Thursday, October 3, 2013

RG2011... beritaterkini: Golongan Pertengahan di Malaysia

 


hebat timbalan menteri ni.....nampaknya 99% orang yang saya kenal....semua bukan masuk golongan perrtengahan (middle-income group)......termasuklah saya sendiri......adalah golongan bawahan atau low-income group.....memandangkan di Malaysia ni....tak terkejar dengan kenaikan inflasi...yang sudah kaya makin kaya, yang miskin makin ramai...makin hampir macam Indonesia...

------------------------------------



Golongan Pertengahan di Malaysia : Miliki Mercedes-Benz, Rumah Banglo, Harta RM2 Juta – RM3 Juta?


BY STAFF BERITA SEMASA ON OCTOBER 3, 2013

7

Kumpulan Miskin Malaysia

Berapa ramai golongan pertengahan di Malaysia seperti (DI SINI)?. Dengan kenyataan terbaru daripada seorang Timbalan Menteri ini yang definasi Golongan Pertengahan di Malaysia pada paras & kelayakan sebegini rupa, Berita Semasa pasti ramai yang akan terkejut dan….memohon untuk mengeluarkan nama mereka dalam senarai pembayar cukai di Malaysia.

Ini pandangan kalangan pemimpin atasan yang hanya memandang kalangan rakyat Malaysia yang memiliki :

  1. Rumah banglo. Jangankan banglo berapa ramai hari ini yang berjaya memiliki kediaman sendiri?
  2. Kereta Mercedes Benz. Masih boleh Berita Semasa terima. Tiadak kira model baru atau lama, terpakai ataupun terbaru, asalkan jenama Mercedes Benz masih lagi boleh diterima bukan?
  3. Terakhir sekali, memiliki harta RM2 juta @ RM3 juta? Selama ini menteri ini tinggal di negara mana? Adakah Malaysia? Musykil sungguh……Sehingga tidak sedar keperitan kos sara hidup dibandingkan dengan pendapatan rakyat Malaysia selama ini (SEPERTI INI)

Jutawan digelar golongan pertengahan?

Golongan Pertengahan Malaysia

Golongan Pertengahan : Mercedes Benz VS Proton

Jikalau yang memiliki kereta Mercedes Benz adalah golongan pertengahan, bagaimana pula rakyat Malaysia yang hanya memandu kereta kebanggaan Malaysia (Proton) ataupun Perodua ataupun hanya ada motosikal semata? Di mana mahu diletakkan mereka ini?

Bagaimana pula jikalau seorang rakyat Malaysia yang kami kenali untuk dijadikan contoh :

  • Merupakan Jusa B
  • Memiliki rumah banglo mewah
  • Memiliki Mercedes Benz
  • Menghantar anak belajar di kolej swasta
  • Setiap seorang diberikan kereta untuk bergerak

Adakah mereka ini golongan pertengahan? Bagaimana pula kelompok rakyat Malaysia lain yang mengalami nasib yang sebegini rupa setiap bulan?

  1. Golongan yang tidak mampu nak beli rumah
  2. Kereta pun tidak habis bayar lagi
  3. Duit pula kejap ada di awal, kemudian belum sempat akhir bulan telah pun habis akibat tekanan hidup di ibukota

Kategori mana agaknya mereka ini wahai menteri yang bijaksana? Adakah mereka ini berhak layak menerima BR1M, Projek Perumahan 1malaysia, rebat telefon pintar dan lain-lain kemudahan oleh pihak kerajaan dengan mudah tanpa banyak karenah biroksasi?

Semakin Malaysia hendak menuju ke arah Wawasan 2020 semakin banyak pula pak menteri yang "bijak" dan "cerdik" ini tanpa mereka memikirkan kesan dan natijahnya di kemudian hari. Semakin risau pula Berita Semasa melihat situasi negara hari ini.

Jikalau berterusan begini tidak mustahil Malaysia akan mengalami inflasi dengan kos segala jenis barang akan meningkat dengan tinggi. Apa pendapat dan komen anda pula?

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment