Tuesday, October 1, 2013

RG2011... BONGKAR!!! Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini [SAKSIKANLAH...]

 


BONGKAR!!! Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini [SAKSIKANLAH...]

Posted: 30 Sep 2013 03:54 AM PDT

BONGKAR!!! Rahsia Besar Masjid Nabawi Yang Disembunyikan Selama Ini [SAKSIKANLAH...]����

Amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi s.a.w itu sendiri, iaitu Masjid An-Nabawi.

Mereka tidak mahu mencungkil pengajaran yang terdapat di masjid nabi itu sendiri.

Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja di sembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?


Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-tempat suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam.

Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup sama sekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?

Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian.

Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi.����(http://saudi-archaeology.com)

Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan.

Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran.

Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.

Tulisan didinding timur makam dihapuskan. (Dalam petak merah)

Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan.

Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi.

Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai.

Kotak bertanda hijau dalam gambar di atas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud.����Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku.

Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku.����(http://www.islamiclandmarks.com)
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi.

GEMPAR!!! Dua Maut Keracunan Selepas Makan Kenduri [SAKSIKAN...]

Posted: 30 Sep 2013 03:22 AM PDT

GEMPAR!!! Dua Maut Keracunan Selepas Makan Kenduri [SAKSIKAN...]

SUNGAI PETANI - Dua maut dan beberapa lagi dimasukkan ke hospital akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri di Tanjung Dawai, dekat sini tengah hari tadi.

Difahamkan, seorang mangsa berusia lingkungan 11 tahun meningal dunia di Hospital Yan manakala seorang lagi berusia 24 tahun dihantar ke Hospital Sungai Petani.

Beberapa mangsa lagi dilaporkan terpaksa dimasukkan dan menerima rawatan di Hospital Yan.- Kosmo

Al Kisah Menteri, Rakyat Dan Petai [BACALAH...]

Posted: 29 Sep 2013 11:06 PM PDT

Al Kisah Menteri, Rakyat Dan Petai [BACALAH...]
Dalam kesejukkan aircond, Menteri kita dalam bilik pejabat pakai kot tebal tahan gigil.. kami penjual petai gigih memanjat pokok bagi mencari rezki halal..

Ketika menteri islam umno sedang rancak merancang projek dengan komisyen lumayan.. kami ketika itu menepis nepis kerengga yang datang mengigit kerana sarangnya digangu.

Di saat document sedang ditandatangan beserta hilai tawa para menteri.. ketua cawangan.. jkk.. saat itu jugalah dahan dahan petai kami turunkan hasilnya yang tak seberapa.

Takkala komisyen memasuki kantung berpuluh juta... kami mula memikul petai untuk dijual kepada peraih..

Bakinya kami jual sendiri di tepi jalan menahan hangat bahang panas..

Lantas berhenti sebuah kereta mewah bercermin gelap..

Cermin diturunkan..lalu kami pantas kenal... petai ditukar dengan note merah sekeping... senyum.

Syukur.. wang jualan petai tadi halal... harap yang membeli tu bukan guna wang rasuah...

Esok apa pula kami nak makan ya? - King Jason.

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri 3 Maut Di Dungun [SAKSIKAN...]

Posted: 29 Sep 2013 07:55 PM PDT

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri 3 Maut Di Dungun [SAKSIKAN...]

DUNGUN ������ Seorang lelaki kehilangan isteri dan anak serentak apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam nahas mengorbankan tiga nyawa dalam kejadian di Kilometer 23 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah dekat sini kelmarin.

Lebih pilu apabila Azmi Mohamad, 41, bukan sahaja kehilangan isteri, Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, serta kandungannya yang berusia tujuh bulan tetapi juga anak sulung mereka, Mohd. Amizie Abdullah yang berusia 18 bulan.

Difahamkan, sebelum kejadian, Mohd. Amizie dipangku ibunya di tempat duduk penumpang depan.

Kejadian pukul 6.40 petang itu turut mengorbankan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57, apabila dia dirempuh kereta jenis Proton Saga yang dipandu Azmi. - Kosmo.



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment