Wednesday, September 25, 2013

RG2011... Re: [Al-Annsar] Projek '1 Malaysia Spiritual Tourism'

وعليكم السلام
Secara peribadi saya xsetuju tu... jika dilihat pada zaman skrg ramai anak melayu kita hilang arah ttg agama...kita tkut generasi akan dtg sudah tidak kenal agama Islam dan menyamakan semua agama adalah sama je....apabila ini berlaku ramai secara tdk lgsung kita dh jatuh murtad...dan secara tdk langsung juga runtuhnya akhlak....
Saya baru je blik dari pulau redang....alamak dasyatnya pelancong yg ke sana...ingtkan cina or org puteh..rupa2nya org melayu kita..mgkin melayu bukan Islam kot..itu saya xpasti la sbb just berbaju tp berseluar dalam aje...naik boat dari jeti cantik bertudung berbaju kurung tp dh sapai d sana m'galahkan org barat....itu lah jika kemodenan tanpa kerohanian berlaku...
والله أعلم





Sent from Samsung Galaxy Note

tok_busu <azidusop@gmail.com> wrote:
 

Assalamualaikom.
Buat sahabat2 se Islam. Apa komen anda semua berkenaan projek ini yang akan dilaksanakan di Gambang, Pahang dan dijangka siap pada tahun 2016. Malah projek ini mendapat sokongan dari Kerajaan Malaysia dan restu dari PM dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 3 Jun 2012. Apa yang amat membimbangkan adalah akan berkembangnya lagi amalan kufur di Malaysia termasuk Syiah dan juga kerajaan langit ayah Pin.

Allahu'alam.

Imej dalam baris 1
KUALA LUMPUR, 23 Sept – Satu projek pelancongan bernilai 10 bilion ringgit bakal dilaksanakan oleh syarikat Enchant Acres Sdn Bhd di Bukit Gambang, Pahang.

Projek yang dinamakan '1 Malaysia Spiritual Tourism' ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar mengatasi keluasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang luasnya 493 ekar.

Dalam sebuah video, Pengerusi MMEC Global KB Tan berkata, projek bertemakan pelancongan keagamaan (spiritual tourism) ini mahu menonjolkan Malaysia sebagai sebuah negara yang multi-nasional dengan pelbagai agama, masyarakat, budaya yang hidup dalam keamanan, keharmonian dan perpaduan.

Katanya lagi, projek pelancongan ini bukanlah suatu perkara baru kerana sebelum ini konsep 'spiritual tourism' telah digunakan di beberapa tempat pelancongan seperti Kek Lok Si dan Sleeping Buddha di Pulau Pinang, Sam Po Thong Cave dan Perak Tong di Perak, Tian Hou Kong di Kuala Lumpur dan Batu Caves di Selangor.

Projek ini telah disokong sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Tourism Malaysia dengan objektif untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Selain itu, projek ini akan memberi faedah kepada negeri Pahang apabila ramai pelancong asing akan melawat negeri itu apabila projek ini siap kelak.

Fasa pertama projek ini dijangka siap pada tahun 2016.

Projek ini akan dibangunkan kepada 2 zon utama yang mana satu resort akan ditubuhkan dengan persekitaran agama dan budaya yang dinamakan sebagai Ao Mi Sha.

Di zon ini akan dikumpulkan semua agama seperti Kuan Yin, Buddha Alam, Hindu, Sikh, Sai Baba, Taoisme, I- Kuan Tao, Confucianisme dan Kristian.

Disebabkan kawasannya terlalu luas, para pengunjung akan mengambil masa selama 3 hingga 5 hari untuk melawat semua zon. Oleh itu, sebuah hotel terbesar di dunia yang menempatkan 40 ribu katil akan dibina.

Selain itu, ruangan rekreasi dan komersil juga telah dirancang antaranya resort, pusat peranginan, restoran, pusat perniagaan, kelab, pusat-pusat hiburan, taman, kolej universiti, sekolah antarabangsa dan pusat pembelajaran.

Imej dalam baris 2

Sumber:

Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diikuti pada pautan berikut:




>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<
Lawati : http://jaringansihat.blogspot.com/  : Solusi Masalah Kesihatan Anda
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram." (Hadis Riwayat Abu Daud)
>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<
<<Radio dalam Talian>>

"Demi Masa!. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr)
####################################

No comments:

Post a Comment