nelayan dituduh membawa mayat suaminya semalaman melalui hutan dilitupi salji, memakan daging mangsa hingga tiada apa lagi yang tinggal selepas kenderaan mereka rosak.Kedua-dua kanibal terbabit, Alexei Gorulenko, 35, dan Alexander Abdullaev, 37, masih bebas walaupun seorang daripada mereka mengaku memakan daging teman nelayannya itu sebelum menarik balik pengakuan berkenaan.
Lelaki keempat dalam kumpulan itu masih hilang, dikhuatiri sudah mati.Bercakap kepada tabloid Komsomolskaya Pravda, Olga berkata: "Saya mempunyai salinan laporan bedah siasat. Ia mengatakan Andrei dibunuh, tubuhnya dikerat sebelum dimakan.
"Punca kematian jelas sekali bukan disebabkan hiportemia atau kelelahan."Menurut Olga, bedah siasat mendedahkan suaminya cedera di kepala akibat diserang dengan pisau, menunjukkan dakwaan Gorulenko dan Abdullaev bahawa rakan mereka mati kerana kesejukan tidak benar.
Kedua-duanya ditemui pada 29 November tahun lalu dalam keadaan kurus kering selepas empat sekawan itu menjalani ekspedisi ke timur Russia pada Ogos tahun sama.Gorulenko dan Abdullaev berkata, mereka terpisah daripada dua rakan yang lain. – Agensi / Gambar Hiasan

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment