Selangor: Dulu gengn ibu tunggal kantoi .. sekarang geng saman air pula
Mahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan.
Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.
Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu.
Responden merupakan penduduk Shah Alam yang memfailkan saman pada 11 September tahun lepas menuntut ganti rugi lebih RM400,000 selepas mendakwa tidak menerima subsidi air seperti yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor.
Penyataan tuntutan mereka mendakwa semasa kempen pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri Selangor berjanji pengguna domestik dengan kadar penggunaan 20 meter padu sebulan akan menikmati subsidi air iaitu percuma.
Berdasarkan manifesto itu, mereka mendakwa setiap pengguna domestik dengan Syabas adalah layak menerima subsidi bulanan sebanyak RM11.40 dan meskipun kerajaan negeri melaksanakan Skim Air Percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerimanya.
Mereka turut mendakwa Abdul Khalid kemudian menjelaskan bahawa pengguna dengan meter penggunaan air yang besar tidak layak menerima subsidi itu.
Selain ganti rugi, mereka menuntut perintah injunksi mandatori agar Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat yang dijanjikan, faedah empat peratus setahun dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.
cerita mak-mak janda yang gagal saman Selangor boleh rujuk
sini
Responden diwakili peguam T.Geetha, kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid oleh Edmund Bon manakala peguam Gopal Sreenevasan mewakili Syabas. - Bernama
UNTUK REKOD .. INI PENEJELASABN KERAJAAN SELANGOR
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor belum bercadang untuk memberi subsidi kepada pemilik rumah pangsapuri yang ingin menukar meter pukal kepada meter individu untuk menikmati pemberian 20 meter padu air percuma di negeri itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A.Samad berkata, sekiranya penduduk pangsapuri berbuat demikian mereka perlu menanggung sendiri kos penyelenggaraan serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Kos penyelenggaran berjumlah RM130 atau lebih untuk menukar meter pukal kepada individu perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik rumah berkenaan. Setakat ini kerajaan negeri tidak ada cadangan untuk beri subsidi kepada penukaran meter pukal kepada individu.
"Kajian masih dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor juga sedang menstruktur semula caj air domestik bagi kawasan pangsapuri," katanya ketika menjawab soalan lisan Shahrum Mohd Shahrum (BN-Dengkil) yang meminta kerajaan negeri memberi penjelasan sama ada caj domestik air bagi pengguna meter pukal di pangsapuri akan distruktur semula atau tidak.
Mengulas lanjut, Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka berkata, pada caj domestik bagi pengguna meter pukal hanya boleh distruktur semula secara menyeluruh sekiranya kerajaan negeri dapat mengambilalih syarikat konsesi air di Selangor.
"Kita memang menggalakkan migrasi meter air pukal kepada meter individu. Justeru kita telah menubuhkan Jawatankuasa Permai, yang merupakan 'one stop centre' (pusat sehenti) untuk penduduk pangsapuri melakukan migrasi meter air ini.
"Apabila mereka menggunakan meter individu mereka boleh terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri," katanya.Isu Air: Mahkamah Rayuan Batal Saman 711 Pengguna Terhadap K'jaan Selangor
kedahlanie.infoPosted by Kedah LanieMahkamah Rayuan membatalkan saman 711 pengguna terhadap kerajaan negeri Selangor dan dua lagi berhubung isu air percuma.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Zaharah Ibrahim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi membatalkan saman berkenaan.
Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, bagaimanapun tidak membuat sebarang perintah berhubung kos.
Kerajaan negeri Selangor, Abdul Khalid dan Syabas mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Februari lepas yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman itu.
Responden merupakan penduduk Shah Alam yang memfailkan saman pada 11 September tahun lepas menuntut ganti rugi lebih RM400,000 selepas mendakwa tidak menerima subsidi air seperti yang dijanjikan kerajaan negeri Selangor.
Penyataan tuntutan mereka mendakwa semasa kempen pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri Selangor berjanji pengguna domestik dengan kadar penggunaan 20 meter padu sebulan akan menikmati subsidi air iaitu percuma.
Berdasarkan manifesto itu, mereka mendakwa setiap pengguna domestik dengan Syabas adalah layak menerima subsidi bulanan sebanyak RM11.40 dan meskipun kerajaan negeri melaksanakan Skim Air Percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerimanya.
Mereka turut mendakwa Abdul Khalid kemudian menjelaskan bahawa pengguna dengan meter penggunaan air yang besar tidak layak menerima subsidi itu.
Selain ganti rugi, mereka menuntut perintah injunksi mandatori agar Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat yang dijanjikan, faedah empat peratus setahun dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.
Responden diwakili peguam T.Geetha, kerajaan negeri Selangor dan Abdul Khalid oleh Edmund Bon manakala peguam Gopal Sreenevasan mewakili Syabas. - BernamaTahniah kerajaan PR Selangor dan P.Pinang bergerak lagi selangkah perkukuh demokrasi
telokbakong.blogspot.chegubard.blogspotby cheguBardKenyataan Umum
23 Okt 2013
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PR Selangor dan P.Pinang bergerak selangkah lagi memperkukuhkan demokrasi dalam radar pentadbiran mereka.
18 September lalu Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan secara prinsipnya peruntukan kepada ADUN pembangkang di Pulau Pinang (baca : Barisan Nasional) dan lanjutan kelulusan Mesyuarat Exco ini akan dibentangkan dalam Belanjawan Negeri P.Pinang 2014. Manakala 10 Oktober lepas Kerajaan PR Selangor pula telah mengumumkan elaun khas dan keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor.
Bagi SAMM ini usaha berani dalam memperkukuh dan mendidik erti demokrasi sebenar di Malaysia namun memahami dalams ejarah panjang penindasan dalam menterjemah sistem demokrasi ala Barisan Nasional tentu tindakan seperti ini sukar diterima oleh beberapa pihak dalam PR itu sendiri.
Namun jika kita bercakap soal demokrasi matang, inilah masa terbaik menunjukkan PR berbeza dengan politik penindasan Bn. Kita lihat selama ini bagaimana wakil rakyat PR khususnya ahli parlimen dinafikan hak untuk berkhidmat kepada rakyat dengan satu sen pun peruntukan tidak disalurkan melalui wakil rakyat PR yang diangkat dengan undi rakyat. Kini satu tamparan hebat buat ADUN Bn di Pulau Pinang. Adakah mereka mahu menerima peruntukan yang diberikan kepada mereka walaupun mereka pembangkang ? Jika mereka menerima maka mereka memperakui bahawa amalan Kerajaan Bn di negeri lain dan Bn peringkat Pusat sendiri adalah salah dengan tidak menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat yang diangkat oleh rakyat atau jika menolaknya maka mereka akan terus dikenang dengan politik kepartian sempit dan mereka tidak boleh mengeluh lagi depan pengundi mereka yang mereka tidak ada peruntukan, Melalui Kerajaan Pulau Pinang, PR membuktikan bahawa pertembungan parti politik hal yang lain tetapi dalam urus tadbir negeri demokrasi maka pilihan rakyat harus dihormati dan PR Pulau Pinang telah mengiktirafnya.
Jawatan Ketua Pembangkang dalam dewan (sama ada dewan rakyat atau dewan undangan negeri) amat penting. Namun sejak merdeka Malaysia tidak pernah menghormati seperti mana negara - negara demokrasi matang mengiktiraf jawatan tersebut. Kerajaan PR Selangor mengorak langkah apabila memberikan elaun khas RM8,260 sebulan dengan perbagai keistemewaan lain kepada Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor. Dengan ini jawatan yang juga diangkat melalui proses demokrasi suara rakyat ini boleh digunakan untuk sama membangunkan negeri. Ketua pembangkang boleh punya sebuah pejabat yang efisyen lengkap dengan pegawai penyelidik yang cukup dan mampu untuk membahaskan dan membuat teguran membina kepada kerajaan negeri yang akhirnya menguntungkan rakyat. Persoalanya kini juga muncul adakah Ketua Pembangkang yang datang dari Bn di Selangor menerima elaun dan keistimewaan tersebut atau dia menolak dengan pemikiran politik kepartian sempit. Jika menerimanya juga maka dia mengakui sendirinya bahawa adalah amalan yang salah apabila Kerajaan Pusat dan Negeri dibawah Bn menidakkan peranan Ketua Pembangkang di dewan yang diangkat oleh rakyat.
Seharusnya beginilah politik negara dibawa kepada persaingan polisi dan persaingan dalam penambahbaikan yang akhirnya memperkukuh demokrasi dan menguntungkan rakyat.
Besar harapan SAMM ingin melihat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang menjadikan perkataan 'tranformasi' sebagai zikirnya tiap hari dalam membentangkan Buget 2014 Jumaat ini mampu benar benar menyambut langkah Kerajaan PR Selangor dan P.Pinang ini sebagai positif dan bergerak sama dalam memperkukuh demokrasi dengan mengiktiraf peranan ahli parlimen PR dengan mengambil kira penyaluran peruntukan melalui mereka yang dipilih rakyat dan mengangkat peranan Parlimen Malaysia dengan mengiktiraf keistimewaan kepada Ketua Pembangkang Malaysia jika tidak zikir 'transformasi' itu akan terus menjadi retorik bahan ketawa mainan dalam dan luar negara.
Oleh
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

No comments:
Post a Comment