Tuesday, October 1, 2013

RG2011... AUDIT: Susu 1Malaysia Disimpan Di Tempat Berisiko..?

 

 

 

KUALA LUMPUR - Bekalan susu bagi Program Susu 1Malaysia disimpan di surau, bilik sumber, ruang bawah tangga dan tempat umum yang berisiko di sekolah, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012.

 

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini itu menyebut berdasarkan temu bual bersama guru, mereka tidak mengetahui tatacara penyimpanan susu yang sesuai memandangkan mereka tidak menerima buku panduan.

 

"Kontraktor pula tidak memberi penerangan kepada guru mengenai penyimpanan susu dan sekolah menghadapi masalah ruang yang kurang sesuai untuk penyimpanan susu," menurut laporan itu.

 

Laporan berkenaan menyebut susu yang tidak disimpan dengan teratur dan baik di tempat yang sesuai, mudah rosak dan tercemar dan berisiko keracunan.

  

"Susu juga perlu disimpan di lokasi yang mempunyai pengudaraan yang mencukupi bagi menjamin jangka hayat susu tersebut," menurut laporan itu.

 

Laporan itu menyatakan sebahagian sekolah yang diperiksa tidak merekodkan penerimaan dan pengeluaran manakala sebahagian lagi merekodkan penerimaan dan pengeluaran susu tetapi dalam pelbagai format.

 

"Laporan Kes Keracunan Makanan Melibatkan Susu 1Malaysia menunjukkan sebanyak 97 kes dicatatkan pada 2011 dan 78 kes dalam 2012," menurut laporan itu.

 

Menurut laporan itu, kes keracunan melibatkan Susu 1Malaysia berpunca daripada tidak toleran laktosa, alahan terhadap susu lembu dan kaedah pengendalian susu.

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment