Bantulah Dia - Ulang alik dua kali sebulan
kedahlanie.info
Keadaan hidung Firdaus selepas pembedahan pertama dilakukan.
ALOR SETAR - "Setiap dua kali sebulan, saya dan Firdaus berulang-alik dari Alor Setar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, di Selangor untuk menjalani pemeriksaan ketumbuhan dihadapinya," demikian luah Rohani Ahmad, 52.
Rohani berkata, tahap kesihatan anak lelakinya, Mohd Firdaus Che Saad, 27, dilihat semakin baik, malah dia dibenarkan pulang ke rumah mereka di Lorong Pauh, di sini selepas menjalani pembedahan pertamanya pada 28 Mei lalu.
"Bagaimanapun, sejak pembedahan pertama itu berjalan baik, kami berdua perlu ke sana semula untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan berikutan Firdaus dijangkakan perlu menjalani pembedahan kedua demi memulihkan wajahnya.
"Malah, kini kami berdua sudah beberapa kali berulang-alik antara dua kawasan ini. Kami juga akan bergerak ke sana pada 30 September nanti berikutan Firdaus dikatakan perlu menjalani pemeriksaan susulan lagi keesokan harinya," katanya.
Katanya, mereka memerlukan perbelanjaan terutamanya dari segi kos pengangkutan dan makanan sebanyak RM200 setiap kali pergi dan balik dari hospital berkenaan, sedangkan pendapatannya sebagai pembantu rumah hanya RM400 sebulan.
Menurutnya, mereka berdua memerlukan kos pengangkutan kira-kira RM80 seorang untuk tiket bas pergi dan balik, manakala sekitar RM30 untuk teksi, malah ia belum dicampur lagi dengan perbelanjaan makan minum semasa di sana nanti.
Bagaimanapun, katanya, pendapatan bulanan diperoleh untuk menampung keperluan hidup mereka sekeluarga tidak menentu, sebaliknya ia bergantung kepada permintaan daripada masyarakat setempat terhadap perkhidmatannya.
Katanya, walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, namun dirinya masih tidak berkemampuan untuk menanggung segala kos sara hidup berkenaan seorang diri berikutan kebanyakan anaknya masih belajar.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penderitaan seorang anak muda yang mengalami ketumbuhan bersaiz tiga sentimeter (cm) di hidungnya sehingga memaksa dirinya berhenti kerja disebabkan tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Malahan, ketumbuhan dialami Firdaus telah mengakibatkan seluruh kehidupan sehariannya terjejas disebabkan matanya mulai kabur, pergerakannya terbatas dan sukar bernafas hingga menimbulkan kebimbangan terhadap seluruh ahli keluarganya.
Sementara, Firdaus sentiasa mengharapkan dirinya pulih semula dengan segera supaya dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala dan kembali bekerja mencari rezeki untuk meringankan beban ibunya.
Justeru, orang ramai yang ingin meringankan kesulitan dialami Firdaus boleh membantu m dengan menghubunginya talian 019-523 9792 atau menyalurkan sumbangan melalui akaun CIMB Bank bernombor 0205-0129-8485-29 (Rohani Ahmad).

__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment