Bayi tiga bulan perlu RM45,000
ALOR SETAR - "Hati sebak apabila mendengar kata-kata doktor bahawa anak bongsu saya hanya boleh hidup sehingga usia enam bulan sekiranya masih tidak menjalani pembedahan," demikian luah Noor Shelawati Rashid, 31.
Shelawati berkata, mereka sekeluarga pilu apabila mengenangkan nasib dialami bayi berusia kira-kira tiga bulan miliknya, Ku Aira Lidiya Syazana Ku Shahrul yang menghidap penyakit jantung berlubang dan masalah injap.
"Masa dia lahir, kami tidak tahu Aira mengalami masalah kerana dia kelihatan normal. Namun, sejak awal kelahirannya lagi, dia memang selalu menangis.
"Malah, keadaan nafasnya sering turun naik menggusarkan hati kami. Lantas, kami suami isteri membawa Aira ke sebuah klinik pakar kanak-kanak di Lorong Merpati, dekat sini, hinggalah dirinya dikesan mengalami masalah kesihatan," katanya.
Katanya, lebih menimbulkan kebimbangan apabila kini anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pula selama 10 hari selepas berada dalam wad selama lapan hari berikutan kesihatannya merosot.Shelawati berkata, mereka sekeluarga pilu apabila mengenangkan nasib dialami bayi berusia kira-kira tiga bulan miliknya, Ku Aira Lidiya Syazana Ku Shahrul yang menghidap penyakit jantung berlubang dan masalah injap.
"Masa dia lahir, kami tidak tahu Aira mengalami masalah kerana dia kelihatan normal. Namun, sejak awal kelahirannya lagi, dia memang selalu menangis.
"Malah, keadaan nafasnya sering turun naik menggusarkan hati kami. Lantas, kami suami isteri membawa Aira ke sebuah klinik pakar kanak-kanak di Lorong Merpati, dekat sini, hinggalah dirinya dikesan mengalami masalah kesihatan," katanya.
Manakala, suaminya, Ku Shahrul Ku Osman, 31, berkata, mereka berdua turut dikhabarkan sekiranya anaknya perlu menunggu lebih lama untuk menjalani pembedahan, maka keadaan kesihatannya akan menjadi semakin buruk.
Menurutnya, mereka sekeluarga amat memerlukan sumbangan untuk menampung kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), Pulau Pinang bagi membolehkan anak mereka dibedah segera.
Katanya, dia hanya operator pengeluaran dengan pendapatan RM1,400 sebulan, manakala isterinya tidak bekerja sedangkan anaknya memerlukan bantuan kewangan berjumlah RM45,000 demi memulihkan saluran jantung dan pernafasannya.
Sementara itu, penderitaan dialami bayi jantung berlubang terbabit mendapat perhatian Puteri Umno Bahagian Alor Setar yang tampil menyalurkan sedikit bantuan.
Manakala, Ketua Puteri bahagiannya, Maizatul Miza Mohd Disa berkata, pihaknya juga akan berusaha membantu keluarga terbabit.
Justeru, orang ramai diharapkan membantu meringankan beban keluarga Shahrul ini dengan menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB milik isterinya (02050111362520) ataupun menghubungi mereka di talian 017-4302812.
__._,_.___
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment