Thursday, September 26, 2013

RG2011... Fw: Bekas MB Kedah, Azizan Razak meninggal dunia

 



Ustaz Azizan dalam kenangan

telokbakong.blogspot.
wargamarhaen.blogspot.
 
Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.

ALOR STAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan bin Abdul Razak , 69, meninggal dunia pada jam 11:15 pagi hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.

Beliau menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008 selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pada 1 Jun 2013 beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.
Ustaz Azizan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Beliau pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966.

Fasih bahasa Filipina

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 beliau bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) selama lima penggal mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain. Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pernah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.

Menafikan

Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat.
"Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri.
 
Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti," katanya.

Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya.Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi BN sendiri tidak menguatkuasakannya .

13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.

Pembedahan

Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air .Pada 5 Oktober 2010,Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.
Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.[Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.

Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan MRI(pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula

Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.

Kekalahan kerajaan PAS Kedah pada pilihanraya umum lalu dikatakan kerana perebutan kuasa di antara golongan ulama, Ustaz Azizan dan golongan profesional, Amiruddin Hamzah untuk menjadi Menteri Besar. BN Kedah berjaya mengekpolitasi isu ini dan berjaya menumbangkan kerajaan PAS.

Pada 5 Mei lalu Ustaz Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi mengalahkan calon BN, Mohd Fadzillah Mohd Ali dan dua calon Bebas, Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad.

Ustaz Azizan mendapat 13,294 undi manakala Mohd Fadzillah memungut 1,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri mendapat 84 undi.
Dengan kematian Ustaz Azizan, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Alfatihah buat beliau.
 

 

Airmataku Menitis Lagi: Jenazah TS Ustaz Azizan Disembahyangkan Ribuan Manusia Dengan Diimamkan Anak Sendiri... Jom Saksikan!!!

telokbakong.blogspot.
sedakasejahtera.blogspot



Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah jam 11:10 pagi tadi merupakan perkhabaran sedih buat dunia politik tanah air.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, arena politik negara kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.



"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Sementara menurut ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Azizan.

"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.



Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut  mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.

"Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.

"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.

"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," katanya.




Pemimpin Pas yang kami ditemui di Parlimen turut mengungkapkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham.

"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami dikalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," kata ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, berita pemergian Azizan merupakan suatu khabar yang amat menyedihkan.

"Berita ini amat menyedihkan bagi kami.

"Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.


Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah turut merakamkan ucapan takziah keluarga Azizan.

"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini.

"Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri kedah, katanya.


Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, petang ini.

Innalillah...


***********************

Dalam kenangan

Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.

Beliau menjadi Menteri Besar pada 9 Mac 2008 selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pada 1 Jun 2013 beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri. Beliau adalah satu-satunya pemimpin PAS yang menerima gelaran Tan Sri.

Ustaz Azizan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Beliau pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Fasih bahasa Filipina

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 beliau bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) selama lima penggal mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain. Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pernah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.

Menafikan

Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat.

"Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri. Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti," katanya.

Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya.Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi BN sendiri tidak menguatkuasakannya .

13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.

Pembedahan

Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air .Pada 5 Oktober 2010,Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.

Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.[Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.

Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan MRI(pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.

Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.

Kekalahan kerajaan PAS Kedah pada pilihanraya umum lalu dikatakan kerana perebutan kuasa di antara golongan ulama, Ustaz Azizan dan golongan profesional, Amiruddin Hamzah untuk menjadi Menteri Besar. BN Kedah berjaya mengekpolitasi isu ini dan berjaya menumbangkan kerajaan PAS.

Pada 5 Mei lalu Ustaz Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi mengalahkan calon BN, Mohd Fadzillah Mohd Ali dan dua calon Bebas, Abdullah Hashim dan Sobri Ahmad.

Ustaz Azizan mendapat 13,294 undi manakala Mohd Fadzillah memungut 10,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri mendapat 84 undi.

Dengan kematian Ustaz Azizan, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Alfatihah buat beliau.
-FMT

 

Bekas MB Kedah, Azizan Razak meninggal dunia

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid mengesahkan kematian Azizan kepada The Malaysian Insider pagi ini.

"Ye, Ustaz sudah meninggal kira-kira lima minit lalu di hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di Kompleks PAS kedah, Pokok Sena dan akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum selepas solat Asar nanti.

Sejak dua hari lalu, Azizan berada dalam keadaan kritikal apabila kadang-kadang jantungnya berhenti berfungsi dan terpaksa digunakan alat bantuan untuk berfungsi semula.

Pada 9 Mei lalu, selepas pilihan raya umum ke -13, Azizan menjalani pembedahan untuk memotong untuk kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang akibat kencing manis.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 4 Ogos selepas keadaannya agak stabil.

Azizan meninggalkan dua isteri iaitu Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta lapan anak.

Azizan sebelum ini adalah Pesuruhjaya PAS Kedah sebelum diambil alih oleh Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 9 Mac 2008 selepas PAS dan rakannya dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP menang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Namun kerajaan Kedah yang dipimpinnya tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu apabila BN berjaya menang dengan majoriti di DUN Kedah.

Dua hari selepas itu, Azizan dimasukkan ke hospital dan menjalankan pembedahan pada kakinya.

Pada PRU13, Azizan menang di kerusi DUN Sungai Limau menewaskan calon BN, Mohd Fazilah Mohd Ali dan dua calon bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Sebelum menyertai politik sepenuh masa, Azizan adalah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perundangan Islam dan beliau pernah menjadi pensyarah pelawat di sebuah universiti di Filipina.

Ketika masih bertugas dengan UKM, Azizan pernah menjadi wakil PAS dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN) dan menghasilkan satu kertas dasar yang penting untuk badan perunding yang dibentuk kerajaan pada 1989.

Sejak itu nama beliau mula bersinar dalam PAS. Azizan kemudiannya menyertai Lembaga Pengarah Harakah, organisasi media PAS dan seterusnya menjadi Pengarah Urusan Harakah bagi menggantikan rakannya, Dr Sanusi Daeng Mariok yang menang pilihan raya umum 1990 di kerusi Parlimen Rantau Panjang.

Azizan melepaskan jawatan itu pada tahun 1995 apabila menjadi wakil rakyat selepas menyertai pilihan raya umum pada tahun itu dan menang.

Azizan terus menjadi Adun apabila menang lagi pada tahun 1999 dan juga 2004 dan seterusnya menang lagi pada pilihan raya umum 2008 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar.

Comments

  • Amely  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • ineza  • 
    Semoga rohnya dirahmati ALLAH dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN.
  • Mohd aris talib  • 
    TakZiah untuk keluarga dan fatiah
  • Dean Hashim abas  • 
    Bismillah. Inna lillahi wa inna ilahairojiun, " Daraipada ALLAH kita dating, kepadanya kita kembali".
  • miss  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ - orang baik Tuhan sayang...
  • Farid  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • noorhasna  • 
    INNALILLA HIWA IN'NAA ILAIHERAA JIUUN.....Surely he would be living in the Paradise of Allah, In Islam those muslimin muslimat with good deeds if the death falls on Thursday or Friday they will surely enter the Jannah (Paradise).
  • rosmi  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh...amin
  • Dean Hashim abas  • 
    Innalillahi wainna ilaihi rojiun, semoga ALLAH mengampunkan dosa almarhum sepanjang memegang amanah memimpin negeri Kedah. Almarhum juga telah menunjukkan bahawa pemimpin Islam dari jamaah Islam mempunyai keupayaan memimpin, mengutarakan konsep, membuat perancangan, mengesahkan perlaksanaan dan... More
  • Mohd  • 
    TakZiah bt seluruh keluarga...
    Semoga ditempatkan bersama2
    dgn org yg soleh.. Al-Fatihah
  • Dr Sam  • 
    semoga Allah SWT mncucuri Rahmat n meletakkan Roh nya bersama para syuhada dan para pejuang yg solleh..Al Fatihah
  • ^^NURHAFIDZAH^^  • 
    SEMOGA arwah ustaz ditempatkan dikalangan org yg beriman...InsyaAllah perjuangan ustaz akan kami teruskan...
  • Wrp  • 
    Al-Fatiha..
  •  
    A Yahoo User  • 
    Takziah kepada ahli keluarga Ustaz Azizan..seorang tokoh yang saya sanjungi..AlFatihah..
  • desertstorms  • 
    kerana engkau la ya allah kami hidup dan kpd engkau lami kembali..takziah utk family ustaz.
  • Math  • 
    machai is so fuhktard. kes2 mcm ni pun boleh kait ke chin peng, nik aziz
    Al-Fatihah buat arwah. semoga semua amal diterima Allah, segala dosa diampunkan.
  • Mohd Zamri  • 
    salam takziah,Al-Fatihah.....
  • Teropang  • 
    Moga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas rohnya..marilah kita bersama mengiringi doa tanpa mengira fahaman politik demi saudara sesama Islam....Al-Fatiha...
  • Tun  • 
    Inna lillahi wa inna ilahairojiun, " Daripada ALLAH kita datang, kepadanya kita kembali".
  • vayu  • 
    Rest in Peace
  • Eity  • 
    Innalillahi wainna ilaihi rojiun......
  • Haji Bakhil  • 
    Alfatihah, mudahan Allah mencucuri rahmat keatasnya.
  • Rajaiskandar Rajaabdhamid  • 
    alfatiha untuk arwah ustaz razak,antara pemimpin ulamak yang benar2 ulamak dalam pas,semoga ruh beliau ditempatkan yang terbaik........
  • Broederheid  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • Sitiawan  • 
    ரோந்து செலவு 10% அதிகம் after BN வெற்றி GE13
  • Jejai  • 
    Takziah kepada keluarga arwah, semoga rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang beriman, amin
  • Waramatulahi  • 
    Takziah. Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Hidup PAS ! Hidup Pakatan Rakyat !
  • Mohd ali Rahman  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • Nadzrie  • 
    Innalillahi wainnalillahirajiun......Tidak kira siapa beliau, fahaman politik yang berlawanan atau beliau pernah bertikam lidah dengan kita sekalipun.. Allah lebih menyayangi beliau dan ntah sekejap lagi, esok atau hari-hari mendatang giliran kita pula dijemput Illahi. Somoga beliau tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman! InsyaAllah...
  • NiMA  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ semoga rohnya berada dikalangan orang2 yg beriman !!!!!
  • Jebat Melinium  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • whatsay-you2  • 
    dari Allah kita datang kepadaNya juga kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa.
  • F. S. A  • 
    AL- FATIHAH buat beliau.semoga roh beliau dicucuri rahmat..
  • Jebat Melinium  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    Semoga rohnya dirahmati ALLAH dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. AMIN. TakZiah untuk keluarga dan fatiah. Bismillah. Inna lillahi wa inna ilahairojiun, " Daraipada ALLAH kita datang, kepadanya kita kembali". Orang baik Tuhan sayang...
    ...
    More
  • Saad  • 
    Semoga ditempatkan digolongan orang yg beriman
  • minelia  • 
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  • Nur  • 
    al fatihah....Takziah untuk keluarga Ustaz.. kita dah kehilangan seorang lagi ustaz dan XMB kedah. takziah dari saya .. al fatihah skali lagi.
  • Run Amok  • 
    Al Fatihah dan takziah, semoga beliau mendapat keampunan dan rohnya dicucuri rahmat.

    Allahumma firlahum wa a'fihim wa'fua'nhum.
  • MOHD FAUZI  • 
    orang Umno yang mengata dia sempat tak minta maaf kepadanya? dan arwah yang pernah mengata orang lain sempat tak mintak maaf kepada orang yang dia kata dulu ? Wallahu'alam, sebaik-baiknya bermaaf-maafan sebelum ajal menjelang...... akhirat nanti dituntut kelak. Al-fatihah buatnya, akhirnya kepadaNyalah tempat kita kembali, bertaubat sebelum terlambat.
  • huzer  • 
    Innalillah.. semoga rohnya ditempatkan di tmpt org2 yg beriman... alfatihah
  • A Yahoo User  • 
    إ ِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
  •  
    ijol  • 
    AL_Fatihah.....Walaupun berbeza fahaman politik, sebagai rakyat malaysia yang beragama islam dan sebangsa, dgn ini saya mendoakan Roh beliau di tempatkan di kalangan2 orang yg beriman..dan di masuk kan ke syurga..Amin ya rabbal alamin.. semoga keluarga Arwah tabah dan meneruskan kehidupan..
  • 6 years old  • 
    Al Fatihah
  • abdrahman  • 
    Al fatihah untuk aruah Ustaz Azizan
  • yus  • 
    Semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh....
  • Syahid  • 
    Al-Fatihah..
  • maman  • 
    Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.
  • Truth  • 
    RIP, MB Kedah yg iman dan dihormati.
  • Awang  • 
    Ya Allah tempatkanlah roh beliau bersama solihinn, semoga semua ahli keluarga, rakan taulan dan semuanya bersabar dan redha dengan ketentuan Azzawajalla. AMIN.
  • Mohamad Faisal  • 
    Semoga roh dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang2 soleh...
  • fodzi  • 
    DUN no:2 yang paling kuat dalam negeri Kedah ....PAS x pernah kalah....Dari Ahmad Shukri diganti Yahya Joned dan Ustaz Azizan....Siapa bakal penganti selepas ni?.Bekas MB paling low profile....tak ada protokol....
  • Forex Gbpeuro  • 
    alfatihah....semoga rohnya di cucuri rahmat

    kafir laknatullah tetap ke nerake jahanam ..
  • Hanis  • 
    Rasanya pd mereka yg sememangnya merasa diri mereka sakit atau uzur tak yah bertanding.Memang benar ajal maut d tgn Allah tetapi mengikut adat yg sakit akan pergi dulu.Ni terpaksa buat lagi pilihanry kecil.Kan elok Pas dari hari tu dah calunkan org lain yg lbh sihat n layak untuk kerusi ni....Bila bertanding menang atau kalah pasti berlaku.Ini sy nak beritahu pd semua xalun politik bukan pd Pas je.Kalau dah sakit tarik diri dari d calun.
  • Highstone  • 
    Takziah. satu lagi pilihan raya kecil. Maka timbul semula fitnah fitnah durjana.
 

ASTRO AWANI: TAKZIAH JADI TAHNIAH

malaysiaberih.blogspot
biaqpila.blogspot.
 
Walaubagaimanapun stesen tv tersebut telah meminta maaf di atas kesilapan perkataan itu.
Heran betoi,depa ni tak baca dulu ka sebelum post ayat2 tu bro?
 
 
 

Macai UMNO Hina Kematian Allahyarham Ustaz Azizan

malaysiaberih.blogspot
greenboc.blogspot
 


Sungguh kasihan. Inilah perangai dan sikap seorang blogger / facebooker UMNO bernama Padi Jantn. Anda boleh nilaikannya sendiri...


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment